Friday, November 25, 2011

Pameran penderaan zaman silam

Pameran Tortura: Alat Penyeksaan Zaman Silam sedang berlangsung di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, mulai 18 November hingga 17 Februari 2012. Ia memaparkan lukisan, gambar rajah dan alatan penyeksaan sebenar yang dibawa dari pelbagai negara Eropah di sekitar abad ke-14 hingga ke-16. Pada abad itu, manusia akan dihukum secara zalim hanya kerana perbezaan pendapat, keturunan, agama, bangsa, bahasa, kedudukan sosial dan jantina.

Berada di kawasan pameran ini, seolah kita berada di zaman tersebut. Dengan kesan lampu yang suram dan suara latar yang menyeramkan, bulu roma pun boleh tegak berdiri....

Di sini saya paparkan beberapa gambar yang saya rakam di pameran tersebut.




Wednesday, November 16, 2011

Kasih haiwan...






Gambar-gambar yang dipaparkan mengungkapkan tentang kasih sayang tanpa mengira spesies haiwan... betapa luasnya kasih sayang Allah swt yang dibekalkan kepada makhlukNYA.. adakalanya manusia pun 'fail'....


Radiasi jejas pertanian Jepun

TOKYO: Kawasan ladang di sebahagian tempat di Jepun tidak lagi selamat kerana tanahnya dilanda pencemaran tinggi radiasi ketika negara itu terus bergelut untuk pulih daripada bencana nuklear Fukushima. Sepasukan penyelidik antarabangsa berkata, kadar pengeluaran makanan bermungkinan ‘teruk terjejas’ berikutan kadar caesium yang tinggi ditemui dalam sampel tanah di seluruh kawasan timur Fukushima berikutan loji nuklear yang dilanda tsunami, lebur. Kajian yang disiarkan dalam jurnal Laporan Akademi Sains Kebangsaan menunjukkan aktiviti perladangan di kawasan berdekatan juga mengalami pencemaran radiasi, walaupun tahap di sana masih lagi dalam had yang dibenarkan.

“Fukushima secara keseluruhannya sudah teruk tercemar terutama di sebelah barat laut loji kuasa nuklear itu,” kata penyelidik berkenaan.

Kajian itu meneliti pencemaran caesium-137 yang boleh mencemari sesuatu kawasan sekurang-kurangnya 30 tahun dan memberi kesan kepada alam sekitar selama beberapa dekad. Had yang dibenarkan bagi kepekatan caesium dalam tanah membabitkan caesium-134 dan 137 yang biasanya dihasilkan bersama adalah 5,000 becquerel bagi setiap kilogram di Jepun.

“Wilayah sebelah timur Fukushima melebihi had ini termasuk beberapa wilayah berjiran seperti Miyagi, Tochigi dan Ibaraki yang sebahagiannya hampir kepada had tertinggi,” kata kajian itu.

“Tahap pencemaran yang dipantau dan dianggarkan di sebahagian barat Jepun tidaklah terlalu serius walaupun beberapa wilayah mungkin turut terjejas,” katanya.

Pencemaran di kawasan berkenaan adalah di bawah 25 becquerel bagi setiap kilogram iaitu jauh di bawah kadar yang dianggap bahaya untuk pertanian.

Kajian penyelidik itu menjangka, kadar pengeluaran makanan di wilayah timur Fukushima lebih teruk jika pencemaran caesium-137 melebihi 2,500 becquerel bagi setiap kilogram.

"Ada juga berkemungkinan pengeluaran hasil tani di sebahagian wilayah jiran akan terjejas termasuk Iwate, Miyagi, Yamagata, Niigata, Tochigi, Ibaraki dan Chiba kerana mungkin mencatat tahap pencemaran lebih tinggi daripada 250 becquerel sekilogram,” katanya.

Kajian berkenaan diketuai Teppei Yasunari dari Persatuan Universiti Penyelidikan Angkasa dari Maryland, Amerika Syarikat. Beliau dan anggota pasukannya menggunakan pemerhatian harian di setiap wilayah Jepun dan menggunakan model serakan zarah-simulasi komputer berdasarkan corak cuaca. Jepun mengambil langkah berwaspada terhadap kesan radiasi sejak gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut negara ini pada 11 Mac, melumpuhkan loji kuasa nuklear Fukushima. – AFP


Saturday, October 1, 2011

Lumur jagung

Brama Santos melumurkan badannya dengan jagung dan tepung semasa sambutan Hari Jagung Kebangsaan di bandar raya Mexico kelmarin. - Reuters


Sambutan itu diadakan bagi membantah pengeluaran bijirin jagung yang diubah suai secara genetik dikenali sebagai jagung transgenik.


