Saturday, August 8, 2009

Seriusnya H1N1... kini datang pula penyakit baru....





H1N1 kini ancaman serius – PM

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.

“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya. - Bernama




Serius betul wabak ni rupa-rupanya.... kemana-mana kita pergi, bahaya menunggu kita.... di sana sini orang memakai topeng muka.. di sekolah, IPT, pejabat, kilang, pasar dan sebagainya..

sebelum ni kita sangka ia mungkin seperti Selsema Burung atau wabak -wabak yang lain.... yang menyerang di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan berakhir dengan cepat.... tapi rupa-rupanya wabak ini dah hampir serata dunia 'kembaraannya'...

Dan kini hadir pula penyakit yang baru dikesan di negara China.. dari anjing yang memakan bangkai.... dan khabarnya lebih bahaya dari H1N1..... boleh menyebabkan kematian dalam waktu yang lebih cepat... 24 jam.. jika tidak dirawat......

Sesungguhnya ia sebenarnya merupakan ujian dari Yang Maha Esa... yang punya pelbagai sebab... punya petanda tertentu yang patut kita fikirkan.. Dosa kita? Dosa mereka-mereka yang tidak menjalankan hukum-hukumNya? Yang melanggar syariatNya?

Fikir-fikirkan lah.... inikah bala yang diturunkan oleh Allah swt....? apakah sejarah silam kan berulang kembali? kisah zaman nabi-nabi.... kisah umat manusia yang degil dan melanggar hukum Allah swt... nauzubillah.. mohon dijauhkan olehNya.....



Kartun dari Dan.Kartun.Com



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...