Tuesday, February 12, 2013

Bangun-bangun.. ubat batuk

 Pokok Bangun-bangun

Nama Tempatan : BANGUN BANGUN
Nama Saintifik : Coleus Amboinicus
Nama lain : ati ati hijau,bebangun,raja bangun, 
tumbuh daun,sedingin,setawar padang,
jintan,kerencung,mangun mangun.
Famili : Labiatae
Asal : India
Taburan :Sub Tropika dan Tropika
Kategori :Tumbuhan hiasan dan herba


Nama pokoknya agak lucu..  tapi khasiatnya hebat.  Baru-baru ni saya diserang batuk yang agak lama dan menyiksakan.. Hampir 6 bulan seingat saya, sejak bulan puasa tahun lepas (2012).  Orang yang pernah alami batuk yang lama macam saya tentu memahaminya. Susah nak cerita betapa peritnya kerongkong bila batuk..  muntah.. ada kalanya hampir terkencing juga..  terutama bila cuaca sejuk atau berada di tempat yang berkipas atau ber'aircond'...Puas berjumpa doktor demi doktor.. ubat demi ubat... petua demi petua..  semua tak jalan, batuk tetap 'sayang' nak meninggalkan saya.  Ya.. memang la ini ujian dariNYA.. dah lama kita sihat kan?  Tapi kita diberi akal olehNYA untuk berusaha ke arah kebaikan... InshaAllah...  :-)

Lalu baru-baru ni seorang kawan menyarankan saya menggunakan daun bangun-bangun ini sebagai ubat batuk..  Caranya pelbagai.. samada merebus daun tersebut dan diminum airnya atau dimakan begitu sahaja seperti ulam.  Lantas saya menggunakan cara kedua.. sebab senang nak praktis kot..  hehe.. rasanya pun ok, macam rasa rempah ratus, sedap jer.. mungkin sebab saya suka makan ulam-ulaman...  dan akhirnya saya sihat selepas makan 4 helai daun tersebut.. alhamdulillah.. 

Selepas daun tersebut diminum/dimakan (elok dimakan sebelum tidur)..  biasanya si pesakit akan muntah, mengeluarkan kahak yang cair.. ketika ni kena tahan la..  kahak yang dalam badan tu akan cair dan keluar melalui muntah.. sebaiknya sebelum makan daun ni, elakkan makan apa-apa kerana pastinya akan keluar juga sebagai muntah..

So..  ada berani????   Silakan.........


21 comments:

  1. Jiran saya, uncle Lim ada beri pokok ni utk tanam. Kata dia bagus utk batuk. Sudah cuba dan terbukti. Bila rasa tekak perit... ambil sehelai 2... kunyah masa bawak motor ke ofis. Alhamdulillah berkesan.

    ReplyDelete
  2. ya NAB.. daun pokok ni mmg sgt mujarab utk batuk dan kahak.. dh byk kali sy cuba.. alhamdulillah.. :-) jom tanam byk2..

    ReplyDelete
  3. Salam tuan....sy ada masalh batuk macam lama tu...kat mana sy nak dptkan daun ni

    ReplyDelete
  4. Hi batuk 2 tahun dan hilang sedikit sedikit selepas minum airnya selepas 2 hari. Memang ajaib..

    Boleh share lagi herba herba yang berkesan untuk cikgu?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. saya sedang mencari pembekal pokok bangun2 ni. kat mana saya boleh cari dan beli?

    ReplyDelete
  6. ada byk ditanam di sekolah kami. smk sri andalas klang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam boleh saya tahu ada berapa banyak ye sebab saya memerlukan lebih kurang 10kg daun nya.

      Delete
    2. Slm, boleh contact saya...0192723471

      Delete
  7. Thank you for sharing with us the healing features of this flower. I am sure, everyone will agree that it deserves a deep paper analysis. Great post, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. Says selalu pangkas pokok ni. Byk sangat. Kurang Arif pulak Saya yg pokok ni by khasiatnya.

    ReplyDelete
  9. Saya ada pokok ni. 3 pasu. Senang merimbun. Mmg guna utk batuk. Mmg berkesan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...