Tuesday, December 1, 2009

Madu lebah




Keistimewaan Madu Lebah:
  1. Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
  2. Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  3. Membantu memulihkan tenaga.
  4. Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  5. Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  6. Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  7. Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk di dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  8. Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.


Kandungan Madu Lebah

Vitamin
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K

Zat Galian
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium

Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit


Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.



Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".

Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.

Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)


Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".

Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".

Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.

Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".


Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".


Sumber : Forum CARI


2 comments:

  1. Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks. Zuki (zukidin.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. W/salam... terima kasih saudara zuki krn sudi ziarah blog saya yg serba kekurangan ni..

    ok.. nnti saya ziarah blog saudara ya.. buat MOU.. hehehe...

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...