Wednesday, September 1, 2010

Nuget Ayam

Lama tak update blog ni, lantaran sibuk dengan pelbagai urusan.. hal kerja dan peribadi yang tak pernah ada penamatnya selagi hayat dikandung badan. Dalam kesibukan dikejar kerja-kerja harian, tak sedar masa begitu cepat berlari.. rasanya baru semalam kita mula berpuasa, tup-tup dah nak sampai ke penghujungnya.. Kini dah terasa kesibukan rakan-rakan sekerja membuat persiapan hari raya, antaranya kuih muih.. biasanya lemang, ketupat, rendang, biskut dan kek yang memenuhi meja untuk hidangan para tetamu yang berkunjung.. lagi best kalau ditambah dengan makanan kegemaran anak-anak kita, iaitu nuget yang dibuat sendiri.. tanpa pengawet dan perasa tiruan.. ok.. jom cuba...




Bahan :
300 gram daging ayam, dicincang
100 ml susu cair
2 butir telur
50 gram tepung ubi
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh rempah sup perasa ayam
2 sudu besar bawang goreng, diramas
minyak masak
1 butir telur, dipukul
150 gram tepung roti
sos cili dan sos tomato

Cara membuat :
1. Campurkan daging ayam, susu cair, telur, tepung, garam, ladaa sulah, rempah sup ayam dan bawang goreng, adun sebati.
2. Sediakan loyang segi empat (15cm x 6cm x 5cm), sapukan minyak ke seluruh bahagian loyang, tuangkan adunan dan kukus selama 30 minit hingga adunan padat. Angkat dan sejukkan.
3. Potongan mengikut selera, celupkan potongan nuget ke dalam telur yang telah dipukul dan lumurkan dengan tepung roti, simpan di dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng nuget ayam hingga berwarna kuning keperangan.
5. Sajikan panas dengan sos cili dan sos tomato.


sumber : siri sentuhan selera metropolitan

Thursday, July 29, 2010

Struktur Binaan Pertanian Persekitaran Terkawal

Rumah Hijau

Tangki ikan

Antara contoh struktur binaan persekitaran terkawal ialah :

1. Rumah Hijau

Ciri-ciri

  • mempunyai atap lutsinar
  • bumbung dan dinding diperbuat daripada kaca hortikultur
  • tertutup sepenuhnya

2. Kolam Tiruan - ikan

Ciri-ciri

  • bekas seperti palong, akuarium atau tangki
  • saiz - sesuai dengan bilangan ikan
  • kedalaman - kemampuan penembusan cahaya
  • bentuk - mudah dicuci
  • suhu - bahan dari penebat yang baik
  • kandungan oksigen - pasang pam udara jika perlu

Wednesday, July 28, 2010

Pertanian Persekitaran Terkawal

Kolam Tiruan

Rumah Hijau



Pertanian persekitaran terkawal ialah aktiviti penanaman dan penternakan dalam struktur tertentu yang melindungi tanaman dan ternakan daripada keadaan persekitaran yang melampau supaya dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran.


Kepentingan pertanian persekitaran terkawal :
1. Melindungi tanaman dan ternakan daripada keadaan iklim ekstrim.
2. Membolehkan penanaman dan penternakan di luar musim.
3. Meningkatkan kualiti dan hasil.

Tuesday, July 27, 2010

Bioteknologi Dalam Pertanian




Bioteknologi ialah aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan dalam pemprosesan bahan oleh biologi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi keperluan manusia.




Kepentingan Bioteknologi


1. Meningkatkan hasil

2. Menambah nilai pemakanan

3. Membaiki ciri fizikal hasil pertanian

4. Meningkatkan ketahanan (resistan) terhadap perosak dan penyakit

5. Mengawal penyakit

6. Mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian