Wednesday, May 26, 2010

Plastik mesra alam


Penyelidik Universiti Sains Malaysia telah berjaya menghasilkan plastik mesra alam dengan menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai. "

"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yangdisebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai denganserangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakan Fruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.


sumber : Kosmo

Tuesday, May 25, 2010

Demam exam.....

Ketika minggu exam... anak didik kami study tak mengira tempat.. ermm.. baru nampak mereka ni rajin study.. seronok tengok senario ni kat sekolah.. anak didik kami, Melayu, Orang asli, India, Cina, Punjabi dan lain-lain, nampak tak lekang dengan buku dan nota... kalau la boleh exam hari-hari, kan bagus... hehehe..

Beberapa gambar yang sempat saya snap....












Monday, May 24, 2010

Tanah Lempung


Lempung (juga dikenali sebagai tanah liat) merupakan sejenis mineral bersaiz halus, berbentuk kepingan, gentian, atau hablur yang terbentuk sebagai hasil akhir proses luluhawa mineral silikat. Saiz butirannya bersamaan atau lebih kecil daripada 1/256 mm. Lempung membentuk gumpalan keras apabila kering dan melekit apabila basah terkena air.



sumber : wikipedia

Wednesday, May 19, 2010

Lagu dan Sewang Hari Guru

video

Lagu untuk guru
(Pelajar Tingkatan 5 Angsana)



video

Sewang
(Pelajar Asli SMK Muhibbah)


Video yang sempat saya rakam di majlis Sambutan Hari Guru SMK Muhibbah 2010..




Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru SMK Muhibbah

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di SMK Muhibbah telah dijalankan pada hari Isnin, 17 Mei 2020.. ia disambut sederhana tapi meriah oleh para guru dan pelajar SMK Muhibbah.

Antara program yang disusun oleh pihak penganjur adalah :
1. Bacaan perutusan
2. Ikrar Guru
3. Nyanyian koir oleh guru-guru
4. Sukaneka
5. Persembahan pelajar

Beberapa gambar yang sempat dirakam..



Majlis pembukaan Sambutan Hari Guru





Persembahan pelajar




Penyampaian hadiah sukaneka


Thursday, May 13, 2010

Renungkan lah....


Kalau dibiarkan... agaknya situasi begini memang mungkin boleh berlaku....



Wednesday, May 12, 2010

Sistem Akuaponik

Sistem Akuaponik adalah gabungan di antara ternakan akuakultur dan tanaman secara hidroponik (tanaman tanpa tanah) yang menggunakan air buangan daripada tangki ternakan ikan untuk memberi nutrien/baja kepada tanaman.

Akar tumbuhan berfungsi sebagai penapis biologi untuk membersihkan air dan ini membolehkan air tersebut diguna semula untuk ternakan ikan.

Kaedah ini boleh dimanfaatkan untuk ternakan ikan air tawar terutamanya ternakan ikan tilapia dan ikan keli dengan tanaman sayuran berdaun hijau seperti sawi, kangkung dan kalian.










Monday, May 10, 2010

Tekstur tanah dan kepentingannya

Tekstur tanah ialah peratus kandungan kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar atau halusnya sesuatu tanah.

Tekstur suatu tanah menentukan :
1. Penyaliran
Saliran lebih baik bagi tanah bertekstur kasar

2. Pengudaraan
Tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar dan memudahkan pertukaran gas

3. Penjerapan nutrien
Tanah bertekstur halus mempunyai penjerapan lebih baik dan menakung air

Kelas tekstur tanah boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah medan dan kaedah mendapan. Peratusan pasir, kelodak dan liat yang telah ditentukan dalam makmal melalui kaedah pemendapan digunakan untuk menentukan kelas tekstur tanah dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.




Carta segitiga tanah (USDA)




sumber : Mastery Guided Learning, http://www.soilsensor.com/soiltypes.aspx

Sunday, May 9, 2010

Pokok Cengal Terbesar


Pokok Cengal Terbesar - The Malaysian Book of Records

Nama Spesies : 'Cengal', Neobalanocarpus heimii
Ukuran : 1,675 cm lilitan dan 65 meter tinggi
Tempat Dijumpai : Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu

Pokok cengal terbesar dan berusia kira-kira 1,300 tahun ini ditemui di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

Pokok tersebut yang berdiri setinggi 65 meter dan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.

Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.

Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

Pokok cengal kedua terbesar pula terletak dalam kompartmen 4, Hutan Simpan Pasir Raja dan dianggarkan ketinggian 45 meter dengan ukuran lilitan 10.75 meter.

Cengal atau nama saintifiknya 'Neobalanocarpus-heimii' adalah kayu keras popular di negara ini. Kawasan taburan semula jadi terhad di Semenanjung Malaysia, Thailand iaitu Selatan Pattani dan di Indonesia.

Pokok cengal dikenali sebagai cengai di Perak, manakala di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat dikenali sebagai penak. Thailand pula mempunyai pelbagai nama iaitu thakian-cha, takhian-chantamaeo dan chi-ngamat.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik.

Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan barnis.

Selamat Hari Ibu



Selamat hari ibu kepada semua para ibu.....

Saturday, May 8, 2010

Sungai dalam laut






Sungai di dasar laut yang terletak di Cenote Angelita, Mexico.. lengkap dengan pohon dan dedaunan. Namun pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida.... yang ianya nampak seperti sungai.

Wednesday, May 5, 2010

Sifat Fizikal Tanah








Warna tanah

Warna tanah ialah warna yang wujud pada sesuatu tanah.

Kepentingannya :
Warna tanah dapat menerangkan/menggambarkan :
- keadaan fizikal tanah
- kandungan bahan organik
- aktiviti mikroorganisma
- kesuburan tanah

Contoh :
warna gelap - mempunyai kesuburan tinggi
merah - terdapat oksida ferum, saliran baik, di lereng bukit
perang - terdapat oksida ferum + bahan organik, saliran baik
kelabu - terdapat oksida ferum, saliran kurang baik
kehitam-hitaman - terdapat mangan oksida + organik, pH rendah, menakung air
putih - tinggi kandungan liat
kuning - oksida ferum + air, tanah lebih lembab berbanding tanah merah, saliran baik


sumber : Mastery Guided Learning Sains Pertanian