Monday, January 13, 2014

Himpitan Iklim





Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan. Ianya melibatkan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan atau kelembapan dan cahaya.


Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas ternakan :
1.  Perlakuan semasa meragut
Suhu yang tinggi dan pancaran cahaya matahari mengurangkan selera makan ternakan.  Ia akan berhenti makan dan mencari tempat teduh.  Jangka masa meragut kurang.


2.  Pengambilan makanan
Peningkatan suhu menyebabkan pengambilan makanan berkurangan, sebaliknya air diambil berlebihan.



3.  Pengeluaran hasil
Peningkatan suhu persekitaran menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi ternakan.  Ia mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging.


4.  Pembiakan
Suhu persekitaran yang tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin.  Kadar penetasan telur juga akan menurun.