Tuesday, March 10, 2009

Silap Cikgu......

Kira-kira sebulan yang lepas, saya telah memulakan persediaan untuk penanaman sayur secara fertigasi. Disebabkan tidak ada pengalaman dalam penanaman cara baru ni, saya agak ragu-ragu untuk memulakannya. Memandangkan hanya saya yang mengambil jurusan pertanian dalam bidang pendidikan di sekolah ni, terpaksa la saya teruskan juga dengan menggalas harapan daripada pihak pentadbir dan rakan-rakan sekerja.

Setelah alatan fertigasi dipasang, juga sedikit penerangan diberi oleh Encik Sabri, pembekal bahan-bahan fertigasi, saya pun mula membuat bancuhan nutrien. Memang tidak ada masalah yang timbul ketika bancuhan dibuat... malangnya saya tersilap menggunakan EC meter.. dan telah menyebabkan bacaan EC meter larutan nutrien telah mencapai 4.2, sedangkan bacaan EC meter untuk tanaman sayur berdaun adalah 1.8 - 2.0 sahaja... sedangkan ketika itu saya terpaksa teruskan juga pengaliran nutrien kepada sayur-sayur tersebut.. sebab takut sayur tidak dapat aliran nutrien.. sebab tidak ada tempat untuk saya simpan larutan nutrien yang telah dicampur air dalam jumlah yang banyak untuk menurunkan bacaan EC nya..

Hasilnya, sayur-sayur tersebut agak lambat pertumbuhannya... terlebih nutrien.. kandungannya jadi berasid.. sayur-sayur jadi bantut. Sementara menunggu penanaman benih yang baru, saya biarkan saja ia tumbuh dengan hati yang pasrah... juga sebagai kajian untuk saya yang masih belajar ni memahami selok belok bidang ini secara praktikalnya...

Hingga kini nampaknya sayur tersebut masih boleh mencapai tahap yang membanggakan, walaupun terlebih nutrien... hmmm.... silap cikgu....

Walaubagaimanapun, kita belajar dari setiap kesilapan... InsyaAllah..



Bacaan EC meter larutan nutrien sayuran berdaun : 1.8 - 2.0



Sayur kailan yang terlebih nutrien

hmmm..... nampak okey juga yer... hehehe...

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...