Tuesday, January 25, 2011

Merekabentuk sistem perumahan ternakan

Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 5 Angsana telah ditugaskan untuk membuat rekabentuk sistem perumahan (reban/kandang ternakan) yang sempurna dan berteknologi tinggi, untuk mengatasi masalah himpitan iklim pada ternakan. Seterusnya pada hari Khamis ni, mereka akan membuat pembentangan rekabentuk sistem perumahan yang telah dihasilkan.. kita tengok nanti hasilnya... :)

Antara pereka-perekanya....






Peranan Institusi Pertanian


Institusi pertanian amat penting dalam membantu pembangunan sektor pertanian Malaysia. Ia menjalankan fungsi-fungsi tertentu yang menjurus ke arah kecemerlangan pertanian dan ekonomi negara. Di antara peranan-peranan institusi tersebut adalah :

1. Menyediakan infrasruktur pertanian
pengairan dan saliran - cth : JPS
jalan raya - cth : JKR
bekalan elektrik - cth : TNB
komunikasi - cth : TM

2. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
cth : MARDI, RRIM

3. Memberi khidmat nasihat dan latihan
cth : Jabatan Pertanian, RISDA

4. Menyediakan peluang pekerjaan
cth : MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dll

5. Menyediakan bantuan kewangan
cth : Agrobank, RISDA, BERNAS

6. Penyeliaan
cth : Jabatan Pertanian, JPH

7. Membantu pemasaran hasil
cth : FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)


Monday, January 24, 2011

Isu Pertanian di Malaysia


1. Produktiviti

2. Ketidakstabilan harga

3. Penyebaran dan pengamalan teknologi baru

4. Pendidikan dan latihan

5. Penghijrahan penduduk

6. Pencemaran alam sekitar

7. Kekurangan buruh


Untuk keterangan lanjut, sila klik.

Thursday, January 20, 2011

Mood tahun baru...


Lama sangat rasanya tak upgrade blog saya ni.. Kesibukan dalam menjalankan aktiviti seharian menyebabkan mood untuk berkreatif di laman maya ni menjadi amat terbatas.. sehinggalah mendapat komen daripada seorang rakan sekerja baru-baru ni.

Katanya, "Apa ni Kak Nor.. asyik-asyik design ni jer... jemu la...."

Saya geli hati mendengar komennya, lalu saya jawab, "Ok la tu, yang penting content nya..."

Jawabnya, "Tak kira.. jemu gak... "

Adui mak.. kawan saya ni.. suka-suka jer nak komen.. tapi.. bila fikir balik, betul juga komen dia tu, memang dah lama sangat saya tak mengemaskini blog saya ni.. walaubagaimanapun kena ambil masa, macam orang nak kemas rumah atau stor, kalau dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa tentu hasilnya kurang memuaskan..

Jadi, untuk perhatian rakan-rakan pengunjung blog ni.. andai terdapat kekurangan pada blog ini dalam beberapa hari akan datang atau mungkin dalam beberapa minggu, harap maaf yer.. sebab saya perlu masa untuk mengemaskini beberapa bahagian pada blog ini... Untuk rakan saya tu, Puan Naizatul Aissah, Kaunselor SMK Muhibbah.. terima kasih sebab menyedarkan saya... Sebenarnya pengkritik ni amat perlu untuk menyedarkan kita dan seterusnya membaiki kelemahan-kelemahan kita... InsyaAllah... Semoga diberiNYA kekuatan...






Trend Pertanian di Malaysia




1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan

2. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

3. Hubungkait pertanian dengan pelancongan

4. Hubungkait pertanian dengan landskap

5. Ladang kontrak

6. Penggabungan ladang kecil

7. Perhutani



Nota lanjut, sila klik

Wednesday, January 19, 2011

Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan




1. Iklim
Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menyebabkan ia sesuai kepada jenis tanaman seperti padi, getah dan kelapa sawit. Bagi kawasan tanah tinggi yang beriklim sejuk sesuai ditanam sayuran iklim sederhana seperti kubis, kubis bunga dan tomato. Ternakan yang dipelihara terdiri daripada jenis yang sesuai dengan kawasan tropika seperti lembu, kambing, ayam dan itik.

2. Perkembangan sejarah
Sebelum penjajahan Inggeris, padi, kelapa, buah-buahan, gambir, rempah dan sayur-sayuran ditanam secara sara diri. Semasa penjajahan Inggeris, getah dan kelapa sawit diperkenalkan. Pendatang Cina membawa masuk ternakan ayam dan khinzir, manakala pendatang India membawa masuk lembu ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

3. Ekonomi
Tanaman dan ternakan banyak di sesuatu kawasan yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan pasaran yang tinggi.

4. Dasar Kerajaan
Kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar untuk pembangunan sektor pertanian sejak merdeka. Antara dasar-dasar yang berkaitan dengan pertanian adalah :

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)


Sumber : MGL Sains Pertanian


Monday, January 17, 2011

Taburan Ternakan Utama di Malaysia



1. Lembu dan kerbau
Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

2. Kambing dan biri-biri
Kelantan, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan

3. Ayam
Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor

4. Itik
Selangor dan Perak

5. Khinzir
Negeri Sembilan, Perak, Sarawak dan Johor



Sumber : MGL Sains Pertanian

Tuesday, January 11, 2011

Taburan Tanaman Utama di Malaysia


1. Getah
Perak, Johor, Pahang, Kedah dan Perlis
- di kaki bukit dan tanah pamah beralun di sekitar pantai barat.
Sabah
- sepanjang pantai barat.
Sarawak
- kawasan lereng bukit dan lembah sungai.

2. Kelapa sawit
Johor, Perak, Selangor, Terengganu, Pahang dan Sabah
- tanah beralun dan berbukit
- di kawasan pantai barat dan pantai timur.

3. Koko
Perak, Selangor, Johor Barat, Sabah dan Pulau Pinang
- di kawasan tanah rata.

4. Kelapa
Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak
- di kawasan pantai dan tanah berpasir.

5. Padi
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak
- pantai barat di kawasan tanah pamah yang beralun
- Sabah dan Sarawak di kawasan berbukit.

6. Sayur-sayuran
Pahang, Selangor, Johor, Perak dan Sabah
- kawasan tanah tinggi dan rendah.


Sumber : Mastery Guided Learning