Saturday, August 1, 2009

Taklimat JSU

Mesyuarat dan taklimat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi matapelajaran Sains Pertanian telah dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat, 30-31 Julai 2009, di Rumah Rehat, Grik, Perak. Peserta-pesertanya adalah guru-guru Sains Pertanian Negeri Perak seramai kira-kira 40 orang..

Sesi taklimat JSU telah disampaikan oleh guru-guru pakar Sains Pertanian, iaitu Cikgu Alimin, Cikgu Meor, Cikgu Ismail dan Cikgu Alias...

Latihan pembinaan item juga telah dijalankan bagi memantapkan kefahaman guru-guru dalam membina soalan yang berkualiti berdasarkan JSU....


Sesi makan durian beramai-ramai... hehehe... lawak pulak...



Para peserta khusuk mendengar taklimat


Program ini telah berjaya membuka mata guru-guru (terutama yang baru mengajar Sains Pertanian) tentang JSU dan pembinaan soalan yang sesuai mengikut JSU.... Semoga ilmu yang telah diperolehi dalam program ini dapat memantapkan lagi kemahiran guru-guru dalam menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang berkualiti... InsyaAllah..

Terima kasih daun keladi kepada Encik Riduan (Penyelia Votek JPN) yang telah menganjurkan program ini untuk guru-guru Sains Pertanian Negeri Perak.




Gambar : disebabkan masalah teknikal, saya tak dapat 'upload' gambar-gambar yang telah saya rakam..... gambar di atas dipinjam dari web Komuniti Sains Pertanian


3 comments:

  1. Sekarang ni kami guna istilah JSI, dah tak guna istilah JSU. Guna JSU pulak ke? Macam PPSMI, nak tukar jadi PPSMM...

    ReplyDelete
  2. SMK PULAU NYIOR,
    JSU dan JSI, keduanya berbeza, dua2 ada lagi, bukan sama dengan PPSMI dan PPSMM

    ReplyDelete
  3. Salam....



    SMK Pulau Nyior..

    Memang yang terkini dah guna JSI.. terutama di sekolah2 yg ISO.. tapi kebanyakan sekolah2 di Perak masih gunakan JSU..



    Anonymous..

    Memang JSU dan JSI ada bezanya, tapi ada persamaannya...

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...