Nama Rumpai : Rumput Israel/Ara songsang/Akar ruas-ruas/Pengorak
Nama Saintifik : Asystasia gangetica
Famili : Acanthaceae
Rumput Israel merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai yang banyak terdapat di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia.
Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas.
Dalam bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri.
Botani
Tumbuhan herba prolifik; batang lembut, boleh tumbuh sehingga 100 cm dalam keadaan sesuai; Daun oposit, selalu dalam pasangan sama, eliptik, bulat pada dasar; Jambak bunga terminal, banyak; bunga tunggal dengan sepal yang kecil dan tirus, putih berkrim, satu jalur biru-unggu pada lunas kelopak bunga; tiub korola tirus, silinder, mengembang atas; stamen berempat pasangan tak sama dari tiub korola, melengkung ke pistil.
Khasiat
- Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak.
- Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut.
- Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk.
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...