Friday, November 25, 2011

Pameran penderaan zaman silam

Pameran Tortura: Alat Penyeksaan Zaman Silam sedang berlangsung di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, mulai 18 November hingga 17 Februari 2012. Ia memaparkan lukisan, gambar rajah dan alatan penyeksaan sebenar yang dibawa dari pelbagai negara Eropah di sekitar abad ke-14 hingga ke-16. Pada abad itu, manusia akan dihukum secara zalim hanya kerana perbezaan pendapat, keturunan, agama, bangsa, bahasa, kedudukan sosial dan jantina.

Berada di kawasan pameran ini, seolah kita berada di zaman tersebut. Dengan kesan lampu yang suram dan suara latar yang menyeramkan, bulu roma pun boleh tegak berdiri....

Di sini saya paparkan beberapa gambar yang saya rakam di pameran tersebut.




Wednesday, November 16, 2011

Kasih haiwan...






Gambar-gambar yang dipaparkan mengungkapkan tentang kasih sayang tanpa mengira spesies haiwan... betapa luasnya kasih sayang Allah swt yang dibekalkan kepada makhlukNYA.. adakalanya manusia pun 'fail'....


Radiasi jejas pertanian Jepun

TOKYO: Kawasan ladang di sebahagian tempat di Jepun tidak lagi selamat kerana tanahnya dilanda pencemaran tinggi radiasi ketika negara itu terus bergelut untuk pulih daripada bencana nuklear Fukushima. Sepasukan penyelidik antarabangsa berkata, kadar pengeluaran makanan bermungkinan ‘teruk terjejas’ berikutan kadar caesium yang tinggi ditemui dalam sampel tanah di seluruh kawasan timur Fukushima berikutan loji nuklear yang dilanda tsunami, lebur. Kajian yang disiarkan dalam jurnal Laporan Akademi Sains Kebangsaan menunjukkan aktiviti perladangan di kawasan berdekatan juga mengalami pencemaran radiasi, walaupun tahap di sana masih lagi dalam had yang dibenarkan.

“Fukushima secara keseluruhannya sudah teruk tercemar terutama di sebelah barat laut loji kuasa nuklear itu,” kata penyelidik berkenaan.

Kajian itu meneliti pencemaran caesium-137 yang boleh mencemari sesuatu kawasan sekurang-kurangnya 30 tahun dan memberi kesan kepada alam sekitar selama beberapa dekad. Had yang dibenarkan bagi kepekatan caesium dalam tanah membabitkan caesium-134 dan 137 yang biasanya dihasilkan bersama adalah 5,000 becquerel bagi setiap kilogram di Jepun.

“Wilayah sebelah timur Fukushima melebihi had ini termasuk beberapa wilayah berjiran seperti Miyagi, Tochigi dan Ibaraki yang sebahagiannya hampir kepada had tertinggi,” kata kajian itu.

“Tahap pencemaran yang dipantau dan dianggarkan di sebahagian barat Jepun tidaklah terlalu serius walaupun beberapa wilayah mungkin turut terjejas,” katanya.

Pencemaran di kawasan berkenaan adalah di bawah 25 becquerel bagi setiap kilogram iaitu jauh di bawah kadar yang dianggap bahaya untuk pertanian.

Kajian penyelidik itu menjangka, kadar pengeluaran makanan di wilayah timur Fukushima lebih teruk jika pencemaran caesium-137 melebihi 2,500 becquerel bagi setiap kilogram.

"Ada juga berkemungkinan pengeluaran hasil tani di sebahagian wilayah jiran akan terjejas termasuk Iwate, Miyagi, Yamagata, Niigata, Tochigi, Ibaraki dan Chiba kerana mungkin mencatat tahap pencemaran lebih tinggi daripada 250 becquerel sekilogram,” katanya.

Kajian berkenaan diketuai Teppei Yasunari dari Persatuan Universiti Penyelidikan Angkasa dari Maryland, Amerika Syarikat. Beliau dan anggota pasukannya menggunakan pemerhatian harian di setiap wilayah Jepun dan menggunakan model serakan zarah-simulasi komputer berdasarkan corak cuaca. Jepun mengambil langkah berwaspada terhadap kesan radiasi sejak gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut negara ini pada 11 Mac, melumpuhkan loji kuasa nuklear Fukushima. – AFP