Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 5 Angsana telah ditugaskan untuk membuat rekabentuk sistem perumahan (reban/kandang ternakan) yang sempurna dan berteknologi tinggi, untuk mengatasi masalah himpitan iklim pada ternakan. Seterusnya pada hari Khamis ni, mereka akan membuat pembentangan rekabentuk sistem perumahan yang telah dihasilkan.. kita tengok nanti hasilnya... :)
Institusi pertanian amat penting dalam membantu pembangunan sektor pertanian Malaysia. Ia menjalankan fungsi-fungsi tertentu yang menjurus ke arah kecemerlangan pertanian dan ekonomi negara. Di antara peranan-peranan institusi tersebut adalah :
1. Menyediakan infrasruktur pertanian pengairan dan saliran - cth : JPS jalan raya - cth : JKR bekalan elektrik - cth : TNB komunikasi - cth : TM
2. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan cth : MARDI, RRIM
3. Memberi khidmat nasihat dan latihan cth : Jabatan Pertanian, RISDA
4. Menyediakan peluang pekerjaan cth : MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dll
5. Menyediakan bantuan kewangan cth : Agrobank, RISDA, BERNAS
6. Penyeliaan cth : Jabatan Pertanian, JPH
7. Membantu pemasaran hasil cth : FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Lama sangat rasanya tak upgrade blog saya ni.. Kesibukan dalam menjalankan aktiviti seharian menyebabkan mood untuk berkreatif di laman maya ni menjadi amat terbatas.. sehinggalah mendapat komen daripada seorang rakan sekerja baru-baru ni.
Katanya, "Apa ni Kak Nor.. asyik-asyik design ni jer... jemu la...."
Saya geli hati mendengar komennya, lalu saya jawab, "Ok la tu, yang penting content nya..."
Jawabnya, "Tak kira.. jemu gak... "
Adui mak.. kawan saya ni.. suka-suka jer nak komen.. tapi.. bila fikir balik, betul juga komen dia tu, memang dah lama sangat saya tak mengemaskini blog saya ni.. walaubagaimanapun kena ambil masa, macam orang nak kemas rumah atau stor, kalau dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa tentu hasilnya kurang memuaskan..
Jadi, untuk perhatian rakan-rakan pengunjung blog ni.. andai terdapat kekurangan pada blog ini dalam beberapa hari akan datang atau mungkin dalam beberapa minggu, harap maaf yer.. sebab saya perlu masa untuk mengemaskini beberapa bahagian pada blog ini... Untuk rakan saya tu, Puan Naizatul Aissah, Kaunselor SMK Muhibbah.. terima kasih sebab menyedarkan saya... Sebenarnya pengkritik ni amat perlu untuk menyedarkan kita dan seterusnya membaiki kelemahan-kelemahan kita... InsyaAllah... Semoga diberiNYA kekuatan...