Tuesday, January 27, 2015

Pelajar hasilkan blog pembelajaran

Pelajar Sains Pertanian Tingkatan 4 Angsana telah memulakan sesi pembelajaran pada tahun ini dengan aktiviti pembelajaran menggunakan web.  Mereka dilatih membina blog mereka sendiri dan menghasilkan nota pembelajaran dengan menggunakan hipermedia.  Semoga kaedah ini memberi motivasi kepada mereka untuk lebih tekun dalam sesi pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik mereka.







Monday, January 12, 2015

Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar SMK Muhibbah, Sungai Siput.. Ia juga merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4, dengan imej baru sebagai pelajar senior, menjejak kaki ke sekolah dengan subjek-subjek yang lebih mencabar dan lebih menjurus kepada masa depan mereka...  

Justeru itu, pihak sekolah, dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan orientasi bagi pelajar-pelajar ini dengan harapan mereka mendapat gambaran secara umum tentang subjek-subjek bagi pelajar Tingkatan 4.. Melalui program ini juga, mereka diperkenalkan dengan subjek-subjek elektif yang bakal dipilih bagi memenuhi keperluan calon SPM tahun 2016.  Bravo.. dan selamat maju jaya untuk mereka...  







Monday, January 5, 2015

Rumput Israel




Nama Rumpai :  Rumput Israel/Ara songsang/Akar ruas-ruas/Pengorak 
Nama Saintifik : Asystasia gangetica
Famili : Acanthaceae

Rumput Israel merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai yang banyak terdapat di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia

Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas.

Dalam bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri


Botani
Tumbuhan herba prolifik; batang lembut, boleh tumbuh sehingga 100 cm dalam keadaan sesuai; Daun oposit, selalu dalam pasangan sama, eliptik, bulat pada dasar; Jambak bunga terminal, banyak; bunga tunggal dengan sepal yang kecil dan tirus, putih berkrim, satu jalur biru-unggu pada lunas kelopak bunga; tiub korola tirus, silinder, mengembang atas; stamen berempat pasangan tak sama dari tiub korola, melengkung ke pistil.




Khasiat 

  1. Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak
  2. Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut. 
  3. Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk


Sumber : Wikipedia


Sunday, January 4, 2015

Rumput



Rumput (rumpai) merupakan tumbuhan renek atau herba yang boleh hidup di darat, sungai atau laut.  Ia dikelaskan kepada rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. 

Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (Graminaea), contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus.

Echinochloa crus-galli


Rumpai daun lebar pula terdiri daripada keluarga Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput Tahi Ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus).

Amaranthus spinosus


Manakala rusiga (bentuk batangnya yang segi tiga) pula di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

Cyperus rotundus


Di dalam bidang pertanian rumpai biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.

Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.

Rumpai juga mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan, contohnya misai kucing yang boleh mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Sesetengah rumpai juga boleh dijadikan makanan atau ulam seperti pucuk paku dan pegaga.


Sumber : wikipedia

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah 
orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(Hadis Riwayat At-Tarmidzi)



video



Thursday, January 1, 2015

Kawan lama.. hatiku tertanya-tanya..

           Hari ini saya berpeluang bersarapan dengan adik ipar saya di sebuah kedai makan yang agak popular dengan bihun sup utara dan ikan bakar di bandar Diraja Kuala Kangsar.  Bila dua perempuan berjumpa, apa lagi.. banyak la cerita ceriti yang dibualkan.. selayaknya la kan, dah dua-dua pun memang kaki sembang.. pot pet pot pet la...hehe..   
          Sedang rancak berbual, saya disapa oleh seorang kawan lama, Sarina (nama samaran je).. Ya Allah, lamanya tak jumpa.. kira-kira 30 tahun yang lalu setelah selesai SPM dan masing-masing membawa haluan sendiri.. saya sambung pengajian di UPM dan dia dengar khabarnya mengikuti pengajian Asasi Perubatan di UM..
          Terkedu saya seketika.. Sarina saya peluk, tapi hati saya tertanya-tanya..  'blur' seketika.. Dulu Sarina comel orangnya, putih gebu, tapi sedikit 'chubby'.. pakaiannya 'branded', selayaknyalah anak bongsu seorang guru besar perempuan di sekolah kami ketika di sekolah rendah.  Ayahnya juga berjawatan tinggi ketika itu. Orangnya memang pandai, sempoi dan kadang-kadang agak gila-gila sikit. Tapi kini, Sarina yang di hadapan saya..  amat berbeza..  wajah kusam.. bertudung ala-ala orang nak menyidai kain di belakang rumah (bukan mengata tapi biasanya wanita seusia kami masih suka bergaya bila mengenakan tudung tau), berbaju kurung besar dan berkain batik (mana ada orang keluar shopping pakai kain batik.. betul tak?).. memakai seliper getah (biasa lelaki jer yg pakai).. dan menggalas beg lusuh..  Ya Allah.. apa yang telah berlaku kepadanya?  Sarina kelihatannya seperti tidak terurus..(ketika saya menulis ini, mengingatinya...air mata sudah mula bergenang) 
          Kami berbual seketika... tentang famili, kerjaya dan lain-lain..  Adik ipar saya sekadar memerhati dari jauh..  dan paling terkejutnya bila dia memberitahu saya, dia dalam perjalanan untuk pergi ke Ipoh bagi menyambut tahun baru, 2015.. (dengan pakaian begitu? oh no...) Katanya dia nak pergi dengan driver bas..(maksudnya naik bas la kan?).. Saya pandang wajahnya, membuka beg yang dia bawa (berisi sebuah novel inggeris), mengenggam erat tangannya.. masa tu saya rasa sayu dan hampir menangis.  Dalam hati berkata-kata, apa yang telah berlaku padamu, Sarina... semacam ada derita yang ditanggung begitu lama menjadikan dia seperti itu.. Dan akhirnya, dengan hati yang berat saya melepaskan dia pergi ke stesyen bas yang berhampiran.

                   
gambar hiasan