Thursday, August 25, 2011

Pemasaran Hasil


Aktiviti-aktiviti pemasaran hasil mengikut urutan :

(a) Mengumpul - meletak hasil ladang yang telah dipungut/petik di satu tempat.

(b) Memproses - kerja yang dilakukan untuk menentukan bentuk akhir hasil yang akan dipasarkan.

(c) Menggred - proses menentukan kumpulan hasil mengikut satu piawaian.

(d) Membungkus - proses memasukkan hasil pertanian dalam satu bekas tertentu seperti kotak, tin, botol atau plastik.

(e) Mengiklan - untuk memperkenalkan produk, mewujudkan pasaran, mencipta/mengekal/memperluas permintaan atau memujuk/mempengaruhi pengguna.

(f) Menyimpan - Untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil secara mengurangkan kadar respirasi atau mengurangkan aktiviti metabolisme. Kaedah penyimpanan : sejuk beku, suhu rendah, kawalan kandungan gas.

(g) Menjual - proses urusniaga produk kepada pengguna untuk mendapatkan keuntungan atau memberi kebajikan.



Sumber : MGL Sains Pertanian


Wednesday, August 17, 2011

Thursday, July 28, 2011

Sesekali diuji......





Sesekali DiUji

(munsyid - NICE)


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah Pengasih…
Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa




Monday, July 25, 2011

Langkah operasi permulaan (ladang)


MENYEDIAKAN KAWASAN

Membersih
- menebang/menebas/membakar

Mengukur
- menentukan sempadan dan kedudukan struktur ladang/infrastruktur

Merata
- menggunakan jentera

Menyediakan tapak
- disediakan mengikut kegunaan


MEMBINA STRUKTUR LADANG
- Pembinaan struktur ladang, stor alatan dan bahan, pagar, jambatan, reban, kolam dan sebagainya


MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR
- Penyediaan kemudahan yang menyokong operasi ladang meliputi bekalan air/elektrik serta kemudahan perhubungan dan komunikasi.




sumber : MGL Sains Pertanian

Wednesday, July 13, 2011

Anis....... mara ke peringkat kebangsaan


Anis Syazwani bt Salman, pelajar SMK Muhibbah yang amat membanggakan seluruh warga Muhibbah dengan pencapaiannya yang cemerlang dalam pertandingan Tokoh NILAM yang telah berlangsung pada tahun 2010 yang lalu di peringkat zon, daerah dan negeri. Dengan usahanya yang gigih, beliau telah melayakkan diri untuk mewakili negeri Perak ke pertandingan Tokoh NILAM peringkat kebangsaan yang akan berlangsung mulai hari Khamis, 14 Julai 2011 hingga Ahad, 17 Julai 2011. Seluruh warga Muhibbah mendoakan kejayaan beliau dalam pertandingan yang bersejarah itu.. caiyook Anis.. teruskan kecemerlangan anda..


Di sini saya paparkan biodata Anis untuk dikongsi bersama..


Nama : Anis Syazwani bt Salman

Umur : 17 tahun

Tarikh Lahir : 22 Ogos 1994

Tingkatan : 5 Anggerik

Bilangan adik beradik : 3 orang (anak pertama)

Nama Bapa : Encik Salman bt Shaari
Pekerjaan : Guru

Nama Ibu : Puan Wan Norhanim bt Kamarul Ariffin
Pekerjaan : Guru

Keputusan PMR : 7A 1B

Subjek kegemaran : Fizik

Sasterawan negara yang diminati : A. Samad Said

Novel yang diminati : Adik Datang (A. Samad Said)


Cita-cita : Doktor


Pencapaian ko-kurikulum :
Johan NILAM kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Zon Sungai Siput (U) 2010
Johan NILAM kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuala Kangsar 2010
Johan NILAM kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Perak 2010
Johan Nasyid Daerah 2009
Naib Johan Majlis Tilawah Al Quran 2011


Hobi : Membaca, menulis puisi, berbasikal

Makanan/minuman kegemaran : Char kue tiau, limau ais

Kenangan manis : Memenangi pertandingan Nilam peringkat Negeri Perak

Kenangan pahit : Didenda oleh guru... sian dia... hehehe

Tuesday, July 12, 2011

Pelaksanaan Operasi Ladang


Pemerolehan sumber pengeluaran

(a) Tanah
- tanah adalah sumber semulajadi digunakan sebagai kawasan penanaman, padang ragut, kolam, tapak binaan bangunan/kemudahan infrastruktur.

