Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah 
orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(Hadis Riwayat At-Tarmidzi)






Thursday, January 1, 2015

Kawan lama.. hatiku tertanya-tanya..

           Hari ini saya berpeluang bersarapan dengan adik ipar saya di sebuah kedai makan yang agak popular dengan bihun sup utara dan ikan bakar di bandar Diraja Kuala Kangsar.  Bila dua perempuan berjumpa, apa lagi.. banyak la cerita ceriti yang dibualkan.. selayaknya la kan, dah dua-dua pun memang kaki sembang.. pot pet pot pet la...hehe..   
          Sedang rancak berbual, saya disapa oleh seorang kawan lama, Sarina (nama samaran je).. Ya Allah, lamanya tak jumpa.. kira-kira 30 tahun yang lalu setelah selesai SPM dan masing-masing membawa haluan sendiri.. saya sambung pengajian di UPM dan dia dengar khabarnya mengikuti pengajian Asasi Perubatan di UM..
          Terkedu saya seketika.. Sarina saya peluk, tapi hati saya tertanya-tanya..  'blur' seketika.. Dulu Sarina comel orangnya, putih gebu, tapi sedikit 'chubby'.. pakaiannya 'branded', selayaknyalah anak bongsu seorang guru besar perempuan di sekolah kami ketika di sekolah rendah.  Ayahnya juga berjawatan tinggi ketika itu. Orangnya memang pandai, sempoi dan kadang-kadang agak gila-gila sikit. Tapi kini, Sarina yang di hadapan saya..  amat berbeza..  wajah kusam.. bertudung ala-ala orang nak menyidai kain di belakang rumah (bukan mengata tapi biasanya wanita seusia kami masih suka bergaya bila mengenakan tudung tau), berbaju kurung besar dan berkain batik (mana ada orang keluar shopping pakai kain batik.. betul tak?).. memakai seliper getah (biasa lelaki jer yg pakai).. dan menggalas beg lusuh..  Ya Allah.. apa yang telah berlaku kepadanya?  Sarina kelihatannya seperti tidak terurus..(ketika saya menulis ini, mengingatinya...air mata sudah mula bergenang) 
          Kami berbual seketika... tentang famili, kerjaya dan lain-lain..  Adik ipar saya sekadar memerhati dari jauh..  dan paling terkejutnya bila dia memberitahu saya, dia dalam perjalanan untuk pergi ke Ipoh bagi menyambut tahun baru, 2015.. (dengan pakaian begitu? oh no...) Katanya dia nak pergi dengan driver bas..(maksudnya naik bas la kan?).. Saya pandang wajahnya, membuka beg yang dia bawa (berisi sebuah novel inggeris), mengenggam erat tangannya.. masa tu saya rasa sayu dan hampir menangis.  Dalam hati berkata-kata, apa yang telah berlaku padamu, Sarina... semacam ada derita yang ditanggung begitu lama menjadikan dia seperti itu.. Dan akhirnya, dengan hati yang berat saya melepaskan dia pergi ke stesyen bas yang berhampiran.

                   
gambar hiasan


Wednesday, August 6, 2014

Persediaan Untuk Peperiksaan


Peperiksaan SPM semakin hampir...  Pelajar dan guru di sekolah sedang bertungkus lumus menjalani aktiviti pembelajaran yang pelbagai.. kelas tambahan, tutorial, gerak gempur, teknik menjawab dan lain-lain lagi.  Demamnya telah dirasai...  terutama oleh guru-guru..  pelajar?  Ramai yang demam... namun tidak sedikit juga yang rasa 'biasa-biasa' jer...  Justeru, apakah yang harus dilakukan oleh pelajar untuk menghadapi peperiksaan?  Berikut adalah beberapa langkah yang patut dilakukan oleh pelajar dalam persiapan menghadapi SPM...


Langkah 1
Korbankan perkara yang tidak penting...  
seperti menonton TV, membaca novel, bermain permainan video.

Langkah 2
Mulakan study dengan niat yang baik.

Langkah 3
Hilangkan stress dan tenangkan fikiran.

Langkah 4
Banyakkan minum air kosong.

Langkah 5
Lakukan sesi ulang kaji pada waktu pagi --  2-4 pagi

Langkah 6
Sentiasa muhasabah diri.



Monday, January 13, 2014

Himpitan Iklim





Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan. Ianya melibatkan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan atau kelembapan dan cahaya.


Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas ternakan :
1.  Perlakuan semasa meragut
Suhu yang tinggi dan pancaran cahaya matahari mengurangkan selera makan ternakan.  Ia akan berhenti makan dan mencari tempat teduh.  Jangka masa meragut kurang.


2.  Pengambilan makanan
Peningkatan suhu menyebabkan pengambilan makanan berkurangan, sebaliknya air diambil berlebihan.



3.  Pengeluaran hasil
Peningkatan suhu persekitaran menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi ternakan.  Ia mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging.


4.  Pembiakan
Suhu persekitaran yang tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin.  Kadar penetasan telur juga akan menurun.