Tuesday, April 28, 2009

Pokok aneh

Indahnya pepohon ciptaan Ilahi... dijadikanNya pepohon yang menghijau menghiasi bumi, membekalkan keperluan bagi yang hidup... dijadikanNya juga hidupan-hidupan yang pelik dan aneh supaya hamba-hambaNya dapat menikmati dan menginsafi kebesaranNya.....


Pokok yang rukuk
MasyaAllah... malu rasanya pada pokok



Pohon yang menyerupai kepala manusia
Andainya ia boleh berbicara.....



Pohon seperti perempuan menari



Tebal

Jom main mata

Bahan ini saya jumpa dari blog negara seberang...

Dah letih bercerita tentang tanaman dan ternakan serta selsema babi, jom uji mata kita...



a0001


a0003



a0004


a00051



baca-kalau-bisa1



Monday, April 27, 2009

Selsema babi

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti selsema, demam, batuk, kepenatan, kurang selera makan, sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan.




Virus H1N1



Cara penyebaran virus influenza




Thursday, April 23, 2009

Ciri-ciri usahawan yang berjaya

Sejak saya membuka Laman Agro kepada pelajar, kami sama-sama bertani... menternak ikan.... Banyak cabaran yang saya lalui.. mungkin ada sekelumit persamaan dengan yang dilalui oleh usahawan tani yang sebenar di luar sana, walaupun peritnya tak sehebat mereka...

Pedihnya hati dan telinga dengan usikan kawan-kawan..
terutamanya bila ikan-ikan puyu yang saya ternak mati semuanya ketika itu disebabkan masalah air.. tanaman dirosakkan oleh tangan-tangan yang nakal..

Lelah memerah keringat.. berpanas, basah kuyup berhujan bagi memastikan semuanya 'under control'.

Kecewa dan terpana dengan alatan atau bahan-bahan yang rosak... pernah bermandi air baja ketika paip air baja tercabut dari penyambungnya, lalu air baja terpancut keluar..

Berhadapan dengan pelbagai kerenah pengedar barangan pertanian yang rata-ratanya ingin mencari keuntungan yang tinggi..

Tapi semuanya saya tempuhi dengan tabah... demi secebis pengalaman dalam mengharungi kehidupan.. dengan dorongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan... kerana kalau nak jadi usahawan tani, kita perlu persediaan mental dan fizikal yang mencukupi...


Berikut adalah antara ciri-ciri usahawan yang berjaya sebagai tips untuk kita semua..


CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN BERJAYA

(Sumber dari Sipa Agro Farm)



1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
2. Hasrat untuk menerima cabaran.
3. Berani bertindak dalam apa-apa situasi.
4. Penyelesai masalah.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
8. Kesudian menerima tanggungjawab.
9. Mahir berkomunikasi
10. Konsep diri yang positif.
11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
13. Berorientasikan perancangan.
14. Berkemahiran dalam pengurusan.
15. Menetapkan matlamat.
16. Mahukan kemajuan.
17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
18. Berkepimpinan.
19. Bersungguh dan berusaha.
20. Pandai membuat keputusan.
21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.

Wednesday, April 22, 2009

Foraj

Rumput untuk ternakan




















Sumber : Ladang Infoternak, Sungai Siput (U), Perak

Tanah

Tanah adalah bahagian kulit bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain.

Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera dan hidrosfera. Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah.


Lapisan tanah


Sumber : Wikipedia


Saturday, April 18, 2009

Mata air

Mata air adalah suatu titik di mana air tanah mengalir keluar dari permukaan tanah. Ia merupakan suatu tempat di mana permukaan muka air tanah (akuifer) bertemu dengan permukaan tanah.

Samada sumber air tersebut daripada hujan atau salji yang menyerap ke bumi, sebuah mata air bersifat ephemeral (kadang-kadang) atau perennial (terus-menerus).










Air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.


