Monday, March 9, 2009

Ujian Selaras 1

Ujian Selaras 1 bagi SMK Muhibbah telah dijalankan pada hari Selasa dan Rabu, bersamaan 4 dan 5 Mac 2009 yang lalu. Ujian yang dijalankan selama 2 hari menyebabkan pelajar-pelajar kami agak kelam kabut, tambah-tambah lagi bagi mereka yang kurang membuat ulangkaji pelajaran.

Bagi pelajar saya di Tingkatan 4, untuk subjek Sains Pertanian, seperti di tahun-tahun yang lalu, dalam ujian yang pertama ni mereka agak terkejut dengan bentuk soalan yang diberi, terutama bahagian esei. Nampaknya takut sangat dengan bentuk soalan tersebut walaupun cuma esei pendek. Walaubagaimanapun, soalan struktur dapat dijawab dengan baik. Puas hati la juga melihat jawapan mereka walau pada mulanya agak kurang yakin dengan sikap mereka terhadap subjek ini. Macam main-main je.... hmmm....mungkin sebab cikgunya agak sporting terutama semasa amali..

Manakala pelajar Tingkatan 5, nampaknya masih ada yang tidak membuat persediaan dengan baik bagi ujian ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan yang agak mudah walaupun telah biasa dengan bentuk soalan yang diberi sejak berada di Tingkatan 4. Risaunya saya.... masa terus berjalan... SPM kian menjelang tiba... kalau mereka terus relax macam ni, nampaknya teruk lah saya....




Pelajar Sains Pertanian di bengkel Sains Pertanian

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...