(b) Modal
- modal ialah wang tunai/aset tetap yang digunakan untuk membiayai urusniaga/perladangan.

(c) Pekerja
- pekerja ialah sekumpulan manusia yang mempunyai keupayaan mental, fizikal dan kemahiran untuk dimanfaatkan dalam proses pengeluaran.

(d) Pengurusan
- individu/kumpulan yang terlibat dalam kerja merancang, mengawal, ,memimpin dan membuat keputusan.




Sumber : MGL Sains Pertanian


Monday, July 11, 2011

Rancangan operasi ladang




Merangka rancangan operasi ladang

(a) Pelan susun atur ladang
- menentukan kedudukan ladang, stor, jalan, pejabat dan sebagainya

(b) Jadual kerja
- melibatkan penjadualan pembinaan struktur ladang

(c) Format rekod berkaitan
- Rekod Fizikal : tanaman/ternakan
- Rekod Kewangan : perbelanjaan/pendapatan



Sumber : MGL Sains Pertanian

Thursday, July 7, 2011

Gulai Tempoyak


Musim durian datang lagi... tapi di setengah tempat dah abis pun, termasuk di kebun ayah saya. Seperti biasa di musim durian, buah tersebut akan dipergunakan untuk bermacam-macam cara hidangan mengikut selera masing-masing seperti lempuk durian, cucur durian, kuah durian, gulai tempoyak, sambal masak tempoyak dan sebagainya. Untuk itu, di sini saya paparkan resepi gulai tempoyak turun temurun keluarga saya untuk dikongsi bersama, terutama para remaja yang baru belajar memasak...


GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
3 sudu tempoyak
3 biji cili merah
3 biji cili padi (jika suka)
taugeh kasar @ timun @ petai
kunyit hidup (atau serbuk)
1 batang serai, diketuk
3 cawan air (kalau nak kuah banyak lebihkan air)

Cara Membuat
1) Ikan kembung disiang.
2) Kisar atau tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup.
3) Masukkan tempoyak dan bahan kisar ke dalam periuk bersama air.
3) Masak hingga mendidih. Masukkan ikan. Rasa asam dan garamnya. Renih hingga kuah pekat dan ikan masak.
4) Akhir sekali masukkan taugeh kasar @ timun ke @ petai ke dalam gulai tersebut. Biarkan seketika di atas api hingga sayur tersebut layu.



* Yang kreatif mempelbagaikan rasa, boleh tambah perasa lain mengikut selera masing-masing seperti daun kunyit, daun kesum dan sebagainya... tapi saya suka rasa asli tempoyaknya.. ;)


Friday, July 1, 2011

Perancangan memulakan ladang III


Tatacara membuat perancangan berasaskan bidang usaha (mengikut urutan)

1. Kenalpasti bidang usaha yang ada potensi
(Bidang usaha 1, Bidang usaha 2, Bidang usaha 3... dsb)

2. Pemilihan berdasarkan arah aliran harga, kombinasi bidang usaha, kaedah operasi dan bekalan

3. Senarai pendek bidang usaha yang dipilih

4. Pemerolehan maklumat setiap bidang usaha yang disenarai pendek

5. Penyediaan belanjawan bagi setiap bidang usaha

6. Pemilihan muktamad berdasarkan Pulangan setiap ringgit yang dilabur (PSRL), keuntungan dan ketersediaan sumber

7. Persediaan Rancangan Operasi Ladang Bidang usaha/kombinasi bidang usaha yang telah dipilih



Sumber : Buku panduan guru SP KBSM 2002

Wednesday, June 29, 2011

Belanjawan bidang usaha



Definisi : Belanjawan bidang usaha adalah ramalan tentang pendapatan dan perbelanjaan suatu bidang usaha berasaskan ramalan harga input dan hasil ladang yang dirancang.

Sumber maklumat bagi menyediakan belanjawan boleh diperolehi melalui :
1. Rekod ladang yang lepas
2. Rekod pengusaha lain
3. Rekod institusi yang berkaitan



Sumber : Buku Panduan Guru SP KBSM 2002

Tuesday, June 28, 2011

Biodata Pelajar saya (Orang Asli)

Dhalia (duduk, yang pertama dari kiri)


Dhalia bt Dolah adalah di antara pelajar Orang Asli di sekolah saya yang agak menonjol dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Wajarnya pelajar ini dijadikan sebagai contoh oleh pelajar lain, khususnya pelajar orang Asli yang lain dalam peningkatan potensi diri. Di sini saya paparkan biodata Dhalia :


