Monday, January 25, 2016

Bedah Siasat Organ Pencernaan Ayam

Pada hari Jumaat, 22 Januari 2016, pelajar Sains Pertanian Tingkatan 5, telah menjalani amali bedah siasat organ pencernaan ayam.  Berikut adalah prosedur amali yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar tersebut.


Bahan / Radas
set pembedahan, pisau, dulang, sekateur, paku, tukul, marker pen, papan landas

Langkah-langkah
1.   Letakkan ayam secara telentang.
2.   Tanda bahagian yang hendak dibedah.
3.   Paku kepak dan peha.
4.   Belah melintang pada tembolok.
5.   Masukkan 2 jari untuk melonggarkan tembolok @ esofagus.
6.   Belah dada memanjang daripada abdomen hingga ke kloaka.
7.   Potong tulang dada.
8.   Buka tulang dada.
9.   Longgarkan organ dengan memasukkan 3 jari.
10. Keluarkan organ pencernaan.
11. Uraikan organ pencernaan.
12. Pamerkan di atas dulang.

Langkah Keselamatan
1. Guna pisau yang tajam
2. Potong tulang dengan berhati-hati
3. Keluarkan organ dengan cermat







Monday, January 4, 2016

Sekolah Seni Malaysia Perak

SMK Muhibbah telah menerima pelajar jurusan Seni mulai 2016 dan dijangka akan menjadi sekolah seni sepenuhnya lima tahun akan datang.


Hari Pertama Persekolahan 2016

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar SMK Muhibbah.  Seperti biasa, hari ini berlangsungnya program orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4.  Melalui program ini, mereka telah didedahkan dengan subjek-subjek yang akan mereka pelajari, iaitu subjek teras dan elektif.  Dalam kesempatan ini juga, saya telah diamanahkan untuk menerangkan tentang subjek Sains Pertanian kepada pelajar-pelajar tersebut.