Thursday, November 11, 2010

Penternakan Lembu (pedaging) Fidlot


Penternakan lembu pedaging fidlot bermaksud memelihara lembu pedaging secara intensif dalam kandang untuk tujuan pengeluaran (daging), dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya untuk tempoh yang tertentu.


Sistem Fidlot

1. Sekali Masuk - Sekali Keluar
Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai 'target' pasaran. Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual), barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan yang berikutnya.

2. Masuk - Keluar Berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan 'target' pasaran bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.


untuk maklumat lanjut tentang fidlot sila klik


Sumber : Industri Tani Malaysia : Penternakan Haiwan


Tuesday, October 26, 2010

Bunga Mawar


Memandu sendirian dari Sungai Siput ke Penang memang menjemukan, apatah lagi jika keletihan setelah penat bekerja.. mata pulak memang mudah mengantuk kalau 'drive' sorang-sorang.. alhamdulillah kali ni 'cik abang' sudi menemankan.. so, tak la sunyi sangat.. boleh sembang-sembang sambil mendengar Sinar FM dari corong radio.. lagu-lagu retro.. ermm.. mengimbau kenangan lalu... salah satunya lagu "Bunga Mawar"... sweet lagu ni.. mengkiaskan tentang kehebatan dan kemuliaan seorang wanita.


Lagu Bunga Mawar


Fakta Mengenai Bunga Mawar

Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan.

Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga dalam kumpulan Angiosperm. Ia adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Maklumat lanjut mengenai pokok bunga mawar, sila klik.

Monday, October 18, 2010

Kompos

Membuat kompos



Kompos


Kompos ialah baja organik yang dihasilkan daripada sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan. Baja Kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. Penggunaan kompos merupakan sistem pertanian yang mesra alam.

Kepentingan Kompos

    • Menambah Kesuburan Tanah
      • Kompos membekalkan zat nutrien untuk tumbesaran pokok.
    • Membaiki struktur dan pengudaraan tanah
      • Kompos membaiki pengudaraan pada tanah liat, manakala tanah pasir dapat menyerap air lebih banyak apabila dicampur kompos.
    • Menggantikan baja kimia
      • Penggunaan kompos menggantikan baja kimia dan mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
    • Memperbaik saliran tanah
      • Kompos dapat memperbaik saliran tanah liat dan menahan lebih banyak air.

Tuesday, October 12, 2010

Baja

Contoh baja

Baja ialah sebatian kimia (nutrien tumbuhan) yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.

Terdapat sekurang-kurangnya dua belas unsur nutrien yang amat perlu bagi pertumbuhan pokok. Unsur-unsur ini dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu :

Nutrien Utama
1. Nitrogen
2. Fosforus
3. Kaliam

Nutrien Sekunder
1. Kalsiam
2. Magnesium
3. Sulfur

Nutrien Mikro atau Surih
1. Ferum
2. Zink
3. Boron
4. Kuprum
5. Molibdenum