Wednesday, September 1, 2010

Nuget Ayam

Lama tak update blog ni, lantaran sibuk dengan pelbagai urusan.. hal kerja dan peribadi yang tak pernah ada penamatnya selagi hayat dikandung badan. Dalam kesibukan dikejar kerja-kerja harian, tak sedar masa begitu cepat berlari.. rasanya baru semalam kita mula berpuasa, tup-tup dah nak sampai ke penghujungnya.. Kini dah terasa kesibukan rakan-rakan sekerja membuat persiapan hari raya, antaranya kuih muih.. biasanya lemang, ketupat, rendang, biskut dan kek yang memenuhi meja untuk hidangan para tetamu yang berkunjung.. lagi best kalau ditambah dengan makanan kegemaran anak-anak kita, iaitu nuget yang dibuat sendiri.. tanpa pengawet dan perasa tiruan.. ok.. jom cuba...




Bahan :
300 gram daging ayam, dicincang
100 ml susu cair
2 butir telur
50 gram tepung ubi
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh rempah sup perasa ayam
2 sudu besar bawang goreng, diramas
minyak masak
1 butir telur, dipukul
150 gram tepung roti
sos cili dan sos tomato

Cara membuat :
1. Campurkan daging ayam, susu cair, telur, tepung, garam, ladaa sulah, rempah sup ayam dan bawang goreng, adun sebati.
2. Sediakan loyang segi empat (15cm x 6cm x 5cm), sapukan minyak ke seluruh bahagian loyang, tuangkan adunan dan kukus selama 30 minit hingga adunan padat. Angkat dan sejukkan.
3. Potongan mengikut selera, celupkan potongan nuget ke dalam telur yang telah dipukul dan lumurkan dengan tepung roti, simpan di dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng nuget ayam hingga berwarna kuning keperangan.
5. Sajikan panas dengan sos cili dan sos tomato.


sumber : siri sentuhan selera metropolitan

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...