Nama : Dhalia bt Dolah

Jantina : Perempuan

Agama : Islam

Tingkatan : 5 Angsana

Nama Ibu : Roha bt Yusof
Pekerjaan : Surirumah

Nama Bapa : Dolah bin Long
Pekerjaan : Petani

Bilangan Adik Beradik : 6 orang (anak ke 3)

Alamat Rumah : Kampung Kenang Baru, Jalong Tinggi, 31100 Sg. Siput (U), Perak

Hobi : Membaca Novel, Mendengar Radio

Makanan/minuman kegemaran : Laksa, Jus Oren

Subjek Kegemaran : Sejarah

Jawatan di sekolah :
Pengawas, Setiausaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Timbalan Pengerusi Kelab Bola Jaring, Timbalan Pengerusi Persatuan Agama Islam, Exco Disiplin

Sumbangan terhadap sekolah :
1. Naib Johan Pertandingan Nasyid Org Asli Negeri Perak 2009
2. Johan Pertandingan Nasyid MTQ Daerah Kuala Kangsar 2010

Pengalaman manis :
Mengikuti rombongan Kelab KH ke Genting Highlands

Pengalaman pahit :
Dimarahi Cikgu X sebab tidak menyiapkan kerja sekolah.. kena denda la tu.. hehehe


Perancangan memulakan ladang II


ASPEK-ASPEK PENGURUSAN
1. Arah aliran harga
2. Pemilihan bidang usaha
3. Kombinasi bidang usaha
4. Kaedah operasi ladang
5. Pembelian input
6.Memasarkan hasil
7. Pemerolehan modal

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEMASA PERANCANGAN
1. Kadar pengeluaran ladang
2. Harga pasaran hasil ladang
3. Kuantiti sumber yang diperlukan
4. Kos setiap sumber pengeluaran

PERSEDIAAN BELANJAWAN
1. Pendapatan
2. Perbelanjaan
3. Keuntungan
4. PSRL (pulangan setiap ringgit yang dilabur)

MEMILIH BIDANG USAHA
1. Kesesuaian
2. Ketersediaan pasaran
3. Kepakaran
4. Pengalaman
5. Ketersediaan sumber

RANCANGAN OPERASI LADANG
1. Lakaran pelan
2. Jadual kerja
3. Format rekod



Sumber : Buku Panduan Guru, Sains Pertanian KBSM, 2002

Thursday, June 23, 2011

Rumah/kenderaan 2 dalam 1

Menarik rumah/kenderaan ni.. sesuai untuk pelbagai kegunaan.. samada anda seorang petani/penternak, pengembara dan sebagainya... yang pastinya ia mampu milik... :)








Thursday, June 16, 2011

Perancangan memulakan ladang


Belanjawan ialah satu rancangan untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad bagi memperoleh keuntungan yang maksimum.

Maklumat yang diperlukan untuk perancangan :
(a) Harga pasaran hasil ladang
(b) Kuantiti sumber yang diperlukan
(c) Kos bagi setiap sumber pengeluaran


Sumber : MGL Sains Pertanian

Wednesday, June 15, 2011

Kreatif.. daripada buah labu


Memang kreatif.. ukiran daripada buah labu.. nampak 'real' tapi menakutkan....













Tuesday, June 14, 2011

Perladangan sebagai suatu perniagaan


Perladangan sebagai satu perniagaan ialah aktiviti penjualan, pembelian dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan maksimum.


Langkah-langkah prinsip pengurusan ladang (mengikut urutan) :

Perancangan ---> Pelaksanaan ---> Pengawalan ---> Penilaian


(a) Perancangan
Satu cara yang sistematik untuk menentukan terlebih dahulu tindakan yang akan diambil pada satu-satu jangkamasa yang ditentukan.

(b) Pelaksanaan
Proses mengaplikasi aktiviti yang telah dirancang.

(c) Pengawalan
Proses memastikan sumber pengeluaran dan aktiviti dirancang serta diguna secara cekap.

(d) Penilaian
Proses mengkaji status sesuatu projek sebelum dan selepas sesuatu bidang usaha dijalankan.



Sumber : MGL Sains Pertanian

Thursday, June 9, 2011

Kaedah pembiakan.. perbandingan



Pengawanan semula jadi
Kelebihan
  1. Tidak memerlukan kemahiran manusia.
  2. Tidak perlu mengesan masa estrus.

Kelemahan
  1. Sukar menentukan baka pejantan.
  2. Kadar pejantan dengan betina terhad.
  3. Kerakusan pejantan boleh menyebabkan betina cedera.
  4. Satu pejantan untuk satu betina sahaja pada satu masa.
  5. Sukar mengawal pembiakan.
  6. Kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri.

