Wednesday, May 26, 2010

Plastik mesra alam


Penyelidik Universiti Sains Malaysia telah berjaya menghasilkan plastik mesra alam dengan menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai. "

"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yangdisebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai denganserangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakan Fruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.


sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...