Wednesday, October 16, 2013

Bunga Marilyn Monroe...



Eh bukanlah....    gurau je....    bunga havoc ini dikenali sebagai Hooker Bibir atau Hot Lips.  Nama saintifiknya ialah Psychotria elataPokok ini ditemui di kawasan hutan hujan tropika Tengah dan negara-negara Amerika Selatan seperti Colombia, Costa Rica, Panama dan Ecuador.  Bentuknya yang unik dan menarik....  seperti bibir yang merah bergincu...  bibir Marilyn Monroe..  hehehe..

Saturday, August 31, 2013

Cincin yang hilang


Setelah 16 tahun kehilangan cincin perkahwinannya, akhirnya pemiliknya menjumpai cincin tersebut pada lobak merah yang ditanamnya...

Friday, March 15, 2013

Bila belalang berfikir....


Belalang ni seolah-olah sedang berfikir....  dengan satu tangannya diletakkan di kepala.. masalah apa tak tau la ye..  tu kena tanya tuan punya diri.. hehe

Sebenarnya gambar ini diambil oleh seorang jurufoto profesional yang cekap merakam gerak geri makhluk ciptaan Yang Maha Esa...



Sumber foto :  Daily Mail


Monday, March 11, 2013

Kulit kayu manis? ...ambil jer depan rumah...

NJ : kat depan rumah tu, pokok kayu manis tau.. (serius)
FA : ye ke? (ketawa) pi la ambik..  buat gulai..
NA : haa..  ada pulak kayu manis kat depan rumah.. (ketawa)

Pokok kayu manis pernah menjadi bahan jenaka famili saya.  Mana mungkin kata mereka pokok kayu manis ni ditanam di depan rumah.. kalau betul, boleh la dibuat bahan masakan, kata mereka... 
Betul la tu.. tak percaya tengok la bentuk pokok, daun, bunga dan buahnya..
Pokok kayu manis bukan hanya ditanam di kebun atau ladang-ladang sebagai tanaman komersial, bahkan ia juga dijadikan sebagai pokok hiasan dan teduhan di kawasan-kawasan perumahan, sekolah, institusi pengajian tinggi, jalanraya dan sebagainya.  Berikut saya sertakan maklumat mengenai pokok pelbagai guna ini.


Nama Saintifik : Cinnamomum zeylanicum
Famili: lauraceae
Nama Biasa: kayu manis
Nama lain: cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood


Kayu manis adalah pokok hiasan dan teduhan yang mempunyai daun yang cantik dan kulit batang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang dikenali sebagai kulit kayu manis. Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya kecil berwarna putih manakala buahnya berwarna ungu. Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki.

Kegunaan :
1.  Minyak pati/sari kulit kayu manis digunakan dalam perubatan aroma terapi.
2.  Menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis.
3.  Melawaskan pembuangan najis.
4.  Penawar cirit biri.
5.  Penahan sakit.
6.  Mencegah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi.
7.  Melegakan senak perut.
8.  Menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil.

Info lain tentang khasiat kulit kayu manis sila klik di sini. 




Tuesday, February 12, 2013

Bangun-bangun.. ubat batuk

 Pokok Bangun-bangun

Nama Tempatan : BANGUN BANGUN
Nama Saintifik : Coleus Amboinicus
Nama lain : ati ati hijau,bebangun,raja bangun, 
tumbuh daun,sedingin,setawar padang,
jintan,kerencung,mangun mangun.
Famili : Labiatae
Asal : India
Taburan :Sub Tropika dan Tropika
Kategori :Tumbuhan hiasan dan herba


Nama pokoknya agak lucu..  tapi khasiatnya hebat.  Baru-baru ni saya diserang batuk yang agak lama dan menyiksakan.. Hampir 6 bulan seingat saya, sejak bulan puasa tahun lepas (2012).  Orang yang pernah alami batuk yang lama macam saya tentu memahaminya. Susah nak cerita betapa peritnya kerongkong bila batuk..  muntah.. ada kalanya hampir terkencing juga..  terutama bila cuaca sejuk atau berada di tempat yang berkipas atau ber'aircond'...Puas berjumpa doktor demi doktor.. ubat demi ubat... petua demi petua..  semua tak jalan, batuk tetap 'sayang' nak meninggalkan saya.  Ya.. memang la ini ujian dariNYA.. dah lama kita sihat kan?  Tapi kita diberi akal olehNYA untuk berusaha ke arah kebaikan... InshaAllah...  :-)

Lalu baru-baru ni seorang kawan menyarankan saya menggunakan daun bangun-bangun ini sebagai ubat batuk..  Caranya pelbagai.. samada merebus daun tersebut dan diminum airnya atau dimakan begitu sahaja seperti ulam.  Lantas saya menggunakan cara kedua.. sebab senang nak praktis kot..  hehe.. rasanya pun ok, macam rasa rempah ratus, sedap jer.. mungkin sebab saya suka makan ulam-ulaman...  dan akhirnya saya sihat selepas makan 4 helai daun tersebut.. alhamdulillah.. 

Selepas daun tersebut diminum/dimakan (elok dimakan sebelum tidur)..  biasanya si pesakit akan muntah, mengeluarkan kahak yang cair.. ketika ni kena tahan la..  kahak yang dalam badan tu akan cair dan keluar melalui muntah.. sebaiknya sebelum makan daun ni, elakkan makan apa-apa kerana pastinya akan keluar juga sebagai muntah..

So..  ada berani????   Silakan.........