Sunday, February 28, 2010

Sekolah Berwatak

Sekolah Berwatak Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar 2010....


1. SMK Sayong - Fertigasi Sayuran Jenis Buah

Tanaman Cili



2. SMK Raja Muda Musa - Fertigasi Tanaman Jenis Berdaun

Tanaman Kailan



3. SMK Temenggong - Tanaman Betik

Tanaman Betik



4. SMK Muhibbah - Penggunaan Internet Dalam Pembelajaran Sains Pertanian





Facebook dan WebQuest


Tuesday, February 23, 2010

Perancangan program Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar


Mesyuarat Panitia Sains Pertanian daerah Kuala Kangsar telah dijalankan pada hari ini, 23 Februari 2010, bertempat di Bilik Gerakan, SMK Sayong pada jam 3.00 petang. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Pengetua SMK Sayong, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sayong, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMK Sayong serta Ketua-ketua Panitia Sains Pertanian daripada SMK Sayong, SMK Temenggung, SMK Muhibbah dan SMK Raja Muda Musa.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Sayong, selaku Pengerusi Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar.

Perancangan program Panitia Daerah Kuala Kangsar, sepanjang tahun 2010 adalah seperti berikut :
1. Sekolah Berwatak
2. Kem Gemilang SPM
3. Kursus Fertigasi kepada pelajar
4. Lawatan Industri
5. Pembinaan Laman Web Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar

Semoga program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya... insyaAllah...



Monday, February 22, 2010

Mesyuarat Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar

Tarikh
23 Februari 2010

Tempat
Bilik Gerakan, SMK Sayong

Masa
2.45 petang


Ahli Mesyuarat
Pengetua SMK Sayong
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sayong
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Sayong
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Temenggung
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Muhibbah
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Raja Muda Musa
Guru Sains Pertanian SMK Raja Muda Musa


Saturday, February 20, 2010

Pokok getah tertua di Malaysia

Dalam perjalanan pulang dari sekolah hari ni, terdetik di hati saya nak merakam gambar pokok getah tua yang telah lama berdiri megah di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Sedang leka 'snap' gambar dengan dua kamera yang berbeza di tepi jalan, tak sedar kawan lama saya memerhati.. lucu dia tengok saya mengambil gambar pokok tu, macam pelancong lagaknya.... hehehe.. bagusnya hari ni, dapat jumpa kawan lama gara-gara pokok getah... ermmm.... kami bersembang-sembang la pulak di kedai mamak yang berhampiran...

Sebelum berpisah, kami memandang ke arah pokok getah tua yang telah sebati dengan kami sejak kecil lagi.... "Lamanya pokok ni hidup kan?" ....semuanya dengan kehendak Allah swt jua...



Pokok Getah Tertua Di Malaysia


Pokok getah yang menjadi sejarah


Mesin getah yang diletak di bawah pokok getah


Info tentang pokok getah tertua


Pokok getah ini ditanam pada tahun 1877, terletak bersebelahan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar. Ia merupakan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam di Tanah Melayu ketika itu.

H.N. Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting negara Malaysia hingga kini.