Friday, April 30, 2010
Komponen Tanah
1. Bahan mineral - 45%
- bahan mineral hasil proses luluhawa batuan. Contoh : pasir, kelodak, liat
- sebagai komponen utama tanah untuk medium pertumbuhan tanaman.
2. Bahan Organik - 5%
- bahan organik terhasil daripada pereputan sisa haiwan dan haiwan
- bahan organik terurai menjadi humus
- membekalkan nutrien untuk tanaman
- membantu membaiki keadaan tanah.
3. Udara - 25%
- rongga dalam tanah yang tidak terisi air akan diisi udara
- kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam tanah berbeza-beza
- oksigen penting untuk respirasi akar dan organisma tanah
- karbon dioksida yang terbebas dan terperangkap dalam tanah menyebabkan kandungannya lebih tinggi berbanding udara atmosfera.
4. Air - 25%
- terdapat tiga keadaan air dalam tanah, iaitu ;
(i) muatan medan (ii) tanah tepu air (iii) had layu
- kandungan air yang optimum penting untuk pertumbuhan tumbuhan dan kehidupan organisma tanah. Kelebihan atau kekurangannya boleh memberi kesan yang buruk kepada tanaman.
Sumber : Mastery Guided Learning Sains Pertanian Tingkatan 4 & 5
Wednesday, April 28, 2010
Amali tak menjadi...
Amali pembedahan ayam bagi mengkaji organ pencernaannya, merupakan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang amat dinanti-nanti oleh pelajar Tingkatan 5 subjek Sains Pertanian setiap tahun... Malangnya amali kali ni tak menjadi gara-gara si pembekal ayam menghantar ayam yang telah diproses sepenuhnya.. organ pencernaan yang sepatutnya di'explore' telah dibuang.. yang tinggal hanyalah hempedal, hati dan jantung yang telah dipotong-potong dan disumbat semula ke dalam perut ayam. Kecewa rasanya sebab sebelum ni dah berkali-kali saya memberi penerangan yang panjang lebar kepada pembekal tentang kondisi ayam yang diperlukan untuk amali ni..... akhirnya, 4 ekor ayam amali terus jadi ayam goreng... ermm... tak tau nak cakap macamana.. rasa geram.. kecewa.. sabar jer la... nampaknya, terpaksa la buat amali sekali lagi..
Monday, April 26, 2010
Bila kena hafal... pelajar asli ku...
Inilah antara aksi beberapa pelajar asli ku (Tingkatan 1 Teratai) bila disuruh menghafal 'structure of animal and plant cell' ... animal cell - cell membrane, cytoplasm, nuclues.. plant cell - cell membrane, cell wall, nuclues, chloroplast, cytoplasm, vakuole.... Science Form 1.. ermm... memang agak lambat sebab mereka ni agak lemah dalam akademik, tapi berjaya juga akhirnya... Apa-apa pun cikgu tetap sayang korang... :)
Minggu Bahasa
Minggu Bahasa Peringkat Sekolah, anjuran Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris akan dijalankan pada 26 April - 30 April 2010 di SMK Muhibbah. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Saniyah bt Abas, Pengetua SMK Muhibbah pada hari Isnin, 26 April 2010. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Minggu Bahasa ini adalah pertandingan deklamasi sajak, pantun, pidato, kuiz, teka silangkata, dan mengarang.
Antara persembahan pelajar
Sunday, April 25, 2010
Baru nak mula.... projek pertanian 2010
Khamis lalu, kami memulakan kerja-kerja mengemaskini kawasan Laman Agro sebagai persediaan untuk menjalankan amali dan projek-projek pertanian.
Kerja yang tidak boleh disiapkan dalam masa sehari.....
kerja yang perlu kesabaran dan ketabahan...
kerja yang perlu kesabaran dan ketabahan...
Wednesday, April 21, 2010
Kembali berkebun...
