Sunday, May 31, 2009

MacDonald's Home Delivery

Hehehe.......

saya dapat gambar ni dari emel sorang kenalan.... kelakor jer..

bayangkan lah jika burger Mac Donald besar yang dijunjung oleh si ibu tu benar-benar wujud.. pasti anak-anaknya yang menunggu di rumah gembira kekenyangan...



tapi apakan daya... hidup ini tak seindah impian.....
penuh ujian dan cabaran......... menguji keimanan...

Ketawalah..


Kata orang, gelak ketawa adalah penawar untuk menyembuh segala duka lara.. mendorong diri anda untuk berasa bahagia.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.

Oleh itu, janganlah terlalu serius, bergelak ketawa selalu supaya dapat mengecapi hidup yang lebih sihat. Untuk maklumat lanjut, sila klik.



Apa-apapun gelak ketawa kita jangan lah berlebih-lebihan... Sila klik Bahana Banyak Ketawa




Pantun

Sekadar merehatkan minda...
nak share pantun kelakor yang dipinjam dari PPD Kuala Kangsar..


PANTUN KU

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau jolok cempedak tu?
kan dah jatuh sebelah sana!..

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau bau semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang?

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak bayar, 'Cash On Delivery'.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau nk simpan lagi?

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
ngan kucing leh la kau lari-lari..
ngan pak belang?mana mau lari??

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu.

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke..

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
intailah hamba antara nampak..
intai time mandi, lebam mata tuan!!

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
abis tu?xkan nk mkn dahannyer?

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Pulau Pandan jauh lah...
Kampung Pandan kan lagi dekat!

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau..

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang 'Indah Water'




hehehehe......... cikgu Bahasa Melayu jgn marah yer......

Saturday, May 30, 2009

Letih....





Letih....... Banyaknya kerja, takde kerja cari kerja, tambah lagi kerja... huhuhu... pehtu rasa letih sangat, sampai hilang idea untuk menulis.. banyak artikel blog-blog yang tertangguh, jadi draf... dah lama terperap, silap-silap buang terus... nasib la...


Letih..... Kenapa letih?

Letih, penat dan lesu; maksudnya keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga.

Punca-punca letih :

1. Pemakanan yang tidak sempurna

2. Terlalu kuat bekerja

3. Kurang atau terlebih bersenam

4. Insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna

5. Gangguan hormon


Cara-cara mengatasi letih

1. Jaga pemakanan

Makan makanan yang seimbang. Pastikan anda tidak mengabaikan sarapan. Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika perlu boleh ditambah dengan makanan tambahan, iaitu vitamin, ginseng, tongkat ali dan sebagainya..

Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?

Vitamin B kompleks menyokong sistem saraf dan imun. Vitamin ini meningkatkan lagi keberkesanan sel darah putih yang menentang bakteria dan virus. Ia juga perlu bagi penyalinan sel darah merah yang sempurna.

Vitamin C juga menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.

Kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.

Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu.

Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun.


Supplement yang disyorkan

SUPPLEMENTDOSKOMEN
Vitamin B-kompleks1 biji dua kali sehari bersama makanan.Pilih satu B-kompleks yang mempunyai 150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain.
Vitamin C1000 mg 3 kali sehari.Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit.
Panax ginseng100-250 mg dua kali sehari.Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides.
Siberian ginseng100-300 mg dua kali sehari.Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides.
Magnesium400 mg sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan.Waspada apabila mengambil magnesium jika anda berpenyakit buah pinggang.
Asid amino kompleks1 biji dua kali sehari.Diambil ketika perut kosong.
Minyak flaxseed1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan.Diambil pada waktu pagi.


2. Tidur yang cukup

Sebaik-baiknya anda tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika ada kelapangan, tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak atau minuman berkafein untuk mengelakkan masalah tidur.


3. Bersenam

Bersenamlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.


* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika letih atau lesu berlanjutan.


Maklumat lanjut : sila klik Mahsuri

dan Galeri Ilmu


Thursday, May 28, 2009

Nasi kambing...


Merayau-rayau di laman siber, 'maklumat tanpa sempadan'.. terjumpa gambar ni... Nasi kambing terbesar di dunia.... Pak Arab ler punya cerita ni...... hehehe...... dah macam kolam mandi.. boleh mandi-manda... tapi boleh habis ke niii...? kalau tak abis, maka membazirlah jadinya...


Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran.

Firman-Nya yang bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan”.

(Surah al-A’raf: 31)




Tuesday, May 26, 2009

Lasaknya ikan keli...

