
1. Bahan mineral - 45%
- bahan mineral hasil proses luluhawa batuan. Contoh : pasir, kelodak, liat
- sebagai komponen utama tanah untuk medium pertumbuhan tanaman.
2. Bahan Organik - 5%
- bahan organik terhasil daripada pereputan sisa haiwan dan haiwan
- bahan organik terurai menjadi humus
- membekalkan nutrien untuk tanaman
- membantu membaiki keadaan tanah.
3. Udara - 25%
- rongga dalam tanah yang tidak terisi air akan diisi udara
- kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam tanah berbeza-beza
- oksigen penting untuk respirasi akar dan organisma tanah
- karbon dioksida yang terbebas dan terperangkap dalam tanah menyebabkan kandungannya lebih tinggi berbanding udara atmosfera.
4. Air - 25%
- terdapat tiga keadaan air dalam tanah, iaitu ;
(i) muatan medan (ii) tanah tepu air (iii) had layu
- kandungan air yang optimum penting untuk pertumbuhan tumbuhan dan kehidupan organisma tanah. Kelebihan atau kekurangannya boleh memberi kesan yang buruk kepada tanaman.
Sumber : Mastery Guided Learning Sains Pertanian Tingkatan 4 & 5
Bahan/radas
Sampel tanah, balang gas, penutup balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah, air
Langkah-langkah
1. Masukkan sampel tanah sebanyak 40-50 gram ke dalam balang gas.
2. Kemudian isi air ke dalam balang gas sehingga tiga per empat penuh.
3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran supaya kumin tanah terpisah.
4. Biarkan balang gas di atas meja semalaman tanpa gangguan.
5. Selepas 24 jam, lakukan pemerhatian dan ukur ketinggian (gunakan pembaris) setiap pisahan tanah yang mendap.
6. Hitungkan peratusan pisahan tanah yang mendap menggunakan rumus di bawah dan lengkapkan jadual keputusan.
Peratus pisahan =
Ketinggian lapisan pisahan (cm)
--------------------------------------------------- x 100
Jumlah ketinggian semua pisahan (cm)
7. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah.