Saturday, September 8, 2012

Katanya.....



Pada masa depan, tanaman dan ternakan mungkin terlalu diubah suai secara genetik sehingga kita tidak lagi dapat mengenalinya.   Contohnya, sel haiwan dapat dikembangkan di dalam makmal lalu menghasilkan ketulan daging.  Ketulan daging yang mengandungi sel haiwan yang dibiakkan ini boleh direndamkan di dalam air laut dengan dedahan kepada cahaya matahari sahaja!  Dengan cara ini, lautan yang luas dapat ditukarkan kepada kilang makanan!


Sumber :  Daripada DNA hinggalah ke gandum GM

Friday, September 7, 2012

Ubah suaian genetik

Penemuan struktur DNA pada tahun 1953 mencetuskan beberapa siri kemajuan saintifik yang menakjubkan.  Dalam tempoh 15 tahun, ahli sains telah dapat memindahkan gen daripada satu hidupan kepada hidupan yang lain.  Hal ini dinamakan ubah suaian genetik (Genetic Modification atau GM).  Kini ubah suaian genetik telah menghasilkan pelbagai jenis tanaman dan makanan GM : tanaman jagung yang membunuh makhluk perosak, kentang yang mengandungi vitamin tambahan dan lain-lain lagi.





Thursday, September 6, 2012

Ubah suaian gen tanaman

Bilakah gen tanaman mula diubahsuai?





Ubah suaian gen secara saintifik merupakan perkara baru, tetapi petani telah mengubah suai gen tanaman dengan cara mereka sendiri sejak beribu-ribu tahun yang lalu.  Sebagai contoh, jagung yang kita lihat tumbuh di ladang pada hari ini sangat berbeza dengan jagung yang tumbuh pada zaman silam.  Jagung pada asalnya ialah sejenis rumput liar yang kecil.  Namun demikian, sudah lebih 10,000 tahun petani memilih biji benih jagung yang sesuai untuk ditanam dengan teliti.  Dengan menanam biji benih yang hanya dapat menghasilkan jagung yang paling besar dan terbaik, para petani secara beransur-ansur telah mengubahsuaikan jagung lalu terhasillah tanaman jagung yang ada pada masa kini.


Sumber :  From DNA to GM Wheat : Discovering Genetic Modification of Food