Tuesday, May 24, 2011

Pembiakbakaan ternakan

kambing Boer



1. Pembiakbakaan seturunan
Pembiakan melalui pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya.
Kaedah :
Pengawanan semula jadi
Kelebihan :
-mengekalkan ciri dalaman baka
-mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
Kelemahan :
-pengurangan kecergasan seperti penyakit keturunan
-penurunan keupayaan membiak


2. Pembiakbakaan kacuk
Pembiakan melalui pengawanan antara dua baka yang tiada hubungan kekeluargaan untuk mendapatkan genotip gabungan kedua-dua baka itu.
Kaedah :
Permanian beradas
Kelebihan :
-mewarisi kemandirian yang tinggi
-menghasilkan anak yang mempunyai prestasi yang lebih daripada induk
-kecergasan kacuk
Kelemahan :
-genotip induk semakin berkurangan
-wujud komplikasi genetik



sumber : MGL Sains Pertanian

Monday, May 23, 2011

Genetik - ternakan

Ciri-ciri ternakan yang dikehendaki


1. Cepat membesar

2. Cepat mengeluarkan hasil

3. Berupaya melahirkan banyak anak

4. Hasil tinggi

5. Hasil berkualiti

6. Kecekapan penukaran makanan yang baik

7. Resistan terhadap penyakit

8. Toleran terhadap persekitaran







Thursday, May 12, 2011

Pelajar orang asli

Pelajar-pelajar orang asli di sekolah saya dah mula menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam pelbagai bidang sejak penubuhan SMK Muhibbah pada tahun 2001.. Ada yang cemerlang dalam akademik, tak kurang juga dalam ko-kurikulum, sukan dan kepimpinan. Antaranya ialah pelajar ini... Sunji a/l Anjang. Sikapnya yang sentiasa optimis dan aktif dalam pelbagai bidang menarik minat saya untuk mencungkil maklumat pelajar ini dan keunikan kaumnya. Bila saya tanya, di mana dia suka tinggal... di kampung atau sekolah (mereka tinggal di asrama)..katanya, dia suka kedua-duanya.. "di kampung saya boleh masuk hutan, cari buluh atau rotan untuk dijual.. di sekolah saya boleh belajar."

Saya paparkan biodata Sunji untuk kita berkongsi cerita...




Nama : Sunji a/l Anjang
Umur : 16 tahun
Tingkatan : 4 Angsana

Jantina : Lelaki

Alamat : Pos Perwor, Kampung Lanar, Lasah, 3111o Sg. Siput (U), Perak

Suku : Temiar

Agama : tiada

Nama bapa (bapa tiri) : Zaidi bin Itam
Pekerjaan bapa : Pekerja Ladang Kelapa Sawit

Nama ibu : Latipah bt Adik
Pekerjaan ibu : Suri rumah

Bilangan adik beradik : 5 orang (anak ke 4)

Jawatan di sekolah :
Pengawas, Pengerusi Rumah Sukan (Kuning), Bendahari Kelab Sepak Takraw, Pengerusi KRS, Pengerusi Kelab Sains dan Matematik, Exco Kebajikan Asrama

Hobi : Menyanyi

Makanan kegemaran : ubi bakar, teh '0'

Subjek yang diminati : Matematik

Cita-cita : Polis

Pengalaman manis :
menang perlawanan sepak takraw peringkat Negeri Perak (Naib Johan)

Pengalaman pahit :
dirotan oleh Cikgu Rozi sebab ponteng kelas semasa di Tingkatan Satu.. (hehehe.. padan muka...)

Tuesday, May 10, 2011

Cerita hari ni....

Cerita hari ni... macam diari la pulak...

7.18 pagi
Sampai di garaj sekolah tiba-tiba gear kereta saya tak boleh berfungsi.. hanya boleh berada di tahap "free gear" ... kelam kabut saya jadinya.. saya matikan enjin dan cuba tukar ke gear satu, ia bergerak.. alhamdulillah.. lega... tapi terdetik di hati, kalau jadi lagi, macam mana? Dalam kelam kabut mengejar masa, nak kejar 'punch card' terlupa pulak nak fikir masalah gear ...


