Thursday, December 23, 2010

Pengajaran Berasaskan Web


Pengajaran berasaskan web (PBW) adalah pendekatan pengajaran dengan menggunakan web sebagai bahan perantara. Ia merupakan pendekatan yang inovatif dalam teknologi pendidikan masa kini yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa sempadan dunia dan batasan waktu. Menurut Rozinah (2007), definisi PBW ialah program pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber WWW bagi mereka cipta dan mendukung suasana pembelajaran yang bermakna. Justeru, pengajaran PBW adalah merupakan pendekatan alternatif di zaman teknologi digital masa kini yang dapat memenuhi kehendak sistem pendidikan dan kepelbagaian warganya.

Ciri-ciri Pengajaran Berasaskan Web adalah :

1. Interaktif
2. Multimedia
3. Sistem terbuka
4. Pencarian dalam talian
5. Akses secara global
6. Penerbitan elektronik
7. Keselarasan sedunia
8. Sumber dalam talian
9. Interaksi silang-budaya
10.Pelbagai kepakaran
11. Sokongan industri
12. Kawalan pelajar
13. Keselesaan
14. Mudah digunakan
15. Berkesan


Sumber : Internet dalam pendidikan

Sunday, December 5, 2010

Pokok Mati Akibat Wifi...

Pokok Ash


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning. Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah. Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi


... keadaan ini membimbangkan kerana di era digital, wifi digunakan di merata tempat untuk kemudahan pengguna internet.. apakah nanti ia merupakan 'alat perosak' yang boleh menjejaskan kesihatan apa jua makhluk di muka bumi ini termasuk manusia? ermmm....gerun bila memikirkannya...