Sunday, June 27, 2010

Siput Mentarang

Gerai siput mentarang


Setiap kali menyusuri jalan dari Sekincan menuju ke Tanjung Karang, gerai-gerai yang menjual siput mentarang amat menarik perhatian saya. Beberapa kali juga terdetik di hati untuk singgah membeli siput mentarang ni.. tapi asyik tak jadi jer.. takut tersilap resepi, tak kena gaya membersihkannya... alamatnya, tong sampah la jawabnya nanti... hehehe..


Mengutip siput mentarang di selut pantai


Siput mentarang


Mentarang rebus

Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan. Ia mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.

Rasanya sedap jika kena gaya masakannya.. ibu mertua saya menggorengkan siput ini dengan kunyit, beserta cili dan bawang besar.. memang sedap.. tapi kalau tak kena gaya mencucinya, mentarang akan terasa lumpur...



Monday, June 14, 2010

Pesta tangkap ikan keli










Pesta menangkap ikan keli diadakan setiap tahun di Oklahoma, Amerika. Dalam pesta ini, peserta dikehendaki menangkap ikan yang terbesar dengan menggunakan tangan.