Monday, June 29, 2009

Serangan lebah...

Isnin datang lagi... cepatnya masa berlalu... meninggalkan Isnin minggu lepas yang bersejarah... hehehe.. pertama kali berlaku dalam sejarah SMK Muhibbah....

Ketika perhimpunan rasmi minggu lepas, hari Isnin, 22 Jun 2009, semasa warga sekolah menyanyikan lagu sekolah, tiba-tiba terdengar riuh rendah jeritan pelajar perempuan. Kelihatan sekumpulan lebah berterbangan di satu sudut.. berlegar-legar di atas kepala beberapa pelajar perempuan.. Suasana jadi kecoh seketika... dan akhirnya semua pelajar bertempiaran lari ke tepi dataran perhimpunan.. hehehe.. guru-guru pun lari juga... takut juga ler...

Serangan lebah... yang heran tu bila pelajar lari, lebah-lebah itu terus terbang rendah dan mengerumuni sebuah beg pelajar seperti mengerumuni sarang... Kami terpinga-pinga, heran bin ajaib.. apa yang dicarinya pada beg pelajar tu.... sedangkan awalnya tadi memang kami dah sedia nk buka langkah seribu bagi menyelamatkan diri... hehehe....

Memandangkan semua guru takde pengalaman langsung menguruskan hal lebah, kami terus telefon pihak Bomba...

Masalah selesai dengan kehadiran pihak Bomba.... syukurlah semuanya selamat... dan kami dapat ilmu baru tentang lebah...

Pelajar dan guru di tepi dataran perhimpunan


Beg-beg pelajar yang ditinggalkan


Beg pelajar yang dikerumuni lebah


Pihak Bomba yang datang menyelamat


Beg pelajar yang dikerumuni lebah dibawa ke tempat lain


Lebah disembur dengan racun serangga "Baygon"



Untuk maklumat mengenai lebah, sila klik Lebah dan Sengatan Lebah..


Friday, June 26, 2009

Tak cukup masa...?

Sibuknya rasa.. kerja dan kerja dan kerja... tak pernah abis-abis...
balik rumah sambung kerja lagi, kemas barang-barang rumah yang belum selesai... penatnya pindah rumah.... banyak yang perlu diuruskan... dalam rumah... luar rumah... huhuhuhu...
minggu depan dah mula kuliah.. tambah lagi kerja... hehehe... cari penyakit, kata seorang rakan... memang pun cari penyakit.... so, kenalah tabah dan sabar, kalau tak, surender la jawabnya, seperti beberapa rakan lain yang dah undur diri sebelum sampai ke garisan penamat....

ermmm... saya rasa macam tak cukup 24 jam sehari.... ye ker...?

sebenarnya kita telah diberi masa oleh Allah swt 24 jam sehari.. cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian...

yang salahnya hingga rasa tak cukup masa, rasa nak tambah masa, adalah kesilapan kita sendiri yang tak pandai mengurus masa...



Allah swt berfirman : '' Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beramal solleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran." - Surah Al-‘Asr

Sabda Nabi Muhammad saw : "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum papa, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati."


Peribahasa Melayu pula mengatakan '' Masa itu emas."

Pepatah cina pula mengatakan ''Kalau anda hilang seinci masa tidak akan dapat diganti walaupun dengan seinci emas.''

Pepatah arab pula mengingatkan " Masa itu seumpama pedang kalau kita tidak berhati-hati dia akan memancung diri kita sendiri."


Fikir-fikirkanlah....



Wednesday, June 24, 2009

Nak panjat pagar...

Sibuknya hari ini.. dengan macam-macam kerja...

Kira-kira hampir jam 12.00 tengahari baru saya ke Laman Agro... niatnya nak tengok sekali pokok pisang yang baru ditanam oleh Cikgu Azmi, sebanyak 6 pokok, di belakang bangunan Laman Agro...

tapi tertinggal pulak kunci di PSS... dah la jauh....

apa yang berlaku? saya hanya dapat tengok dari luar pagar.... injap tangki ikan keli terbuka lagi... (siapa la punya kerja).. air? aduiiii. ...abis la ikan-ikan saya.... rasa nak luruh jantung... dah tak sempat nak berkejar ke PSS untuk mendapatkan kunci.. hampir jer saya panjat pagar tu untuk menyelamatkan ikan-ikan tu dengan baju kurung ni..... mujur la ada yang datang membantu.... kalau tak....

pagar yang hampir saya panjat.... hehehe...


memang susah menjaga benda yang bernyawa.... perlu sentiasa beringat... andai kita terleka dan cuai, pasti ada makhluk Allah yang tersiksa.......


Thursday, June 11, 2009

Ayah dan Cameron Highland

Ladang Teh Bharat


Apa yang ayah saya menungkan ni....?


Ketika sampai di Ladang Teh Bharat, Cameron Highland, ayah saya banyak termenung... mungkin mengimbau kenangan lama... nampak sedih jer riak wajahnya... ermmm... mungkin teringat kenangan bersama arwah mak...

