Friday, April 17, 2009

Mesin Getah Keping

Ketika 'surfing internet', saya terjumpa gambar mesin getah.. tiba-tiba terkenang kembali saat-saat ketika bersama arwah atuk dan opah di kampung... saat-saat percutian di kampung yang indah.. masa zaman sekolah dulu, saya suka dok di kampung arwah atuk... nak manja-manja dengan arwah atuk dan opah... hihihi...

Arwah atuk mempunyai sebuah pondok memproses getah keping di belakang rumahnya dengan tempat menyidai getah keping untuk di keringkan. Mesin tersebut digunakan juga oleh jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah arwah atuk tanpa dikenakan apa-apa sewa atau bayaran... satu semangat kerjasama dan tolong menolong yang patut diteruskan oleh kita hingga ke hari ini...


Proses membuat getah keping memang rumit. Sebab tu agaknya orang sekarang tidak lagi berminat untuk membuat getah keping.

Langkah-langkah membuat getah keping adalah seperti berikut :
  1. Getah cair di kutip selepas di toreh.
  2. Susu getah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam acuan (satu bongkah zink 4 segi tepat).
  3. Ia dicampur cuka getah (sejenis asid), dikacau untuk membekukan getah tersebut.
  4. Lepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek...seterusnya dimesin. Ada 2 jenis mesin, iaitu mesin lurus dan berjalur.Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.
  5. Akhirnya ia dikeringkan atau di salai dalam 3~4 hari.
  6. Setelah kering, getah boleh dijual.

Dulu saya suka menolong arwah atuk memproses getah keping... mengacau getah cair yang dicampur dengan cuka getah hingga beku.... meratakan getah sebelum dimesin... seronok sangat pengalaman tu... tapi semua tu dah tinggal kenangan.. arwah atuk dan nenek pun dah tiada lagi...

Bila fikir-fikir balik, memang susah orang dulu-dulu bekerja... awal pagi bangun menoreh... Lepas tu kutip susu getah dan diproses pula menjadi getah keping...

Kini dengan teknologi yang baru, kerja menjadi mudah dan lebih cepat... penoreh getah menoreh dengan menggunakan mesin penoreh.. susu getah cair atau getah skrap dikutip dan terus dijual tanpa perlu melalui kerja-kerja yang merumitkan.


mesin getah


getah keping yang dikeringkan


7 comments:

  1. Di dunia pasti akan menghadapi masaalah...Di Akhiran tempat bersenang lenang itu pun.....

    ReplyDelete
  2. Bila diimbas kembali air mata menitis,betapa sukarnya dan susahnya utk mendapat wang ketika itu. aku dengan getah begitu sebati sbb getah le aku kini sudah boleh mengecap kesenangan. bagiku getah merupakan inpirasi detik kenangan silam. aku dibesarkan dalam kehidupan yg amat susah ketika itu. jika cuti aku mengambilalih tugas ibu utk menoreh,memprose kepingan getah hinggalah selesai semuanya.

    ReplyDelete
  3. huhu...zaman dulu2...skang sy lak blaja kat uitm pasal getah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan slmt sejahtera...

    suratman,
    betul tu...bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..


    anonymous 1,
    yepp.. skrg ni getah dh naik harga di pasaran.. tentunya mereka2 yg menjadikan getah sbg punca pendapatan boleh bernafas lega dan menabung untuk masa depan.. tahniah buat anda yg berjaya hasil drpd pertanian...

    anonymous 2,
    tahniah anda sdg melanjutkan pelajaran dlm bidang pertanian.. saya juga adalah student bidang pertanian ketika saya study di UPM dulu... bidang ini adalah interesting dan penting utk keperluan negara..saya doakan semoga anda sukses dlm study... caiyok..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Tuhan atas kuniaanMU pernah dapat rezeki sebagai Penoreh getah wakalupun waktu itu harganya terlalu murah 10 sen sekati.Tapi Kau rezekikan kami makan secukupnya, bernafas udara bersih secukupnya, minum air bersih suci secukupnya. Terima kasih sekali lagi wahai Tuhan dan ampuni kami jika masih belum ENGKAU taubatkan kami atas segala kesahan dosa kami kpdMU atau kpd sesiapa hamba2MU.Moga kami terselamat dari malapetaka dan siksaan penih nerakaMU di sana nanti akhirat yang tiad terperi.

    ReplyDelete
  6. Tulisan ini benar-benar menyentuh perasaan saya dan tak tertahan linangan airmata. Agaknya ini juga anugerah TUHAN agar kita dapat kekalkan rasa hamba yang melayakkan kita dapat rahmat daripadaNYA.Teria kasih sekali lagi Jazak Allah, arigato dan MaturNuwon( Jawa halusbermaksud terima kasih juga ). Sekian

    ReplyDelete
  7. boleh tanya .kegunaan getah keping nie utk apa

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...