Thursday, November 15, 2012

Laksa Kuale

          Rakan lama saya, zaman maktab perguruan dulu...  Razman Mohamad, bersama keluarganya telah berkunjung ke Kuala Kangsar  petang tadi dalam perjalanan mereka dari Alor Gajah, Melaka ke kampung halamannya di Kamunting, Taiping. Hajat utama Razman 'menyinggah' sebenarnya adalah untuk menikmati laksa Kuale di Medan Selera Sungai Perak..  disamping berbincang dengan saya mengenai kajian kedoktorannya.  Lama berbincang dan bercerita, tak sedar masa berlalu..   dah nak Maghrib pun..  dan Razman pulak dah menghabiskan sepinggan laksa, sepinggan pasembur dan 3 gelas air minuman.  Saya dan suami hanya tergelak memerhati...  ini la penangan hidangan Kuale...   hehe
         Untuk Razman dan keluarga, terima kasih kerana datang berkunjung..  lain kali datang lagi ya..  kita menjamu selera di rumah saya..   pekena Laksa Kuale ala Chandan Putri pulak...

Razman dan keluarga


Laksa Kuale


Bagi yang ingin belajar bagaimana nak menyediakan laksa Kuale, di sini saya paparkan resipinya untuk tatapan semua....

Resepi Laksa Kuale..   cara saya la...   ;-)

Bahan-bahan
1 kg laksa (laksa kering atau basah)
1 kg ikan kembung/sardin
1 kiub belacan
4 biji bawang besar - dikisar
2 batang bunga kantan
seiikat daun kesom
5 keping asam gelugur
2 sudu besar cili kisar
4 liter air
garam secukup rasa

Bahan sampingan
1 biji timun
5 helai daun salad
2 biji bawang besar
4 biji telur rebus
5 biji cili merah/cabai melaka

Cara penyediaan
1. Rebus ikan hingga lembut.
2. Buang tulang ikan dan kisar isi ikan.
3. Masukkan isi ikan, bawang besar,cili kisar, belacan, daun kesom, bunga kantan, asam gelugur, garam serta air ke dalam periuk.
4. Masakkan bahan-bahan tersebut hingga mendidih.
5. Setelah kuah laksa masak...  masukkan laksa ke dalam pinggan, letakkan bahan sampingan yang telah dihiris dan tuangkan kuah laksa..   









Saturday, September 8, 2012

Katanya.....



Pada masa depan, tanaman dan ternakan mungkin terlalu diubah suai secara genetik sehingga kita tidak lagi dapat mengenalinya.   Contohnya, sel haiwan dapat dikembangkan di dalam makmal lalu menghasilkan ketulan daging.  Ketulan daging yang mengandungi sel haiwan yang dibiakkan ini boleh direndamkan di dalam air laut dengan dedahan kepada cahaya matahari sahaja!  Dengan cara ini, lautan yang luas dapat ditukarkan kepada kilang makanan!


Sumber :  Daripada DNA hinggalah ke gandum GM

Friday, September 7, 2012

Ubah suaian genetik

Penemuan struktur DNA pada tahun 1953 mencetuskan beberapa siri kemajuan saintifik yang menakjubkan.  Dalam tempoh 15 tahun, ahli sains telah dapat memindahkan gen daripada satu hidupan kepada hidupan yang lain.  Hal ini dinamakan ubah suaian genetik (Genetic Modification atau GM).  Kini ubah suaian genetik telah menghasilkan pelbagai jenis tanaman dan makanan GM : tanaman jagung yang membunuh makhluk perosak, kentang yang mengandungi vitamin tambahan dan lain-lain lagi.





Thursday, September 6, 2012

Ubah suaian gen tanaman

Bilakah gen tanaman mula diubahsuai?





Ubah suaian gen secara saintifik merupakan perkara baru, tetapi petani telah mengubah suai gen tanaman dengan cara mereka sendiri sejak beribu-ribu tahun yang lalu.  Sebagai contoh, jagung yang kita lihat tumbuh di ladang pada hari ini sangat berbeza dengan jagung yang tumbuh pada zaman silam.  Jagung pada asalnya ialah sejenis rumput liar yang kecil.  Namun demikian, sudah lebih 10,000 tahun petani memilih biji benih jagung yang sesuai untuk ditanam dengan teliti.  Dengan menanam biji benih yang hanya dapat menghasilkan jagung yang paling besar dan terbaik, para petani secara beransur-ansur telah mengubahsuaikan jagung lalu terhasillah tanaman jagung yang ada pada masa kini.


Sumber :  From DNA to GM Wheat : Discovering Genetic Modification of Food

Monday, June 11, 2012

Pusat Sumber Sekolah

Sesekali nak 'menjual' nama Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Muhibbah..  untuk perkongsian bersama.  Seperti PSS sekolah lain, fungsi-fungsi PSS SMK Muhibbah adalah seperti berikut :

  • Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  • Menjadikan pusat sumber sebagai pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum.
  • Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  • Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

Semoga PSS digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar sebagaimana yang sepatutnya dalam membentuk kecemerlangan modal insan.