Kata ayah, Cameron dah banyak berubah... pesat membangun... cantik... penanaman dilakukan dengan cara moden dan terkini...tapi sayangnya pembangunan yang pesat, bukit-bukit yang telah ditarah, pembinaan bangunan dan tempat penginapan yang banyak, menyebabkan ianya dah tak sesejuk dan senyaman dulu...

Kata hati saya, Cameron memang dah banyak berubah, tapi hati ayah tetap seperti dulu... dah 15 tahun arwah mak saya pergi menemui Ilahi... tapi ayah masih sendiri.... setianya ayah...


Wednesday, June 10, 2009

Penggunaan lampu untuk Kekwa

Cuti-cuti ni memang best sangat kalau dapat info tentang agro untuk blog saya...

Cameron Highlands.. Kebetulan saya ke sana dengan famili.. Taman Agroteknologi di Stesen MARDI tak mungkin saya lupakan...

Banyak yang menarik untuk saya paparkan di sini... antaranya penggunaan cahaya dalam penanaman bunga keratan di Cameron Highlands..



Bunga Kekwa
Chrysanthemum morifolium

Sumber : Stesen MARDI Cameron Highlands


Berasal dari China. Kekwa adalah 'short-day plant' iaitu perlukan waktu malam yang panjang (melebihi 10.5 jam) untuk pembentukan bunga. Untuk mengelakkan pembentukan bunga yang awal dan mendapat ketinggian yang sesuai (lebih kurang 100 cm untuk bunga keratan) maka lampu 100 watt dipasang (4 jam) setiap malam. Penggunaan lampu dihentikan apabila ketinggian pokok lebih kurang 35 cm (selepas 5-8 minggu).

Kudup bunga terbentuk selepas 2-3 minggu dan dituai selepas 6-10 minggu selepas lampu dipadam. Tempoh satu musim adalah 3-4 bulan. Jenis 'spray/pompon' ditanam melebihi 90% di Cameron Highlands berbanding jenis sekuntum. Jenis sekuntum terhasil apabila hanya sekuntum bunga terawal dijaga/dibalut, kuntuman lain dicantas.

Pembiakan boleh melalui keratan pucuk dan biji. Varieti popular ialah Reagan Sunny, Reagan Purple, Jaguar Red, Monalisa Yellow, Monalisa White, Dublin red dan Spider White.


Projek penanaman kekwa


Tapak projek yang dilengkapi
struktur pelindung hujan dan lampu


Batas penanaman

Sunday, June 7, 2009

Edible garden

Rumah baru.. laman yang masih kosong.. dalam kepala saya tergambar betapa indahnya kalau laman rumah saya ni dihiasi dengan 'edible garden' atau kebun dapur... dilengkapi pula dengan ternakan ikan air tawar secara organik di dalam tangki.. Suami saya pun peminat tanaman hiasan juga.. ideanya mungkin tak sama dengan saya tapi bila digabungkan tentu boleh mendapat hasil yang menarik..


Edible garden


Apakah 'Edible Garden'?

Edible Garden bermaksud kebun dapur, iaitu taman yang boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan itu mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan. Ia meliputi pokok herba, sayuran, ulaman dan buah-buahan.

Selain berfungsi sebagai kebun dapur, Edible Garden juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.

Saturday, June 6, 2009

Computer Vision Syndrome


Pada mereka yang selalu mengunakan komputer... yang menghadap komputer lebih dari 12 jam sehari.. berhati- hatilah kerana mungkin anda akan mengalami masalah Computer Vision Syndrome (CVS) atau sindrom penglihatan komputer disebabkan oleh monitor komputer.

Simptom- simptom CVS adalah mata kabur, pedih, merah, kering, nyeri kepala dan organ-organ lain yang kerap digunakan semasa mengadap skrin komputer.

Selain dari itu, mereka juga akan berasa nyeri pada daerah leher atau punggung akibat posisi duduk yang salah.

Oleh itu bagi pengguna komputer, elakkanlah dari mengunakan komputer terlalu lama.. rehatkan mata anda selepas sejam mengunakan komputer bagi mengelakkan mata anda dari parah dan menghadapi masalah penglihatan yang serius.


Ros..


Ros.. lambang cinta.. lambang keindahan... kuntum-kuntuman bunganya yang cantik, baunya yang harum menyegarkan..

Sebenarnya selain dari kecantikan dan baunya yang harum, bunga ros mempunyai nilai perubatan pada bau, kelopak-kelopak dan buahnya.


Khasiat Bunga Ros :

  1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan.

  2. Meredakan kebimbangan dan kemurungan.

  3. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.

  4. Merawat ulser perut.

  5. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu.

  6. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.

  7. Merawat jangkitan pada mata.

  8. Meredakan sakit tekak.

  9. Merawat infeksi pundi kencing.

  10. Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema.

  11. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda).

  12. Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru).

  13. Membantu proses penghadaman.

  14. Mengekalkan kesihatan usus.

  15. Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.

  16. Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis.

  17. Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.

  18. Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.

  19. Merawat cirit-birit.

  20. Menghilangkan keletihan.

  21. Menghilangkan sakit kepala dan pening.