saya dapat gambar ni dari emel sorang kenalan.... kelakor jer..

tapi apakan daya... hidup ini tak seindah impian.....
penuh ujian dan cabaran......... menguji keimanan...
|
Punca-punca letih :
1. Pemakanan yang tidak sempurna
2. Terlalu kuat bekerja
3. Kurang atau terlebih bersenam
4. Insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna
5. Gangguan hormon
Cara-cara mengatasi letih
Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?
Vitamin C juga menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.
Kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.
Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu.
Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun.
Supplement yang disyorkan
SUPPLEMENT | DOS | KOMEN |
Vitamin B-kompleks | 1 biji dua kali sehari bersama makanan. | Pilih satu B-kompleks yang mempunyai 150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain. |
Vitamin C | 1000 mg 3 kali sehari. | Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit. |
Panax ginseng | 100-250 mg dua kali sehari. | Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides. |
Siberian ginseng | 100-300 mg dua kali sehari. | Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides. |
Magnesium | 400 mg sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan. | Waspada apabila mengambil magnesium jika anda berpenyakit buah pinggang. |
Asid amino kompleks | 1 biji dua kali sehari. | Diambil ketika perut kosong. |
Minyak flaxseed | 1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan. | Diambil pada waktu pagi. |
2. Tidur yang cukup
Sebaik-baiknya anda tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika ada kelapangan, tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak atau minuman berkafein untuk mengelakkan masalah tidur.
Bersenamlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika letih atau lesu berlanjutan.
Maklumat lanjut : sila klik Mahsuri
dan Galeri Ilmu
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
[- Download : Guru Pembina Negara Bangsa -
Indahnya bait lagu ini untuk dihayati.......