Bila manusia dah tiada hati budi dan perasaan, beginilah jadinya.... siksanya haiwan ternakan ini diperlakukan oleh mereka. Bagaimana pula kualiti hasil ternakan mereka? Sama-samalah kita fikirkan...
Thursday, February 24, 2011
Thursday, February 17, 2011
Beronok

Bila tengok rasa geli... tapi bila dah jadi makanan macam ni.. ermm.. sedap jer nampaknya..

BERONOK
Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok dimakan mentah iaitu dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah.
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.
Sumber : Wikipedia
Monday, February 7, 2011
Pembentangan.. sistem perumahan ternakan
Setelah beberapa hari membuat persediaan, pelajar Tingkatan 5 Angsana diberi peluang untuk membentangkan hasil rekacipta sistem perumahan ternakan masing-masing.. sistem perumahan ayam, kambing dan lembu... Ermm.. banyak idea yang dihasilkan.. menggunakan teknologi terkini... ada yang menarik, realistik.. tak kurang juga yang melucukan.. hehehe.. apa-apa pun aktiviti ini dapat menjana minda mereka untuk menjadi pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif dari masa ke semasa... insyaAllah..
Sunday, February 6, 2011
Berbudi kepada tanah
Amali pertama 4 Angsana tahun ni... menanam pokok buah-buahan di sekitar Laman Agro.. pada awalnya memang mereka nampak kekok dengan tugasan yang diberi.. tapi akhirnya mereka teruja dan bersemangat setelah berjaya melaksanakan tugas-tugas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Dan pastinya ada lagi tugasan yang menunggu mereka nanti.. pun atas permintaan mereka sendiri.. "Cikgu.. kami nak ternak haiwan, boleh? " ... Boleh sayang.. nanti ya...
4 Angsana... pembentangan isu-isu pertanian
Subscribe to:
Posts (Atom)