Thursday, March 31, 2011

Sarang labah-labah


Sejumlah pokok di wilayah Sindh, Karachi, Pakistan dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan. Kejadian ini berikutan banjir besar yang melanda Pakistan baru-baru ini.. yang menyebabkan haiwan kecil seperti serangga dan labah-labah memilih pokok-pokok sebagai tempat perlindungan... Ermm.. tentunya banyak labah-labah bersarang di pokok-pokok tersebut hingga memenuhi hampir keseluruhan pokok.. memang nampak 'scary' pun...




Monday, March 28, 2011

Ketika musim bunga...

Lupakan seketika tragedi yang melanda Jepun akibat bencana berkembar pada 11 Mac lalu... teringat indahnya bunga-bunga yang menghiasi negara matahari terbit itu ketika musim bunga.


Bunga Azalea


Bunga Sakura



Bunga Matahari


Bunga Tulip

Wednesday, March 23, 2011

Cahaya II


Kaedah untuk menggalakkan penggunaan cahaya yang optimum kepada tanaman :

1. Memilih tapak yang sesuai
2. Menggunakan jarak penanaman yang sesuai
3. Menyediakan sokongan
4. Membekalkan cahaya tiruan
5. Mengawal rumpai
6. Menanam tanaman selingan
7. Mencantas

Tuesday, March 22, 2011

Kefotokalaan

Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan panjang tempoh siang dan malam.


Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu :

1. Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek
Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam. Jika tumbuhan ini ditanam keadaan tempoh siang panjang, reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang.
Contoh : Kekwa, kacang soya, nanas, ubi keledek

Kekwa


2. Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang
Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam. Jika tumbuhan ini ditanam keadaan tempoh siang pendek, reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang.
Contoh : Gandum, Ubi Kentang


Gandum


Sumber : MGL Sains Pertanian

Monday, March 21, 2011

Cahaya

Fotosintesis adalah satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan cahaya matahari.



Sumber utama cahaya ialah cahaya matahari. Dua ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah :

1. Intensiti Cahaya
Intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan pancaran cahaya. Peningkatan intensiti cahaya menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan meningkatkan kadar fotosintesis.

2. Gelombang Cahaya
Gelombang cahaya terdiri daripada spektrum cahaya. Dalam spektrum cahaya ada warna-warna yang boleh dilihat dengan nyata. Warna merah dan biru diperlukan dalam proses fotosintesis. Cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendarfluor dan lampu pijar.


Sumber : MGL Sains Pertanian

Friday, March 11, 2011

Catuan makanan ternakan


Catuan makanan seimbang ialah catuan yang dapat membekalkan nutrien yang mencukupi untuk keperluan saraan dan pengeluaran hasil ternakan.

Nisbah Penukaran Makanan (NPM) ialah kuantiti unit makanan yang dimakan untuk menghasilkan pertambahan satu unit berat badan.

NPM = Kuantiti makanan yang dimakan/Pertambahan berat badan



Contoh penghitungan NPM

Soalan :
Jika purata pertambahan berat badan seekor lembu pedaging adalah 0.6 kg sehari dan purata pengambilan makanan adalah 3.0 kg sehari. Hitungkan Nisbah Penukaran Makanan (NPM) lembu tersebut.

NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg)/Pertambahan berat badan (kg)

= 3.0 kg/0.6 kg

= 5.0


(NPM 5.0 bermaksud 5 unit makanan dimakan untuk menghasilkan 1 unit berat badan)



sumber : MGL Sains Pertanian


Thursday, March 10, 2011

Pertumbuhan tanaman


Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan/tanaman adalah :

1. Iklim - cahaya, suhu, hujan/kelembapan, angin

2. Tanah

3. Biosis

4. Genetik

5. Pengawalatur pertumbuhan


Info lanjut, sila klik.