Thursday, November 15, 2012

Laksa Kuale

          Rakan lama saya, zaman maktab perguruan dulu...  Razman Mohamad, bersama keluarganya telah berkunjung ke Kuala Kangsar  petang tadi dalam perjalanan mereka dari Alor Gajah, Melaka ke kampung halamannya di Kamunting, Taiping. Hajat utama Razman 'menyinggah' sebenarnya adalah untuk menikmati laksa Kuale di Medan Selera Sungai Perak..  disamping berbincang dengan saya mengenai kajian kedoktorannya.  Lama berbincang dan bercerita, tak sedar masa berlalu..   dah nak Maghrib pun..  dan Razman pulak dah menghabiskan sepinggan laksa, sepinggan pasembur dan 3 gelas air minuman.  Saya dan suami hanya tergelak memerhati...  ini la penangan hidangan Kuale...   hehe
         Untuk Razman dan keluarga, terima kasih kerana datang berkunjung..  lain kali datang lagi ya..  kita menjamu selera di rumah saya..   pekena Laksa Kuale ala Chandan Putri pulak...

Razman dan keluarga


Laksa Kuale


Bagi yang ingin belajar bagaimana nak menyediakan laksa Kuale, di sini saya paparkan resipinya untuk tatapan semua....

Resepi Laksa Kuale..   cara saya la...   ;-)

Bahan-bahan
1 kg laksa (laksa kering atau basah)
1 kg ikan kembung/sardin
1 kiub belacan
4 biji bawang besar - dikisar
2 batang bunga kantan
seiikat daun kesom
5 keping asam gelugur
2 sudu besar cili kisar
4 liter air
garam secukup rasa

Bahan sampingan
1 biji timun
5 helai daun salad
2 biji bawang besar
4 biji telur rebus
5 biji cili merah/cabai melaka

Cara penyediaan
1. Rebus ikan hingga lembut.
2. Buang tulang ikan dan kisar isi ikan.
3. Masukkan isi ikan, bawang besar,cili kisar, belacan, daun kesom, bunga kantan, asam gelugur, garam serta air ke dalam periuk.
4. Masakkan bahan-bahan tersebut hingga mendidih.
5. Setelah kuah laksa masak...  masukkan laksa ke dalam pinggan, letakkan bahan sampingan yang telah dihiris dan tuangkan kuah laksa..