7.40 pagi - 2.40 petang
Masa kerja... jaga exam.. bawa buku motivasi dan majalah Dewan Kosmik nak elak mengantuk atau jemu menunggu masa-masa yang berlalu.. selepas edar kertas soalan, saya mulakan aktiviti jaga exam sebagaimana guru-guru lain.. bergerak dari satu sudut ke sudut lain mengawasi pelajar.. letih berdiri saya duduk.. letih duduk, saya membaca.. itu lah yang saya lakukan hingga habis masa pengawasan saya.. Habis kelas exam, sarapan pagi.. terpaksa makan nasi berlauk (menu yang saya paling tak suka waktu sarapan) seawal 9.00 pagi sebab takde pilihan lain untuk dimakan.. Selepas sarapan saya ke bilik saya di Pusat Sumber.. kerja-kerja pemprosesan buku menunggu.. so, kerja saya selepas tu.. proses buku, buat automasi buku-buku dan menguruskan sirkulasi buku. Jam 1.20 petang rehat sekejap.. ke kantin untuk makan tengahari... bihun sup.. ok la tu... Habis makan, sambung kerja lagi... dan solat Zohor.


3.00 petang - 5.00 petang
Sambung kerja.. proses buku.. dan jaga Pusat Sumber... ada pelajar yang study dan buat discussion untuk exam.


5.00 petang
Bergerak untuk pulang........ terlupa langsung kes gear pagi tadi.. Start enjin terus jalan.. tak sampai 10 meter perjalanan, gear buat hal lagi.. tak leh gerak langsung.. mujurlah masih dalam kawasan sekolah... ermmm.. terpaksa la SOS suami kat rumah.... dan Asar saya petang tu di rumah Penyelia Asrama yang berhampiran kawasan sekolah..


5.30 petang
Kembali ke kereta.. tunggu suami yang masih belum sampai.. Tengok pelajar-pelajar asrama yang majoritinya pelajar orang asli bermain di padang.. ada juga yang bersembang di tepi padang.. jemu menunggu, saya pun join dorang bersembang.. ermmm.. menarik jugak, banyak ilmu baru yang saya dapat daripada pelajar-pelajar ni.. tentang makanan, ikan, buah-buahan dan lain-lain.

Pelajar orang asli bagi ilmu baru kepada saya



6.00 petang
Suami belum sampai.. pelajar-pelajar asli sudah pulang ke asrama, kawasan sekolah agak lengang.. penyelia asrama, warden asrama berulang pergi dan balik dengan urusan masing-masing, berhenti seketika kerana kesiankan saya dan berlalu untuk menguruskan hal masing-masing... masa tu saya fikir, kalau suami saya masih tak sampai hingga 7.00 malam, saya akan ke rumah Penyelia Asrama lagi.. takut gak sebab hari makin gelap dan lengang... dan ketika saya menghampiri kereta, seorang pelajar melayu menegur saya... sembang lagi.. saya menasihatkan dia tentang study dan amanah... kata saya, "Cuba awak tengok semut.. mampu bawak beban yang berganda-ganda lebih berat dari badan dia.." dah macam kaunselor dan motivator bertauliah pulak saya senja tadi.. hehehe.. rasa berharga jugak masa yang berlalu.. membantu sekadar yang mampu... :)


7.00 malam
Suami saya sampai, diikuti lori pengangkut kereta... ooo.. patut la lambat sangat.. berurusan dengan 'pomen' dan lori kren ni rupanya.. dan kereta saya pun diangkut naik lori.. sayu rasanya.. sebab kereta ni terlalu banyak jasanya kepada saya sejak 3 tahun kebelakangan ni.. lasak sangat dengan tugasnya... setiap minggu ke Penang... dan sekarang dia jatuh sakit.. kena masuk wad.... rasanya masalah pada plet gear... belum check betul-betul lagi.. esok baru tau apa ceritanya....

Sayu tengok kereta saya naik lori


9.00 malam
Makan malam di cafe Ibnu Boss, Chandan Putri.. lepas makan saya hantar makanan yang dipesan adik saya, Farah, ke rumahnya.. dan paling terharu, anak saudara saya, si comel Ezzuna (11 bulan) menangis tak mau berpisah dengan saya.... ermmm..... Mak Long curi bawak balik nanti baru tau.... hehehe..


dan malam ni.. Alhamdulillah... walaupun letih, saya rasa puas hati... banyak perkara yang saya lalui hari ni.... semuanya amat bermakna buat saya..... :)


Sunday, May 8, 2011

DNA




DNA


Asid deoksiribonukleik
(DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Komponen penting pada DNA ialah 4 bes bernitrogen : adenina, timina, sitosina dan guanina. Turutan bes-bes ini menentukan turutan asid amino yang bersambung untuk membentuk protein.

DNA kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana ia boleh mewariskan sifat-sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.








Sumber : Konsep Genetik, wikipedia, youtube, Essential Cell Biology textbook (Garland Publishing, 1998)




Thursday, May 5, 2011

Genetik

Genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British, William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.



video




sumber : wikipedia