Monday, September 6, 2010

Bajak Piring

Bajak piring digunakan untuk memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah. Ia terdiri daripada beberapa besi yang cengkung dan berat.

Terdapat dua jenis bajak piring, iaitu :

i. bajak piring sisi serong rata
ii. bajak piring sisi bergigi

Penggunaan bajak piring sesuai bagi kawasan berumpai tebal, berbatu, banyak akar dan belukar.






Thursday, September 2, 2010

Jenis-jenis Bajak

Terdapat beberapa jenis alat bajak yang digunakan untuk penyediaan tanah. Bagi kawasan bertanah keras, penyediaan tanah dimulakan dengan penggunaan alat bajak primer(bajak permulaan) dan diikuti oleh alat bajak sekunder(bajak kali kedua). Manakala, bagi tanah yang gembur, penyediaan tanah boleh menggunakan alat bajak sekunder sahaja.

Alat bajak primer terdiri daripada bajak piring, bajak sepak, bajak subtanah dan bajak pahat. Alat bajak sekunder pula adalah seperti bajak putar dan bajak sikat.



Bajak Sepak


Bajak Piring


Bajak Pahat


Bajak Sikat


Bajak Putar



Wednesday, September 1, 2010

Nuget Ayam

Lama tak update blog ni, lantaran sibuk dengan pelbagai urusan.. hal kerja dan peribadi yang tak pernah ada penamatnya selagi hayat dikandung badan. Dalam kesibukan dikejar kerja-kerja harian, tak sedar masa begitu cepat berlari.. rasanya baru semalam kita mula berpuasa, tup-tup dah nak sampai ke penghujungnya.. Kini dah terasa kesibukan rakan-rakan sekerja membuat persiapan hari raya, antaranya kuih muih.. biasanya lemang, ketupat, rendang, biskut dan kek yang memenuhi meja untuk hidangan para tetamu yang berkunjung.. lagi best kalau ditambah dengan makanan kegemaran anak-anak kita, iaitu nuget yang dibuat sendiri.. tanpa pengawet dan perasa tiruan.. ok.. jom cuba...




Bahan :
300 gram daging ayam, dicincang
100 ml susu cair
2 butir telur
50 gram tepung ubi
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh rempah sup perasa ayam
2 sudu besar bawang goreng, diramas
minyak masak
1 butir telur, dipukul
150 gram tepung roti
sos cili dan sos tomato

Cara membuat :
1. Campurkan daging ayam, susu cair, telur, tepung, garam, ladaa sulah, rempah sup ayam dan bawang goreng, adun sebati.
2. Sediakan loyang segi empat (15cm x 6cm x 5cm), sapukan minyak ke seluruh bahagian loyang, tuangkan adunan dan kukus selama 30 minit hingga adunan padat. Angkat dan sejukkan.
3. Potongan mengikut selera, celupkan potongan nuget ke dalam telur yang telah dipukul dan lumurkan dengan tepung roti, simpan di dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng nuget ayam hingga berwarna kuning keperangan.
5. Sajikan panas dengan sos cili dan sos tomato.


sumber : siri sentuhan selera metropolitan