Pelajar Sains Pertanian Tingkatan 4 Angsana telah memulakan sesi pembelajaran pada tahun ini dengan aktiviti pembelajaran menggunakan web. Mereka dilatih membina blog mereka sendiri dan menghasilkan nota pembelajaran dengan menggunakan hipermedia. Semoga kaedah ini memberi motivasi kepada mereka untuk lebih tekun dalam sesi pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik mereka.
Tuesday, January 27, 2015
Monday, January 12, 2015
Orientasi Pelajar Tingkatan 4
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar SMK Muhibbah, Sungai Siput.. Ia juga merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4, dengan imej baru sebagai pelajar senior, menjejak kaki ke sekolah dengan subjek-subjek yang lebih mencabar dan lebih menjurus kepada masa depan mereka...
Justeru itu, pihak sekolah, dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan orientasi bagi pelajar-pelajar ini dengan harapan mereka mendapat gambaran secara umum tentang subjek-subjek bagi pelajar Tingkatan 4.. Melalui program ini juga, mereka diperkenalkan dengan subjek-subjek elektif yang bakal dipilih bagi memenuhi keperluan calon SPM tahun 2016. Bravo.. dan selamat maju jaya untuk mereka...
Monday, January 5, 2015
Rumput Israel
Nama Rumpai : Rumput Israel/Ara songsang/Akar ruas-ruas/Pengorak
Nama Saintifik : Asystasia gangetica
Famili : Acanthaceae
Rumput Israel merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai yang banyak terdapat di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia.
Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas.
Dalam bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri.
Botani
Tumbuhan herba prolifik; batang lembut, boleh tumbuh sehingga 100 cm dalam keadaan sesuai; Daun oposit, selalu dalam pasangan sama, eliptik, bulat pada dasar; Jambak bunga terminal, banyak; bunga tunggal dengan sepal yang kecil dan tirus, putih berkrim, satu jalur biru-unggu pada lunas kelopak bunga; tiub korola tirus, silinder, mengembang atas; stamen berempat pasangan tak sama dari tiub korola, melengkung ke pistil.
Khasiat
- Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak.
- Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut.
- Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk.
Sumber : Wikipedia
Sunday, January 4, 2015
Rumput
Rumput (rumpai) merupakan tumbuhan renek atau herba yang boleh hidup di darat, sungai atau laut. Ia dikelaskan kepada rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga.
Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (Graminaea), contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus.
Echinochloa crus-galli
Rumpai daun lebar pula terdiri daripada keluarga Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput Tahi Ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus).
Amaranthus spinosus
Manakala rusiga (bentuk batangnya yang segi tiga) pula di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).
Cyperus rotundus
Di dalam bidang pertanian rumpai biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.
Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.
Rumpai juga mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan, contohnya misai kucing yang boleh mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sesetengah rumpai juga boleh dijadikan makanan atau ulam seperti pucuk paku dan pegaga.
Sumber : wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)





__Asystasia_Intrusa_Bl__(BM).png)


