Thursday, December 31, 2009

Merempit sambil memotong rumput....


Menarik juga ni.. jentera pemotong rumput terkini...
sesuai untuk insan-insan yang ketagih merempit... hehehe.....






Monday, December 21, 2009

Bila nak buka...?


bila nak buka ni....? bila bisnes dibuka ikut suka-suka camni, pelanggan pun tentunya pening kepala......

Wednesday, December 16, 2009

Thursday, December 10, 2009

Terkenang semasa dulu

Saya tertarik dengan ilustrasi kartun LAT dalam satu forum di siber... tentang bot tambang Sayong di Kuala Kangsar.. terkenang saya suatu ketika dulu, semasa saya masih kecil, di tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar dipenuhi bot-bot penumpang untuk ke kampung-kampung yang berhampiran.. seperti Kampung Sayong, Kampung Kubang Pekan, Kampung Menora, Kampung Sementa, Kampung Senggang dan lain-lain lagi... sempat juga saya merasai pengalaman tersebut beberapa kali mengikut arwah datuk dan nenek saya, sebelum perkhidmatan bot ke kampung-kampung tersebut diberhentikan ekoran merosotnya jumlah penumpang disebabkan penggunaan jalanraya.

Kini, bot penumpang yang masih wujud hanyalah bot penumpang ke Kampung Sayong...

Tuesday, December 1, 2009

Madu lebah




Keistimewaan Madu Lebah:
  1. Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
  2. Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  3. Membantu memulihkan tenaga.
  4. Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  5. Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  6. Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  7. Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk di dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  8. Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.


Kandungan Madu Lebah

Vitamin
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K

Zat Galian
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium

Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit


Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.



Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".

Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.

Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)


Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".

Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".

Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.

Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".


Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".


Sumber : Forum CARI


Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam
dan selamat melaksanakan ibadah korban...


Thursday, November 19, 2009

Inkubator penetasan ayam di rumah

Inkubator penetasan adalah teknik penetasan tanpa eraman ibu ayam. Pembuatan inkubator di rumah boleh dilakukan sendiri dengan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Bahan-bahan yang perlu ada ialah termostat, termometer, mentol dan papan playwood.





Memasang mentol pada peti inkubator.



Setelah menetas anak ayam dibiarkan di dalam peti inkubator dalam tempoh seminggu untuk penyesuaian diri dengan persekitaran.



Wednesday, November 4, 2009

Struktur Tanah

Struktur tanah ialah susunan kumin-tanah (pasir, kelodak dan liat) dalam bentuk tertentu. Struktur tanah juga menentukan ukuran dan jumlah rongga antar partikel tanah yang mempengaruhi pergerakan air, udara, akar tumbuhan dan organisme tanah.


Beberapa jenis struktur tanah :



Monday, October 26, 2009

Tarian Sewang



Tarian Sewang oleh pelajar-pelajar Orang Asli SMKM



RIMUP 2009 SMK Muhibbah

SMK Muhibbah telah melaksanakan Program RIMUP untuk rancangan integrasi murid peringkat sekolah pada 24 Oktober 2009, bertempat di SMK Muhibbah. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah acara sukan, memasak lemang serta rendang, persembahan pelajar dan jamuan Hari Raya serta Deepavalli..

Program dijalankan secara sederhana tetapi meriah meninggalkan seribu kenangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Muhibbah..

Antara gambar-gambar yang sempat saya rakam sepanjang program dijalankan...




Menyalakan api dapur kayu


Memasak rendang


Cikgu Kamaruddin (PK HEM) membakar lemang


Memotong lemang


Menyediakan sate


Pelajar-pelajar di Dewan Muhibbah


Persembahan Koir


Tarian Sewang


Tarian Klasik India


Saya bersama 3 gadis Dusun SMKM... hehehe




Friday, October 16, 2009

Gerak Gempur..

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Anggerik menjalani Gerak Gempur Sains Pertanian....
dah nampak keseriusan mereka dalam menghadapi SPM yang bakal tiba...



Thursday, October 15, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Kucing yang tidur....

Kucing.. tabiat semula jadinya suka tidur di tempat yang tersorok, tinggi dan dirasakan selamat baginya.... Dan sebagai haiwan kesayangan yang dianggap manja, gaya tidurnya pun lucu dan manja.....

Dengan tingkah semulajadinya itu, maka terlahirlah aksi-aksi ini.......

Hanya memaparkan beberapa gambar... hehehe....















Bila buah pakai baju...

Hehehe... seringkali di kampung-kampung, para petani membalut buah-buahan samada buah mangga, nangka, cempedak dan sebagainya dengan menggunakan baju terpakai.


MEMBALUT BUAH

Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. Kerja ini dilakukan selepas menyembur racun. Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.


Thursday, September 24, 2009

Pelajarku dan Facebook....

Percubaan saya menggunakan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Pertanian nampaknya begitu mengujakan pelajar-pelajar saya... mereka begitu berminat untuk meng'explore' pelajaran mereka serta membuat perbincangan dengan menggunakan Facebook..

Walaubagaimanapun, sebagai guru, kita perlu membimbing dan mengawal pelajar-pelajar kita supaya maklumat yang mereka perolehi melalui Facebook dan internet akan lebih terpandu dan menjurus kepada objektif yang perlu dicapai dalam pembelajaran.



Thursday, September 17, 2009

Kreatifnya....

Kreatifnya orang Jepun... sawah padi pun jadi lakaran....

Kabuki Art....