Thursday, September 24, 2009

Pelajarku dan Facebook....

Percubaan saya menggunakan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Pertanian nampaknya begitu mengujakan pelajar-pelajar saya... mereka begitu berminat untuk meng'explore' pelajaran mereka serta membuat perbincangan dengan menggunakan Facebook..

Walaubagaimanapun, sebagai guru, kita perlu membimbing dan mengawal pelajar-pelajar kita supaya maklumat yang mereka perolehi melalui Facebook dan internet akan lebih terpandu dan menjurus kepada objektif yang perlu dicapai dalam pembelajaran.



Thursday, September 17, 2009

Kreatifnya....

Kreatifnya orang Jepun... sawah padi pun jadi lakaran....

Kabuki Art....














Tuesday, September 15, 2009

Selamat hari raya kepada semua...



Selamat hari raya aidil fitri
kepada semua rakan dan taulan...

Maaf zahir dan batin...

Saturday, September 12, 2009

Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran


Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai perekabentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel.


Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah :

  1. Ruang 'Search'
  2. Link
  3. Authoring
  4. Tag
  5. forum
  6. emel
  7. hyperlink
  8. world contact/friend
  9. digital gift
  10. dinamik content


Melalui Facebook, kita boleh mengintegrasi prinsip-prinsip 'network' dalam ICT/digital dengan semua teori pembelajaran yg ada.



Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam membentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Facebook :


  1. Pembelajaran dan pengetahuan adalah pelbagai.
  2. Perhubungan yang menghubungkan semua sumber2 maklumat yang releven.
  3. Sumber bukan berpusat kepada manusia.
  4. Kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara melebihi tahap tahu.
  5. Maklumat yang diperolehi menyebabkan berlakunya pembelajaran yang berterusan.
  6. Kebolehan untuk melihat perkaitan antara bidang, idea dan konsep.
  7. Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan terkini.
  8. Semua ketujuh-tujuh perkara di atas tadi menyebabkan seseorg 'user' boleh membuat keputusan dengan tepat.




Amacam? Cikgu-cikgu... jom kita bina Facebook untuk pengajaran dan pembelajaran... tentu pelajar-pelajar kita teruja..




Sumber :
Kuliah Multimedia dalam pendidikan (PLG 547)
Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya
PTPM USM



Wednesday, September 9, 2009

Payung efektif


Selalunya kalau kita gunakan payung, tentunya kita masih lagi basah terkena tempias hujan, terutama jika hujan lebat. Ini salah satu teknik bagaimana nak elakkan tempias bila menggunakan payung..... hehehe... boleh lah cuba....


Sunday, September 6, 2009

Asam gelugor

Asam gelugor (asam keping) banyak kenangan bagi saya... membantu nenek mengutip buah asam gelugor yang telah masak ketika cuti sekolah. Setelah dikutip, buah ini kami potong nipis-nipis sebelum dijemur di panas matahari sehingga ia betul-betul kering. Kepingan asam gelugor yang telah kering ini boleh disimpan dalam jangka masa yang agak lama jika disimpan di tempat yang sesuai dan kering.

Kegunaannya adalah sebagai perisa makanan dan juga sebagai bahan untuk menghilangkan hanyir ikan, udang atau daging. Ia juga merupakan sumber pendapatan tambahan bagi penduduk di kampung nenek saya hingga kini.


Pokok asam gelugor



Bunga asam gelugor



Asam gelugor muda



Buah asam gelugor yang telah matang/masak



Asam gelugor yang telah kering



Maklumat mengenai Asam Gelugor

Asam gelugur atau asam keping (garcinia atroviridis) ialah sejenis pokok hutan hujan yang besar berkayu dan mempunyai dahan yang tumbuh berpusar pada bahagian batang pokoknya. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Bunga buah asam gelugur ini keluar di hujung dahan dan bersaiz besar. Asam gelugur yang telah diproses dijadikan bahan tambah atau bahan perisa dalam masakan Melayu. Pokok ini berasal dari tanah besar Asia Tenggara.

Asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.


Sumber : Wikipedia


Thursday, September 3, 2009

Pantun raya... hehehe...

Sekadar berseloka..... pantun raya pelbagai negeri.....



Kelate

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar

Kelik rayo taksir laju

Nanti rayo dale sepita


Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong

Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong

Bulang raye mung gile


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin


Johor...

Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie


Melaka...

Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api

Campo dongan! daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupai

Pandu hemat ingat kampong

Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepas raya usah dok triak

Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang



Sumber : dari emel