Bunga Kertas

Pada bulan Mac yang lalu, pihak Panitia Sains Pertanian SMK Muhibbah telah menanam pokok-pokok bunga kertas di Dataran Perhimpunan.  Sebelum itu, lama juga saya memikirkan bunga yang sesuai untuk menggantikan bunga-bunga kecil yang ditanam di 'planter box'  Dataran Perhimpunan...  banyak yang perlu dipertimbangkan, antaranya pokok hiasan yang cantik dan tahan lasak.  Setelah perbincangan dibuat bersama rakan seperjuangan, Cikgu Yusuf b. Rahim, kami memutuskan untuk menanam pokok bunga kertas sebagai tanaman hiasan di kawasan ini.  

Dan yang menanamnya serta mengecat 'planter box' ialah pelajar-pelajar Sains Pertanian Tingkatan 4 Angsana dan 5 Angsana.

Sebelum penanaman semula





Semasa Menanam..  Pelajar Tingkatan 4 Angsana bersama Cikgu Yusof b. Rahim 








Selepas penanaman...   tiga bulan kemudian





Bunga Kertas
Pokok Bunga Kertas mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabraB. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

Sumber : Wikipedia


Sunday, May 13, 2012

Perfect Score Sains Pertanian 2012

PROGRAM
PERFECT SCORE Sains Pertanian

ANJURAN
Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar

TARIKH
28 April 2012 (Sabtu)

MASA
8.30 am - 12.30 pm

TEMPAT
SMK Sayong, Kuala Kangsar, Perak

PENGLIBATAN
SMK SAYONG – 30 orang murid 
SMK MUHIBBAH – 11 orang murid
SMK TEMENGGONG – 8 orang murid
SMK RAJA MUDA MUSA – 25 orang murid

PENCERAMAH
Tuan Haji Abdul Rahim bin Bermawi
(Guru Cemerlang Sains Pertanian)








Penceramah..  Tuan Hj Abdul Rahim




Encik Roslee sedang menyampaikan taklimat






Friday, May 11, 2012

5 Angsana dan amali











Saban tahun amali bedah siasat organ pencernaan ayam menjadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar.  Dan yang pastinya mereka amat berbangga dengan hasil kerja mereka...  5 Angsana 2012..  :)


Thursday, May 10, 2012

Exam...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SMK MUHIBBAH


Tingkatan 1, 2 dan 3
21 Mei 2012 - 25 Mei 2012

Tingkatan 4
10 Mei 2012 - 25 Mei 2012
 
Tingkatan 5
10 Mei 2012 - 24 Mei 2012



Selamat menempuh peperiksaan kepada anak-anak didik Muhibbah....   :)  Semoga kalian terus cemerlang..  insyaallah..

Khasiat cuka epal

1. Mengatasi kelelahan 
Olahraga dan stress yang ekstrim akan membuat penimbunan asid laktat dalam tubuh yang memyebabkan kelelahan. Asid amino yang terdapat pada cuka epal ini, bertindak sebagai penangkal asid laktat. Gabungan asid amino, kalium dan enzim yang terdapat di dalamnya dapat meredakan kelelahan dengan lebih efektif. Jadi, ketika anda merasa sangat keletihan, minum campuran segelas air dengan dua sendok cuka epal.


2. Membuat gigi lebih putih
Ingin membuat gigi lebih terlihat bersih? Cubalah berkumurlah dengan cuka epal di pagi hari. Cuka membantu membuang kotoran, memutihkan gigi dan membunuh bakteria di mulut serta gusi. Setelah berkumur, baru berus gigi anda seperti biasa.

3. Mengatasi diarrea
Anda juga boleh meminum campuran air suam dengan dua sendok makan cuka epal, saat mengalami diarrea. Jika diarrea disebabkan infeksi bakteria, cuka epal dapat meredakan, kerana sifat antibiotiknya.

4. Kejang kaki tengah malam
Kalau kaki anda sering kejang di tengah malam, minumlah campuran air suam, satu sendok teh madu dan dua sendok makan cuka epal. Ramuan ini cukup efektif meredakan kekejangan.

5. Gatal rongga tekak

Saat anda baru mulai merasakan gatal di rongga tekak, segera berkumur dengan air cuka epal setiap satu jam. Dengan cara ini, bakteria penyebab gatal di rongga tekak boleh segera mati, sehingga keluhan tak semakin parah.

Petikan dari vivanews.com

Sunday, March 11, 2012

Kompos Sisa Dapur


Kaedah ini adalah kaedah "kompos beroksigen", iaitu cara semula jadi bahan organik dikitar semula. Melalui kaedah ini, bahan-bahan organik direputkan oleh mikroorganisma dalam keadaan beroksigen.

Kompos ini dapat mengurangkan sampah, mengitar semula bahan organik yang bernilai dan menjimatkan kos pembelian baja untuk tanaman.