Hari Isnin yang lepas, setibanya saya ke sekolah, seperti biasa saya terus ke Laman Agro... memeriksa sayur dan ikan keli... Ya Allah... Terkejut saya bila tengok air di tangki tinggal hanya setinggi 3 inci... Sememangnya saya agak sibuk pada hari-hari sebelumnya, dengan kerja-kerja seharian, dengan persiapan kursus EDUWEBTV untuk guru-guru... Kesiannya ikan saya...

Setelah saya amati, rupa-rupanya injap utama saluran tangki dah terbuka.. tak tahu sejak bila.. air keluar hingga paras minima.. tak tahulah siapa punya kerja..

Ikan keli? Alhamdulillah.. tak de yang mati.. boleh hidup dalam air yang cetek.. dalam air yang berbau...

Tindakan saya? Cepat-cepat masukkan air paip tanpa antiklorin ke dalam tangki... bagi palet sebab keladi bunting pun dah sikit sangat..

Lasaknya ikan keli....... satu bonus untuk saya......


Ikan keli yang lasak


Injap untuk laras air



Sunday, May 24, 2009

Belalang dan kenangan...

Ketika memeriksa sayur-sayur sawi yang belum dituai, saya ternampak seekor belalang di daun sawi... hmmm... ini lah rupanya makhluk yang telah merosakkan daun sawi kami. Habis daun sawi berlubang-lubang dikerjakannya.. sememangnya saya tidak menyembur sebarang racun pada sayuran tersebut.. nak rasa nikmatnya sayur yang tidak disembur sebarang racun..

Belalang........ mengembalikan ingatan saya sewaktu zaman belajar kat UPM dulu.... subjek Entomologi.... belajar tentang serangga perosak... kena hafal nama saintifik serangga-serangga.. punya la letih minda nak hafal semua tu, akibatnya kawan-kawan saya panggil dengan nama serangga, untuk memudahkan ingatan... hehehe.... ada la kawan saya yang namanya Plutella, Nilaparvata lugens, Spodoptera mauritia dan lain-lain... dah lupa pun... kena tangkap serangga pulak tu, untuk diawet dan disimpan di dalam kotak khas sebagai kerja kursus.... yang jadi masalahnya, saya memang takut dengan serangga.. terpaksalah minta bantuan rakan-rakan dan saudara mara untuk mendapatkannya... hmmm... indahnya kenangan...


Cantiknya belalang...


Belalang adalah serangga herbivora dari suborder Caelifera dalam order Orthoptera. Serangga ini memiliki antena yang lebih pendek dari tubuhnya dan juga memiliki ovipositor pendek. Suara yang ditimbulkan beberapa spesies belalang biasanya dihasilkan dengan menggosokkan femur belakangnya terhadap sayap depan atau abdomen (disebut stridulasi), atau kerana libasan sayapnya sewaktu terbang. Femur belakangnya umumnya panjang dan kuat yang sesuai untuk melompat. Serangga ini umumnya bersayap, walaupun sayapnya kadang tidak dapat dipergunakan untuk terbang. Belalang betina umumnya berukuran lebih besar dari belalang jantan.

Untuk maklumat lanjut tentang belalang... Sila klik


Saturday, May 23, 2009

Kursus EDUWEBTV

Kursus EDUWEBTV untuk guru-guru SMKM telah dijalankan pada hari Sabtu, 23 Mei 2009 di Makmal Komputer SMK Muhibbah. Semua guru, kecuali yang mengikuti pelbagai kursus/meeting di tempat lain, telah menghadiri kursus ini.

Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk memberi penerangan tentang EDUWEBTV dalam kursus ini. Perlaksanaan kursus ini memang agak lewat berbanding rakan-rakan di sekolah lain memandangkan sukarnya bagi pihak sekolah mencari masa yang sesuai untuk melaksanakannya mengikut masa yang telah ditetapkan..

Penglibatan yang memerangsangkan dari pihak pentadbir dan rakan-rakan guru dalam kursus ini memberi semangat untuk saya berkongsi ilmu tentang EDUWEBTV dan ICT..

Terima kasih kepada Cikgu Noor Azamin bin Muhammad, Guru ICT SMKM, selaku fasilitator bersama, yang telah banyak membantu dalam membuat persediaan dalam kursus ini, pihak pentadbir dan rakan-rakan guru yang telah mengikuti kursus ini dengan penuh minat dan bersemangat... satu penghargaan untuk usaha saya..



Dibawah ini beberapa foto yang sempat saya rakam sepanjang perjalanan kursus.



Monday, May 18, 2009

Hari Guru SMKM

Hari ini pihak KESTAMU (Kelab Guru dan Staf SMKM) dengan kerjasama Badan Pengawas SMKM telah menganjurkan Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah untuk warga pendidik SMKM. Majlis ini dijalankan di Dataran Muhibbah mulai 7.40 pagi dan berakhir pada jam 11.20 pagi. Walaupun sambutan dijalankan secara sederhana tapi ia agak meriah dengan penglibatan guru-guru dan pelajar-pelajar dalam menjayakan majlis ini.







Ucapan daripada wakil pelajar














Ucapan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dibacakan oleh Puan Hajah Zuliha bt Sarry, Penolong Kanan Pentadbiran SMKM.









Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dibacakan oleh Puan Saniyah bt Abas, Pengetua SMKM.












Nyanyian Lagu 'Guru Pembina Negara Bangsa' oleh warga pendidik SMKM.












Guru-guru SMKM mendapat cenderahati daripada Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas Koperasi, Pembantu Rakan Sebaya dan Kelab SPBT.










Deklamasi sajak daripada Anis bt Salman












Nyanyian lagu 'Kami Anak Rimba' daripada kumpulan pelajar orang Asli












Alunan nasyid yang penuh syahdu daripada kumpulan nasyid SMKM













Sukaneka - Roda2 Muhibbah

--- mencabar kesabaran...










Sukaneka - Teka Ayat

-- lucu sangat....












Sukaneka - Memancing Botol

-- susahnya...











Jamuan untuk warga pendidik SMKM







Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah....

Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru-guru SMKM... InsyaAllah...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru untuk semua guru.....

Semoga sentiasa sukses..
semoga sentiasa tabah dalam perjuangan...




TEMA HARI GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



Lagu tema Hari Guru :

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

[- Download : Guru Pembina Negara Bangsa -



Indahnya bait lagu ini untuk dihayati.......



Friday, May 8, 2009

Yang ditunggu dah tiba...

Saat yang ditunggu-tunggu oleh warga SMKM... terutama pelajar-pelajar Sains Pertanian..

Pada hari Khamis, 7 Mei 2009, kakitangan Laman Agro, iaitu pelajar-pelajar Sains Pertanian, telah memungut produk tanaman kami yang kedua selepas kailan fertigasi, iaitu sawi fertigasi. Sayur sawi ini dijual kepada warga SMKM dengan harga RM2.80/kg. Jualan sayur ini mendapat sambutan yang amat baik daripada warga sekolah. Guru-guru dan kakitangan sekolah masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba produk kedua yang kami hasilkan.

Sebenarnya tanaman sawi dan kailan tidak begitu sesuai menggunakan kaedah fertigasi disebabkan kos pengeluarannya yang tinggi berbanding harga kailan dan sawi yang agak rendah di pasaran. Namun bagi kami pula, yang baru belajar menggunakan kaedah fertigasi, tetap memilih tanaman sawi dan kailan yang agak mudah penjagaannya sebagai 'asas' untuk kami memahami selok belok fertigasi...


Seronoknya mengutip hasil....


pemungutan


membersih dan menggred


menimbang berat


membungkus


Produk kami mendapat sambutan yang baik kerana rasanya yang sedap, segar dan tidak menggunakan sebarang racun.

Tuesday, May 5, 2009

Nematod

Nematod adalah sejenis haiwan intertebrata seni (mikro) yang boleh hidup di dalam tanah, air dan tumbuh-tumbuhan. Sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Biasanya dalam saiz kurang dari 1 mm panjangnya. Ia memakan kandungan sel-sel akar, batang dan daun tumbuhan, seterusnya menyebabkan kerosakan yang serius.

Tanaman yang diserang oleh nematod pada amnya menunjukkan simptom-simptom yang berikut:
  1. Kadar pertumbuhan yang lambat
  2. Klorosis pada daun
  3. Daun mudah gugur dengan banyaknya
  4. Terbantut

beberapa jenis nematod







untuk maklumat lanjut, klik

Friday, May 1, 2009

Apa alasanmu.......?

Seringkali kerja-kerja dalam bidang pertanian menjadi alasan untuk seseorang melengah-lengahkan solat... meninggalkan solat... tanah, baja, bahan organik, najis ternakan dan peluh menjadi penyebab ketidakselesaan....... lantas solat diabaikan..


Lihatlah mereka-mereka yang menjaga solatnya... tiada alasan untuk tidak mengerjakannya......
















Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya

[Taha : 32 ]