Proses mengeluarkan telur ikan


Anak ikan keli dalam usia 45 hari


Sumber : Wikipedia, Kosmo


Friday, April 17, 2009

Mesin Getah Keping

Ketika 'surfing internet', saya terjumpa gambar mesin getah.. tiba-tiba terkenang kembali saat-saat ketika bersama arwah atuk dan opah di kampung... saat-saat percutian di kampung yang indah.. masa zaman sekolah dulu, saya suka dok di kampung arwah atuk... nak manja-manja dengan arwah atuk dan opah... hihihi...

Arwah atuk mempunyai sebuah pondok memproses getah keping di belakang rumahnya dengan tempat menyidai getah keping untuk di keringkan. Mesin tersebut digunakan juga oleh jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah arwah atuk tanpa dikenakan apa-apa sewa atau bayaran... satu semangat kerjasama dan tolong menolong yang patut diteruskan oleh kita hingga ke hari ini...


Proses membuat getah keping memang rumit. Sebab tu agaknya orang sekarang tidak lagi berminat untuk membuat getah keping.

Langkah-langkah membuat getah keping adalah seperti berikut :
  1. Getah cair di kutip selepas di toreh.
  2. Susu getah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam acuan (satu bongkah zink 4 segi tepat).
  3. Ia dicampur cuka getah (sejenis asid), dikacau untuk membekukan getah tersebut.
  4. Lepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek...seterusnya dimesin. Ada 2 jenis mesin, iaitu mesin lurus dan berjalur.Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.
  5. Akhirnya ia dikeringkan atau di salai dalam 3~4 hari.
  6. Setelah kering, getah boleh dijual.

Dulu saya suka menolong arwah atuk memproses getah keping... mengacau getah cair yang dicampur dengan cuka getah hingga beku.... meratakan getah sebelum dimesin... seronok sangat pengalaman tu... tapi semua tu dah tinggal kenangan.. arwah atuk dan nenek pun dah tiada lagi...

Bila fikir-fikir balik, memang susah orang dulu-dulu bekerja... awal pagi bangun menoreh... Lepas tu kutip susu getah dan diproses pula menjadi getah keping...

Kini dengan teknologi yang baru, kerja menjadi mudah dan lebih cepat... penoreh getah menoreh dengan menggunakan mesin penoreh.. susu getah cair atau getah skrap dikutip dan terus dijual tanpa perlu melalui kerja-kerja yang merumitkan.


mesin getah


getah keping yang dikeringkan


Thursday, April 16, 2009

Lama tak nampak...

Hari ni saya ke Laman Agro, nak tengok ikan-ikan keli....... saya sibuk sikit kebelakangan ni, dengan kerja dan exam... kekangan yang menyebabkan saya tak dapat lagi meneruskan rutin harian saya setiap pagi bersama ikan-ikan tu...

Sesampainya di tangki... saya terus intai ikan-ikan tu... hihihi.... ikan-ikan tu pun intai saya.... dah lama tak nampak tuan dia ni....

Ikan-ikan saya dah besar, dalam kira-kira 6 inci dalam usianya 3 bulan. Sejak saya tambah keladi bunting yang baru, ikan-ikan saya dapat membesar dengan baik tanpa makanan tambahan, tanpa penjagaan yang rapi, tanpa perlu menukar air... airnya memang jernih... nampak ikan-ikan tu berenang di dalamnya..

Itu lah untungnya menternak ikan dengan cara organik.... walaupun saiznya mungkin tak sebesar ikan ternakan biasa, tapi penjagaannya amat mudah... dan yang penting rasanya sesedap ikan keli yang hidup secara semulajadi.


tak perlu tukar air


Tuesday, April 14, 2009

Kenali kambing


Kambing mudah dipelihara kerana ia dapat menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya.

Jom kenali kambing....

Kambing Boer



Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).

Penyakit : Kambing jenis ini tahan kepada serangan penyakit serta memiliki prospek pemasaran yang baik. Boleh meragut - impek terhad pada rumput atas (grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.

Beranak : 3 kali dalam masa 2 tahun. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian >200 g/hari.

Ciri-ciri : Kambing jenis Boer mempunyai sifat-sifat kambing pedaging dan berwarna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala. Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian. Baka ini sangat popular di Malaysia pada masa kini.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kakinya pendek, tegap, berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.

Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 110kg hingga 135kg manakala berat betina dewasa dari 90kg hingga 100kg.

Tempoh Matang : Kambing Boer adalah cepat matang :-
  • Jantan - 6 bulan.
  • Betina - 10 hingga 12 bulan.



Kambing Saanen





Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular.

Ciri-Ciri : Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek .Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.


Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek. Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.


Berat : Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36kg - 63kg (Betina).

Susu : Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu (lemak susu) 3-4%.




Kambing Jamnapari



Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ianya banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh.

Ciri-Ciri : Jamnapari bersaiz besar . Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dengan sekelompok bulu diatasnya dan mempunyai telinga yang panjang (26.79cm), berlipat dan melampai ke bawah.

Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama.

Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan

Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan. Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing Kacang.

Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 68kg hingga 91kg manakala berat betina dewasa dari 36kg hingga 63kg.

Susu : Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar. Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.



Kambing Katcjang/Kacang


Kambing Katjang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak . Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Katjang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia. Ianya digunakan untuk keluaran daging.

Ciri-Ciri
: Selain dari saiz badannya yang kecil, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan. Purata ketinggian 55-60 cm.

Susu
: Pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan).

Berat
: Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).



Sumber : http://romatechagroternak.blogspot.com/search/label/Kenali%20Kambing


Saturday, April 11, 2009

Post Mortem SPM 2008

Post Mortem SPM 2008 bagi subjek Sains Pertanian telah diadakan pada hari Sabtu, 11 April 2009 di Hotel Flaminggo, Setiawan, Perak.

Rumusan yang diperolehi :
Prestasi yang cemerlang dalam subjek Sains Pertanian diperolehi dengan cara :
  1. Menggunakan BBM dengan sepenuhnya (buku teks, MGL, CD, buku-buku latihan)
  2. Kaedah Mnemonik untuk menghafal
  3. Tumpukan pada amali dan pengiraan
  4. Membuat latih tubi
  5. Tegas tapi mesra dengan pelajar
  6. Beri motivasi kepada pelajar
  7. Mempelbagaikan kaedah pengajaran


Encik Redzuan mempengerusikan majlis


Maklumat yang dapat dikongsi bersama dalam program ini amat berguna untuk semua guru-guru Sains Pertanian dalam mempertingkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar Sains Pertanian di sekolah masing-masing.


Sekolah Berwatak

Pelancaran Sekolah Berwatak telah diadakan pada hari Jumaat, 10 April 2009, di Hotel Flaminggo, Setiawan, anjuran JPN Perak. Melalui program ini, seramai 8 orang Ketua Panitia Sains Pertanian Negeri Perak telah membuat pembentangan maklumat Sekolah Berwatak bagi sekolah masing-masing.

Watak-watak yang telah diketengahkan dalam program ini adalah :
  1. Pengeluaran Tanaman Sayuran Secara Fertigasi - SMK Sayong, Kuala kangsar
  2. School Interprise - SM Teknik, Teluk Intan
  3. Projek Taman Pitaya & Rock Melon - SMK Pengkalan, Ipoh
  4. Projek Laman Herba - SMK Hutan Melintang, Hutan Melintang
  5. Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas - SMK Sungkai, Sungkai
  6. Wetland - SMK Kg Pasir Puteh, Ipoh
  7. Makmal Sains Pertanian - SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai
  8. WebQuest - SMK Muhibbah, Sg Siput (U)

Beberapa foto yang sempat saya rakam


Encik Redzuan sedang memberi taklimat


Cikgu Alimin - Makmal Sains Pertanian


Cikgu Taufik - Wetland


Cikgu Bakri - Projek Taman Pitaya


Antara guru-guru yang mengikuti program


Banyak maklumat dapat diperolehi daripada program ini untuk dikongsi bersama... Terima kasih kepada Encik Mohd Redzuan bin Abib, Penyelia Sains Pertanian JPN Perak, yang telah menganjurkan program ini untuk guru-guru Sains Pertanian Negeri Perak..