Sesekali nak 'menjual' nama Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Muhibbah.. untuk perkongsian bersama. Seperti PSS sekolah lain, fungsi-fungsi PSS SMK Muhibbah adalah seperti berikut :
- Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
- Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
- Menjadikan pusat sumber sebagai pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
- Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
- Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum.
- Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
- Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
Semoga PSS digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar sebagaimana yang sepatutnya dalam membentuk kecemerlangan modal insan.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...