Sunday, January 4, 2015

Rumput



Rumput (rumpai) merupakan tumbuhan renek atau herba yang boleh hidup di darat, sungai atau laut.  Ia dikelaskan kepada rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. 

Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (Graminaea), contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus.

Echinochloa crus-galli


Rumpai daun lebar pula terdiri daripada keluarga Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput Tahi Ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus).

Amaranthus spinosus


Manakala rusiga (bentuk batangnya yang segi tiga) pula di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

Cyperus rotundus


Di dalam bidang pertanian rumpai biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.

Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.

Rumpai juga mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan, contohnya misai kucing yang boleh mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Sesetengah rumpai juga boleh dijadikan makanan atau ulam seperti pucuk paku dan pegaga.


Sumber : wikipedia

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...