Permanian beradas
Kebaikan
  1. Data pembiakan mudah dikesan.
  2. Mudah menghasilkan baka baru.
  3. Induk betina tidak cedera.
  4. Kos pengendalian murah kerana tiada kos pemeliharaan pejantan.
  5. Penggandaan pembiakan lebih cepat kerana semen daripada seekor pejantan boleh disuntik kepada banyak betina.
Kelemahan
  1. Perlu kemahiran menyuntik semen.
  2. Perlu kemahiran memerhati estrus.
  3. Kecacatan pejantan hanya dapat dikesan selepas semennya digunakan kepada banyak betina.


Sumber : MGL Sains Pertanian


Tuesday, June 7, 2011

Teknik Pembiakan Ternakan

Pengawanan Semulajadi (In-Vivo)
- Pejantan dan betina ternakan (lembu, kerbau, kambing dan sebagainya) dibiarkan bersama (mengawan) semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.

Lembu



Permanian beradas (in-vitro)
- Menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk betina terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette (French Gun).



Alatan yang digunakan




Untuk maklumat lanjut, sila klik.




Tuesday, May 24, 2011

Pembiakbakaan ternakan

kambing Boer



1. Pembiakbakaan seturunan
Pembiakan melalui pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya.
Kaedah :
Pengawanan semula jadi
Kelebihan :
-mengekalkan ciri dalaman baka
-mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
Kelemahan :
-pengurangan kecergasan seperti penyakit keturunan
-penurunan keupayaan membiak


2. Pembiakbakaan kacuk
Pembiakan melalui pengawanan antara dua baka yang tiada hubungan kekeluargaan untuk mendapatkan genotip gabungan kedua-dua baka itu.
Kaedah :
Permanian beradas
Kelebihan :
-mewarisi kemandirian yang tinggi
-menghasilkan anak yang mempunyai prestasi yang lebih daripada induk
-kecergasan kacuk
Kelemahan :
-genotip induk semakin berkurangan
-wujud komplikasi genetik



sumber : MGL Sains Pertanian

Monday, May 23, 2011

Genetik - ternakan

Ciri-ciri ternakan yang dikehendaki


1. Cepat membesar

2. Cepat mengeluarkan hasil

3. Berupaya melahirkan banyak anak

4. Hasil tinggi

5. Hasil berkualiti

6. Kecekapan penukaran makanan yang baik

7. Resistan terhadap penyakit

8. Toleran terhadap persekitaran







Thursday, May 12, 2011

Pelajar orang asli

Pelajar-pelajar orang asli di sekolah saya dah mula menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam pelbagai bidang sejak penubuhan SMK Muhibbah pada tahun 2001.. Ada yang cemerlang dalam akademik, tak kurang juga dalam ko-kurikulum, sukan dan kepimpinan. Antaranya ialah pelajar ini... Sunji a/l Anjang. Sikapnya yang sentiasa optimis dan aktif dalam pelbagai bidang menarik minat saya untuk mencungkil maklumat pelajar ini dan keunikan kaumnya. Bila saya tanya, di mana dia suka tinggal... di kampung atau sekolah (mereka tinggal di asrama)..katanya, dia suka kedua-duanya.. "di kampung saya boleh masuk hutan, cari buluh atau rotan untuk dijual.. di sekolah saya boleh belajar."

Saya paparkan biodata Sunji untuk kita berkongsi cerita...




Nama : Sunji a/l Anjang
Umur : 16 tahun
Tingkatan : 4 Angsana

Jantina : Lelaki

Alamat : Pos Perwor, Kampung Lanar, Lasah, 3111o Sg. Siput (U), Perak

Suku : Temiar

Agama : tiada

Nama bapa (bapa tiri) : Zaidi bin Itam
Pekerjaan bapa : Pekerja Ladang Kelapa Sawit

Nama ibu : Latipah bt Adik
Pekerjaan ibu : Suri rumah

Bilangan adik beradik : 5 orang (anak ke 4)

Jawatan di sekolah :
Pengawas, Pengerusi Rumah Sukan (Kuning), Bendahari Kelab Sepak Takraw, Pengerusi KRS, Pengerusi Kelab Sains dan Matematik, Exco Kebajikan Asrama

Hobi : Menyanyi

Makanan kegemaran : ubi bakar, teh '0'

Subjek yang diminati : Matematik

Cita-cita : Polis

Pengalaman manis :
menang perlawanan sepak takraw peringkat Negeri Perak (Naib Johan)

Pengalaman pahit :
dirotan oleh Cikgu Rozi sebab ponteng kelas semasa di Tingkatan Satu.. (hehehe.. padan muka...)