Monday, June 11, 2012

Pusat Sumber Sekolah

Sesekali nak 'menjual' nama Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Muhibbah..  untuk perkongsian bersama.  Seperti PSS sekolah lain, fungsi-fungsi PSS SMK Muhibbah adalah seperti berikut :

  • Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  • Menjadikan pusat sumber sebagai pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum.
  • Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  • Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

Semoga PSS digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar sebagaimana yang sepatutnya dalam membentuk kecemerlangan modal insan.








Bunga Kertas

Pada bulan Mac yang lalu, pihak Panitia Sains Pertanian SMK Muhibbah telah menanam pokok-pokok bunga kertas di Dataran Perhimpunan.  Sebelum itu, lama juga saya memikirkan bunga yang sesuai untuk menggantikan bunga-bunga kecil yang ditanam di 'planter box'  Dataran Perhimpunan...  banyak yang perlu dipertimbangkan, antaranya pokok hiasan yang cantik dan tahan lasak.  Setelah perbincangan dibuat bersama rakan seperjuangan, Cikgu Yusuf b. Rahim, kami memutuskan untuk menanam pokok bunga kertas sebagai tanaman hiasan di kawasan ini.  

Dan yang menanamnya serta mengecat 'planter box' ialah pelajar-pelajar Sains Pertanian Tingkatan 4 Angsana dan 5 Angsana.

Sebelum penanaman semula





Semasa Menanam..  Pelajar Tingkatan 4 Angsana bersama Cikgu Yusof b. Rahim 








Selepas penanaman...   tiga bulan kemudian





Bunga Kertas
Pokok Bunga Kertas mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabraB. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

Sumber : Wikipedia