Thursday, December 10, 2009

Terkenang semasa dulu

Saya tertarik dengan ilustrasi kartun LAT dalam satu forum di siber... tentang bot tambang Sayong di Kuala Kangsar.. terkenang saya suatu ketika dulu, semasa saya masih kecil, di tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar dipenuhi bot-bot penumpang untuk ke kampung-kampung yang berhampiran.. seperti Kampung Sayong, Kampung Kubang Pekan, Kampung Menora, Kampung Sementa, Kampung Senggang dan lain-lain lagi... sempat juga saya merasai pengalaman tersebut beberapa kali mengikut arwah datuk dan nenek saya, sebelum perkhidmatan bot ke kampung-kampung tersebut diberhentikan ekoran merosotnya jumlah penumpang disebabkan penggunaan jalanraya.

Kini, bot penumpang yang masih wujud hanyalah bot penumpang ke Kampung Sayong...

2 comments:

  1. Salam kenal ...
    Indahnya memori naik bot tu, masa tu tambangnya cuma 50 sen jer, tapi takde safety lah..saya naik pun tanpa mengetahui parent, kalo diorang tahu, tentu teruk kena marah... skang ni dh moden sikit kan, bandar kuale pun dh banyak maju..rindunyer !!!

    ReplyDelete
  2. salam kenaljgk utk noorma.....

    mmg indah memori2lama... ingat lagi masa sekolah dulu, cikgu saya pun naik bot sayong ni utk ke SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar.. Cikgu Ramlah, jasamu tetap ku kenang....

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...