Thursday, February 24, 2011

Penternakan....? Bukan begini caranya..

Bila manusia dah tiada hati budi dan perasaan, beginilah jadinya.... siksanya haiwan ternakan ini diperlakukan oleh mereka. Bagaimana pula kualiti hasil ternakan mereka? Sama-samalah kita fikirkan...



Thursday, February 17, 2011

Beronok






Bila tengok rasa geli... tapi bila dah jadi makanan macam ni.. ermm.. sedap jer nampaknya..


Kerabu Beronok



BERONOK

Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok dimakan mentah iaitu dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah.

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.


Sumber : Wikipedia


Monday, February 7, 2011

Pembentangan.. sistem perumahan ternakan

Setelah beberapa hari membuat persediaan, pelajar Tingkatan 5 Angsana diberi peluang untuk membentangkan hasil rekacipta sistem perumahan ternakan masing-masing.. sistem perumahan ayam, kambing dan lembu... Ermm.. banyak idea yang dihasilkan.. menggunakan teknologi terkini... ada yang menarik, realistik.. tak kurang juga yang melucukan.. hehehe.. apa-apa pun aktiviti ini dapat menjana minda mereka untuk menjadi pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif dari masa ke semasa... insyaAllah..



Kumpulan 1 : Sistem perumahan ayam



Kumpulan 2 : Sistem perumahan kambing



Kumpulan 3 : Sistem perumahan lembu



Sunday, February 6, 2011

Berbudi kepada tanah

Amali pertama 4 Angsana tahun ni... menanam pokok buah-buahan di sekitar Laman Agro.. pada awalnya memang mereka nampak kekok dengan tugasan yang diberi.. tapi akhirnya mereka teruja dan bersemangat setelah berjaya melaksanakan tugas-tugas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Dan pastinya ada lagi tugasan yang menunggu mereka nanti.. pun atas permintaan mereka sendiri.. "Cikgu.. kami nak ternak haiwan, boleh? " ... Boleh sayang.. nanti ya...


Pokok Mangga


Pokok Belimbing


Pokok Rambutan


Pokok Limau Kasturi



4 Angsana... pembentangan isu-isu pertanian









Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Angsana dengan tugasan masing-masing.. membentangkan isu-isu pertanian di Malaysia. Memang agak malu dan kaku.. tapi alah bisa tegal biasa.. pastinya selepas beberapa kali sesi pembentangan, mereka akan lebih berkeyakinan.. mudah-mudahan.. InsyaAllah..