Sunday, May 8, 2011

DNA




DNA


Asid deoksiribonukleik
(DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Komponen penting pada DNA ialah 4 bes bernitrogen : adenina, timina, sitosina dan guanina. Turutan bes-bes ini menentukan turutan asid amino yang bersambung untuk membentuk protein.

DNA kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana ia boleh mewariskan sifat-sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.








Sumber : Konsep Genetik, wikipedia, youtube, Essential Cell Biology textbook (Garland Publishing, 1998)




Thursday, May 5, 2011

Genetik

Genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British, William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.








sumber : wikipedia

Tuesday, April 5, 2011

pH tanah

pH tanah ialah keasidan atau kealkalian sesuatu tanah. Keasidan wujud kerana kehadiran ion hidrogen. Nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen.


Pelajar-pelajar ini sedang menjalankan kajian terhadap pH tanah dengan menggunakan Alat Bacaan Meter pH...