Sunday, January 31, 2010

Makanan yang bantu redakan stres



Tekanan dan stres sering melanda kehidupan masyarakat masa kini... terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.. dari masalah kerja hinggalah ke masalah peribadi... adakalanya boleh melibatkan masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya..

berbagai cara boleh dilakukan untuk meredakan stres... di antaranya melalui makanan...

Di sini saya paparkan beberapa makanan yang berkhasiat, yang dapat meredakan stres.. dapat membantu otak bergerak lebih tenang..

1. Ayam bakar dan daging
2. Kacang badam
3. Bertih jagung
4. Sushi
5. Coklat
6. Nanas dan buah beri
7. Ikan
8. Sayuran hijau
9. Roti gandum
10. Susu

Makanan tersebut mempunyai zat makanan tertentu seperti karbohidrat, protein, vitamin B, vitamin E, magnesium, zat besi dan lain-lain yang dapat membantu otak mengekalkan kewarasannya.... cubalah....


Sumber : Mingguan Wanita

Tuesday, January 12, 2010

Hari pertama persekolahan


Pada hari pertama persekolahan, hari Isnin, 4 Januari 2010 yang lalu.... saya mengajar di Kelas Tingkatan 1 Teratai (kelas ke 5)... ketika ni pelajarnya 100% pelajar orang Asli.... saya adakan sesi suai kenal dengan mereka..

Pelajar-pelajar ini amat pemalu tapi agak ceria melihat guru baru di hadapan mereka, seorang guru perempuan.... mungkin sedikit teruja kerana sebelum ini mereka hanya belajar dengan guru-guru lelaki ketika mereka bersekolah di pos-pos pedalaman Lasah.


Orientasi Tingkatan 4


Pada minggu pertama persekolahan yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan Orientasi Matapelajaran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 selama tiga hari. Mereka telah diberi taklimat mengenai subjek-subjek teras dan elektif yang perlu dipilih bagi menempatkan diri mereka untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012.

Setelah taklimat dijalankan, pelajar-pelajar ditempatkan mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan berdasarkan pencapaian akademik dan minat pelajar, iaitu kelas Sains Tulen, Sains Teknologi dan Kemasyarakatan.

Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 telah memilih Sains Pertanian sebagai subjek elektif mereka di samping subjek Matematik Tambahan serta Pendidikan Seni dan Visual.


Friday, January 1, 2010

10 Tabiat Merosakkan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.


10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Sumber : Cari Forum