Monday, March 29, 2010

Kisah Benar

Kisah ini saya perolehi dari emel.. saya paparkan di sini untuk dikongsi bersama.. sebagai iktibar untuk semua..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali menganggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah..
Lebih kurang pukul 1.30 petang seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan solat sunat, puasa sunat, berzikir, bersedekah, mengusap kepala anak yatim, mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain dan membantu orang susah.

Sunday, February 28, 2010

Sekolah Berwatak

Sekolah Berwatak Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar 2010....


1. SMK Sayong - Fertigasi Sayuran Jenis Buah

Tanaman Cili



2. SMK Raja Muda Musa - Fertigasi Tanaman Jenis Berdaun

Tanaman Kailan



3. SMK Temenggong - Tanaman Betik

Tanaman Betik



4. SMK Muhibbah - Penggunaan Internet Dalam Pembelajaran Sains Pertanian





Facebook dan WebQuest


Tuesday, February 23, 2010

Perancangan program Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar


Mesyuarat Panitia Sains Pertanian daerah Kuala Kangsar telah dijalankan pada hari ini, 23 Februari 2010, bertempat di Bilik Gerakan, SMK Sayong pada jam 3.00 petang. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Pengetua SMK Sayong, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sayong, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMK Sayong serta Ketua-ketua Panitia Sains Pertanian daripada SMK Sayong, SMK Temenggung, SMK Muhibbah dan SMK Raja Muda Musa.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Sayong, selaku Pengerusi Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar.

Perancangan program Panitia Daerah Kuala Kangsar, sepanjang tahun 2010 adalah seperti berikut :
1. Sekolah Berwatak
2. Kem Gemilang SPM
3. Kursus Fertigasi kepada pelajar
4. Lawatan Industri
5. Pembinaan Laman Web Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar

Semoga program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya... insyaAllah...



Monday, February 22, 2010

Mesyuarat Panitia Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar

Tarikh
23 Februari 2010

Tempat
Bilik Gerakan, SMK Sayong

Masa
2.45 petang


Ahli Mesyuarat
Pengetua SMK Sayong
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sayong
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Sayong
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Temenggung
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Muhibbah
Ketua Panitia Sains Pertanian SMK Raja Muda Musa
Guru Sains Pertanian SMK Raja Muda Musa