Setelah masuk penghujung bulan April, projek pertanian masih belum sempat dijalankan di Laman Agro SMK Muhibbah... justeru pelbagai kekangan yang timbul di atas kelemahan saya sendiri sebagai guru Sains Pertanian..
InsyaAllah, jika tiada aral yang mendatang, minggu depan Laman Agro akan kembali menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian, bermula dengan penanaman sayuran berdaun kaedah fertigasi.
InsyaAllah, jika tiada aral yang mendatang, minggu depan Laman Agro akan kembali menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian, bermula dengan penanaman sayuran berdaun kaedah fertigasi.
Saturday, April 17, 2010
Kepentingan Tanah
1. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
- sebagai medium pertumbuhan akar tumbuhan
- membolehkan cengkaman akar dan menyokong tumbuhan
2. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
- terdapat nutrien semula jadi di dalam tanah
- tanah yang mengandungi bahan organik yang mereput membebaskan nutrien
3. Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan
- tanah terdapat rongga yang mengandungi udara dan air
- udara mengandungi oksigen yang diperlukan oleh tumbuhan untuk proses respirasi akar
- air diserap oleh akar tumbuhan bersama nutrien
sumber : Mastery Guided Learning Sains Pertanian
Thursday, April 15, 2010
Jom kenali tanah
Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
Lapisan profil tanah lazim adalah seperti berikut :
1. Tanah atas (lapisan A)
- paling subur kerana kandungan bahan organik tinggi
- populasi organisma tanah tinggi
2. Tanah bawah (lapisan E dan B)
- mengandungi bahan terkumpul hasil proses larutresapan
- kurang organisma tanah
3. Batuan (lapisan C dan R)
- lazimnya sebagai bahan induk
- mengalami luluhawa
Lapisan profil tanah lazim adalah seperti berikut :
1. Tanah atas (lapisan A)
- paling subur kerana kandungan bahan organik tinggi
- populasi organisma tanah tinggi
2. Tanah bawah (lapisan E dan B)
- mengandungi bahan terkumpul hasil proses larutresapan
- kurang organisma tanah
3. Batuan (lapisan C dan R)
- lazimnya sebagai bahan induk
- mengalami luluhawa
Tuesday, April 13, 2010
Pelajarku bermain tanah
Agak lewat saya mengorientasi pelajar Tingkatan 4 Angsana (yang mengambil subjek elektif Sains Pertanian) 'bermain' dengan tanah. Bila amali asyik tertangguh dengan pelbagai kekangan, pelajar saya mula bising.. tak sabar nak buat amali... Jadi, hari ni, walaupun masa agak suntuk, tercapai juga hasrat mereka untuk menjalani amali.. Seronoknya pelajar saya 'bermain' dengan tanah walaupun pada awalnya mereka agak geli untuk memegangnya dengan tangan... hehehe...
Amali yang dijalankan adalah :
1. Menentukan tesktur tanah dengan kaedah mendapan
2. Menentukan tekstur tanah dengan kaedah medan
Tekstur tanah
Tekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Ia ditentukan dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.
Thursday, April 1, 2010
Boleh baca tak?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?
Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna...
Hebatnya otak pemberian Tuhan
sumber : emel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahan/radas
Sampel tanah, balang gas, penutup balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah, air
Langkah-langkah
1. Masukkan sampel tanah sebanyak 40-50 gram ke dalam balang gas.
2. Kemudian isi air ke dalam balang gas sehingga tiga per empat penuh.
3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran supaya kumin tanah terpisah.
4. Biarkan balang gas di atas meja semalaman tanpa gangguan.
5. Selepas 24 jam, lakukan pemerhatian dan ukur ketinggian (gunakan pembaris) setiap pisahan tanah yang mendap.
6. Hitungkan peratusan pisahan tanah yang mendap menggunakan rumus di bawah dan lengkapkan jadual keputusan.
Peratus pisahan =
Ketinggian lapisan pisahan (cm)
--------------------------------------------------- x 100
Jumlah ketinggian semua pisahan (cm)
7. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah.