Monday, August 31, 2009

Menghitung baja

SPM dah hampir... pelajar sering menghadapi masalah dalam membuat pengiraan baja...

Di sini saya paparkan contoh soalan dan jawapan bagi pengiraan baja.



Hitung baja berdasarkan gred baja

a. Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)

Jawapan :

100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N


250 kg kalium nitrat = 15/100 x 250

= 37.5 kg N



b. Hitung berat N, P2O5 dan K2O dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16


Jawapan :


Berat N

100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N

200 kg baja NPK = 15/100 x 200

= 30 kg N



Berat P2O5

100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5 (fosforus)

200 kg baja NPK = 15/100 x 200

= 30 kg P2O5


Berat K2O

100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O

200 kg baja NPK = 16/100 x 200

= 32 kg K2O



Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan

Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N.

Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang perlu digunakan.

Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga.




Jawapan :


Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan

100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N

60 kg N = 100/35 x 60

= 171.43 kg baja ammonium sulfat



Kos baja

50 kg = RM 70.00

171.43 kg = RM 70.00 / 50 x 171.43

= RM 240.00



Sumber : Blog Guru Pakar Sains Pertanian Negeri Kedah



Sunday, August 30, 2009

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 52
kepada seluruh rakyat Malaysia



Wednesday, August 26, 2009

Tanaman baru

Dengan kerjasama daripada guru yang berminat dengan pertanian, iaitu Cikgu Mohd Azmi bin Jamaluddin, kami telah menambah beberapa tanaman baru selain pisang dan betik di Laman Agro, yang terletak di luar pagar projek fertigasi dan ternakan ikan...


Cikgu Azmi bersama pelajar Tingkatan 4 Angsana
sedang menanam pokok Nona



Pelajar Tingkatan 4 Angsana sedang menanam ubi keledek



Pelajar Tingkatan 4 Angsana
sedang mengembur tanah di tempat penanaman keladi



Saturday, August 22, 2009

Berita gembira dan sedih

Tumpang gembira bila, rakan senior yang dikagumi, Guru Kanan Votek SMK Muhibbah, Encik Ahmad Zabidi bin Soffian, dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput (U).

Tapi rasa sedih sebab kehilangan seorang senior yang amat prihatin dan banyak memberi sumbangan kepada sekolah dan rakan-rakan sekerja, walau pun baru setahun berkhidmat di sekolah ini... seorang Guru Kanan Votek yang banyak memberi idea dan dorongan kepada Panitia-panitia di bawah seliaannya, termasuk Panitia Sains Pertanian.. seorang Guru Pengawas, yang banyak menyumbang kepada pengurusan disiplin sekolah dan Pengawas...

Paling ingat dengan pesanan akhirnya kepada guru-guru dalam mesyuarat mingguan yang lalu......

"Guru yang cemerlang akan melahirkan anak-anak yang cemerlang... sebab bila kita mengajar anak-anak orang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.. balasannya anak-anak kita juga akan diajar oleh guru-guru mereka dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.... semuanya kerana keberkatan yang kita dapat dalam menjalankan tugas kita dengan penuh keikhlasan.. di samping itu hidup kita juga sentiasa diberkati Allah swt....."




Encik Ahmad Zabidi
...pesanan buat rakan-rakan yang akan ditinggalkan



Pesanan akhir untuk anak-anak didik
"saya sedih nak tinggalkan kamu semua......"




yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti... tapi tak mungkin sama dengan yang telah pergi..


Kecacatan bukan penghalang.......

Kecacatan bukan penghalangnya untuk tunduk sujud kepada Allah swt.... menjadi imam....






Friday, August 21, 2009

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...



Tanpa sedar...


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan....dilontarkan
tapi tak semua menyejukkan...

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat.... diciptakan
tapi tak semua menyenangkan....

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri....

saatnya istirehat dalam 'perjalanan dunia'
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri....

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan...

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah.....



'Selamat Berpuasa kepada semua'...



Tuesday, August 18, 2009

H1N1... topeng dah kehabisan...


Disebabkan H1N1, topeng muka, yang dulunya hanya dipakai oleh paramedik dan doktor perubatan dah jadi macam goreng pisang panas... hingga kehabisan di pasaran... terpaksa pula dikawal harganya di pasaran.... dahsyatnya penangan H1N1...




Bulan Kemerdekaan....

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 52, pihak Panitia Sejarah telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah... antara acara-acara yang telah diatur bagi mengisi program ini adalah pertandingan nyanyian lagu patriotik, kuiz, menulis esei, deklamasi sajak dan melukis poster.



Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Zuliha bt Sarry
melancarkan Bulan Kemerdekaan




........ namun tahukah kalian erti kemerdekaan?




Sunday, August 16, 2009

Kisah handset....



Satu pagi di Kelas 4 Angsana, tahun 2008 yang lalu..... waktu subjek Sains Pertanian...

pelajar sedang membuat latihan... Cikgu duduk di meja guru... rehat-rehat melepaskan lelah sekejap...

Tiba-tiba telefon bimbit cikgu berbunyi, ada mesej yang sampai... cikgu pun membaca mesej, tak perasan ada mata-mata yang sedang memerhati...


Pelajar : Eley... cikgu nak gi dating ler tu....

sorang pelajar bersuara... pelajar yang lain tersengih-sengih macam kerang busuk.... dalam terkejut cikgu menjawab....

Cikgu : Ni kawan cikgu la....


Pelajar : hmmmm... kawan... nak ajak dating ler tu.....

pelajar yang lain ketawa....


Cikgu : Bukan la.... ni kawan kuliah cikgu... tanya cikgu pasal kuliah petang ni...


Pelajar : Eley.... KULIAH CINTA..........

ketawa pelajar bertambah kuat... cikgu dah tak boleh nak cover gelak... apa la budak-budak ni...


Aduhai pelajarku... nakalnya........ sejak itu saya jarang membawa handset semasa mengajar...



Moralnya : dalam kelas cikgu kena off atau silent atau tak payah bawa handset.... hehehehe...

Thursday, August 13, 2009

Siksanya akibat H1N1....


Kisah H1N1 makin serius... terkini hingga siang tadi, dah 51 kematian akibat virus yang belum ada penawarnya ini... Disana sini kita lihat orang memakai topeng muka untuk langkah berjaga-jaga... Pusat-pusat pengajian menjadi tumpuan.. di sana sini kita dengar IPT atau sekolah ditutup sementara.. dikuarantin bagi membasmi wabak ini..

Di sini saya nak share pengalaman orang yang adiknya dijangkiti H1N1. Untuk panduan bersama...



High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman...


Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbersin bunyi tak kuat...


Second Stage

Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yang kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted, macam kes adik i.


Critical

Lung infection. Bila x-ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x-ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, strongest antiviral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi to recover... depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata... normally die. My brother hari ni genap 8 hari.... still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis.... Sampai satu tahap dia berguling atas simen sebab dah tak tahan...sampai dia give up .. sampai dia boleh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma boleh tengok dia dari cermin...tak boleh masuk dalam bilik kuarantin... Doktor dan nurse aje boleh masuk....siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah dan bagi air yasin...Alhamdulillah pastu dia okey sikit. Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yang most of the doctors still young . The oldest doktor in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to threat H1N1 patient. At the same time doktor buzy with other case as well...1 doktor 5 patient...kat goverment hospital...kesian doktor2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, memang very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali.. So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa.... very efficient. Very quick action .. Even senior dia org dah pergi private and they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best threatment to the patients.... sampai tak balik rumah....tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah



............... semoga boleh dijadikan panduan.. InsyaAllah..


Sumber : dari emel rakan

Tuesday, August 11, 2009

Kasih sayang yang tak berpenghujung....

Satu kisah, yang menginsafkan tentang kasih sayang... tiap kali dibaca air mata pasti tertumpah..... kisah kasih saudara... saya dapat dari emel......

Jom share......




Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut...

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.





Semoga dapat dimanfaatkan.... insyaAllah.....



Sumber : Taman2 Syurga




Paku di dinding hatimu.....

Dari emel yang saya dapat... jom kita share....



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."



"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."




Sumber : Taman-taman Syurga








Sajak untuk kawan...

Sesekali nak bersajak....


Kawan

hadirnya anugerah Tuhan

mewarnai kehidupan

seindah-indah penciptaan....


Bahagianya ...

ada kawan

menemani sepanjang zaman

susah senang tidak sendirian

saling membantu tanpa balasan

ikhlas menyulam persahabatan...


Pedihnya...

ada kawan

datang pergi tidak ketentuan

hadir dengan kepentingan

tak rela bersusahan

sekadar di pinggiran...


Namun...

apapun nilaian

apapun pengertian

ku terima apa adanya

sejuta penghargaan

kerana kalian masih sudi

menerimaku sebagai kawan.....


kp spn

9.20 am



Sunday, August 9, 2009

Ikan apa ni....?

Ikan apakah ini...? Saya dapat dari emel... Sesungguhnya memang terlalu banyak rahsia alam yang kita masih tidak ketahui... Kejadian Dia Yang Maha Mencipta...

keindahan penciptaan... kepelbagaiannya.... untuk mereka-mereka yang berfikir....













Panjangnya ikan..... boleh buat kenduri ni.... hehehehe....



Saturday, August 8, 2009

Seriusnya H1N1... kini datang pula penyakit baru....





H1N1 kini ancaman serius – PM

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.

“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya. - Bernama




Serius betul wabak ni rupa-rupanya.... kemana-mana kita pergi, bahaya menunggu kita.... di sana sini orang memakai topeng muka.. di sekolah, IPT, pejabat, kilang, pasar dan sebagainya..

sebelum ni kita sangka ia mungkin seperti Selsema Burung atau wabak -wabak yang lain.... yang menyerang di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan berakhir dengan cepat.... tapi rupa-rupanya wabak ini dah hampir serata dunia 'kembaraannya'...

Dan kini hadir pula penyakit yang baru dikesan di negara China.. dari anjing yang memakan bangkai.... dan khabarnya lebih bahaya dari H1N1..... boleh menyebabkan kematian dalam waktu yang lebih cepat... 24 jam.. jika tidak dirawat......

Sesungguhnya ia sebenarnya merupakan ujian dari Yang Maha Esa... yang punya pelbagai sebab... punya petanda tertentu yang patut kita fikirkan.. Dosa kita? Dosa mereka-mereka yang tidak menjalankan hukum-hukumNya? Yang melanggar syariatNya?

Fikir-fikirkan lah.... inikah bala yang diturunkan oleh Allah swt....? apakah sejarah silam kan berulang kembali? kisah zaman nabi-nabi.... kisah umat manusia yang degil dan melanggar hukum Allah swt... nauzubillah.. mohon dijauhkan olehNya.....



Kartun dari Dan.Kartun.Com



Air liur basi untuk kesihatan...

Beberapa tahun yang lalu, Penolong Kanan Pentadbiran SMKM ketika itu, Puan Saniyah bt Abas (kini Pengetua) pernah memberitahu saya, kalau nak awet muda, lepas bangun tidur teruslah minum air putih tanpa berkumur atau gosok gigi. Memang menarik petua tu, nak awet muda la katakan.. hehehe.... tapi tak tergamak saya lakukan... sebab tak biasa... rasa geli..

Tahun ini, beberapa bulan yang lalu.. suami saya beritahu, lepas bangun tidur, sebaik-baiknya terus berkumur-kumur dengan air putih dan telan terus air tersebut, elok untuk kesihatan katanya, dapat menghindarkan sakit tekak.... tak sanggup juga saya lakukan selalu... rasa geli...

Semalam, saya dapat emel... tentang air liur basi lagi.. katanya air liur basi punyai nilai kesihatan.. baginda Rasulullah saw juga mengamalkannya....... diakui juga dari sudut sains oleh kajian Pakar Pemakanan UPM....katanya air liur basi mempunyai enzim dan bakteria baik yang membantu sistem penghadaman... hmmm... nampaknya kenalah amalkan selalu... lupakan hal geli...

Tapi perlukan diingatkan, air liur basi yang diminum itu adalah untuk yang empunya diri, bukan untuk orang lain yer...

Terfikir juga... haiwan-haiwan yang menggunakan air liur untuk membersihkan diri dan merawat luka... pastinya menarik untuk dikaji....



tidur... gambar hiasan...




Keratan akhbar





Saturday, August 1, 2009

Taklimat JSU

Mesyuarat dan taklimat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi matapelajaran Sains Pertanian telah dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat, 30-31 Julai 2009, di Rumah Rehat, Grik, Perak. Peserta-pesertanya adalah guru-guru Sains Pertanian Negeri Perak seramai kira-kira 40 orang..

Sesi taklimat JSU telah disampaikan oleh guru-guru pakar Sains Pertanian, iaitu Cikgu Alimin, Cikgu Meor, Cikgu Ismail dan Cikgu Alias...

Latihan pembinaan item juga telah dijalankan bagi memantapkan kefahaman guru-guru dalam membina soalan yang berkualiti berdasarkan JSU....


Sesi makan durian beramai-ramai... hehehe... lawak pulak...



Para peserta khusuk mendengar taklimat


Program ini telah berjaya membuka mata guru-guru (terutama yang baru mengajar Sains Pertanian) tentang JSU dan pembinaan soalan yang sesuai mengikut JSU.... Semoga ilmu yang telah diperolehi dalam program ini dapat memantapkan lagi kemahiran guru-guru dalam menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang berkualiti... InsyaAllah..

Terima kasih daun keladi kepada Encik Riduan (Penyelia Votek JPN) yang telah menganjurkan program ini untuk guru-guru Sains Pertanian Negeri Perak.




Gambar : disebabkan masalah teknikal, saya tak dapat 'upload' gambar-gambar yang telah saya rakam..... gambar di atas dipinjam dari web Komuniti Sains Pertanian


Maha suci Allah.....

Subhanallah...

saya dapat gambar-gambar ni daripada emel seorang rakan.... jom kita share.....



dalam kebakaran yang agak teruk ini, Al quran yang berada di dalam van ini tidak terbakar...






























Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya".

(AL Hijr 15:9)